.sayang atau benci?. Nov 22, 2009


bukan sekali. bahkan berkali-kali.
hati saya menangis.
hanya tuhan yang tahu.
saya selalu simpan sendiri-sendiri.
atau paling-paling, saya menjerit di sini.
saya punya sukalah. ini blog saya.
ini pun sudah macam terapi bagi saya.
bila saya tulis. saya rasa lega.
kalaupun tidak lama, sekurang-kurangnya untuk sementara.
tidak mengapalah.

berilah saya pilihan. sayang atau benci.
saya yakin... saya hendak pilih benci.
saya rasa, saya lebih tertanggungkan perasaan benci daripada perasaan sayang.
bila saya sayang... sedikit-sedikit, ia akan memakan diri saya.

sumpah.
saya benci berperasaan sebegini.
saya tahu. ianya tidak akan bawa saya kemana.
kecuali ke satu daerah sepi-sunyi-gelap-pekat.
didalamnya hanya penuh terisikan dengan hasutan-hasutan syaitan laknatullah.
masyaALLAH... jauhkan saya.

saya mahu segera pergi dari sini.
saya mahu tinggal segalanya di sini.
segala resah-rusuh-rawan saya.
saya mahu kebumikan ia di sini.
dan saya mahu kuncikan hati saya rapat-rapat. kepada benda-benda remeh sebegini.
jangan pedulikan saya.
saya memang begini.

kenapa saya mahu pilih benci?
ini pengalaman saya sendiri.
telah berkali-kali.
bodohlah saya jika saya tidak pernah boleh belajar daripadanya.
bila saya sayang.
saya hanya sayang sendiri.
kamu tidak akan sedar pun betapa saya sayang kamu.
malah kamu pijak-pijak hati saya.
cebisan-cebisannya... saya kutip, dan cantumkan kembali.
kamu datang dan pijak lagi.
saya bodoh... sebab saya tidak pernah menjarakkan diri saya dengan kamu.
saya tidak akan salahkan kamu.
mungkin saya ini tidak layak untuk kamu sayangi.

banyak yang saya simpan dalam hati.
saya telan sendiri-sendiri.
setiap kali saya lihat kamu.
ketawa-ketawa. bergurau-senda.
dengan kawan saya sendiri.
saya jadi kecewa.
bukan saya tidak mahu kamu ketawa-ketawa. bergurau senda dengan kawan saya itu.
tapi, mungkin kamu tidak sedar. kamu telah buat saya rasa tidak berharga.
bukan saya cemburu melulu.
tapi, bila ada dia. saya bagaikan halimunan di mata kamu.
saya sedih sangat. sedih sangat-sangat.
saya tahu... indah bukan milik saya.
tapi, saya juga punya hati.
lalu itu, buat saya cenderung untuk menangis di dalam hati.
tapi pernah juga saya menangis betul-betul. sendiri-sendiri.

kemudian. saya nampak kamu dengan dia.
dia yang mungkin hadir lebih awal daripada saya.
bila ada dia ini pun, saya juga jadi halimunan di mata kamu.
lalu saya jadi sakit hati. sendiri-sendiri lagi.
saya pura-pura tidak nampak kamu dengan dia.
saya hendak mengelak juga daripada bertembung dengan kamu dan dia.
dia bagaikan tidak suka saya.
bagaikan saya secara tiba-tiba ada di tengah-tengah antara kamu berdua.
saya sedar. bila setiapkali saya cuba bercakap dengan dia.
dia bagaikan hendak tidak hendak sahaja.
atau saya sahaja rasa begitu?
entahlah...
hati saya penuh dengan perasaan yang saya tidak suka.

saya didatangi mereka.
menghidangkan spekulasi yang tidak sudah antara kamu dan dia.
saya bela kamu.
mereka juga menyakitkan hati saya.
berkata bagaikan saya ini tidak ada maruah.
menyuruh saya berlawan untuk merebut kamu.
saya jadi marah. marah sendiri-sendiri.
mereka ingat saya ini apa?
saya ada maruah saya.
dan mereka ingat saya anggap kamu siapa?

saya tidak akan pergi kepada kamu, jika kamu tidak mahu.
saya bukannya orang yang tidak reti bahasa.
saya tahu siapa saya.
saya sedar diri saya.

kadang-kadang saya fikir.
alangkah bagusnya jika saya tidak kenal kamu.
saya tidak salahkan kamu.
kerana saya yang tidak tahu malu.
saya yang memulakannya.
tapi, jika saya tahu ianya akan menyakitkan hati saya nanti.
sumpah... saya tidak akan cari kamu.

rasa ini memang sakit sekali.
saya rasa saya tidak berguna.
saya ini bukan siapa-siapa pada kamu.
saya langsung tidak penting kepada kamu.
saya ada atau tidak bukan masalah bagi kamu.
namun... kamu adalah orang yang penting bagi saya.
saya telah sayang pada kamu.
sayang saya jangan disalah tafsir.
saya sayang kamu bagaikan saudara sendiri.

mungkin saya patut lebih menghargai perasaan saya sendiri.
saya harap. saya tidak akan bersedih hati lagi.
saya harap saya tidak akan ada perasaan sebegini lagi.

***mode: derita merindu - ahli fikir***

.aku akan pulang, tanpa dendam. Nov 15, 2009



rasanya sudah sekian lama hamba tidak menjejakkan kaki ke sini. rasanya sudah rindu benar hamba untuk meluah rasa di sini. namun, apakan daya hamba... line celcom sangatlah tidak kacis kebelakangan ini sehinggakan hamba tidak langsung berselera untuk berlama di sini. namun, kali ini... rindu hamba seakan tidak tertahan lagi. lalu, hamba gagahkan diri, tabahkan hati... sungguh, berhadapan dengan line celcom ini memperlukan kesabaran yang tinggi... (amacam intro? ada rasa hendak terjun bangunan?... gagagaaa...)

sekarang musim peperiksaan sudah berlalu. aku sedang berhadapan dengan musim kissm di samping musim durian dan juga musim rambutan. mensebut musim rambutan dan durian ini, kak liza dan kak emi mengajak aku ke kampung mereka untuk berjimba di ladang buah-buahan sambil menikmati durian dan rambutan secara terus daripada pokok. sekali fikir memang super kaciskova laaa kan ? fikir sekali lagi... hmmm, elaun masih tidak dapat-dapat... hendak berjimba pun tidak ada semangatlah. tsk... tsk... tsk... (menangis dengan sayu sekali) baiklah... nampaknya sudah jauh benar perginya daripada musim kissm yang hendak diceritakan itu kepada musim durian dan rambutan pula perginya. kita kembali kepada topik asal ye... kissm itu______________________________ (sila isikan tempat kosong dengan jawapan sesuka hati dan perasaan anda) - kalau kena pensyarah yang bijak mempancing ketawa dan ada unsur-unsur kecindan di dalam topik yang disampaikan, barulah rasa ada semangat. kalau yang sekadar membaca di skrin - yaaaa... itu yang sangat membuhsankan. walaupun begitu, saya akan tetap berpura-pura untuk mentumpukan perhatian. supaya encik atau puan pensyarah tidaklah terlalu makan hati. (walaupun kadangkala saya berbual juga...)

ingatkan juga, bila sudah habis peperiksaan... makanya sebarang unsur-unsur yang berkaitan dengan esaimen ini juga akan tiada. namun... sangkaan itu tidak tepat sama sekali kerana, kami telah dihidangkan dengan empat tugasan yang perlu disiapkan termasuk dengan dua esaimen kumpulan. sangat tidak kacis... baiklah. lupakan ini. sangat tidak enak membicarakan tentang ini sekarang.

sangat tidak sabar untuk bercuti. bercutikah? entahlah... tidak tahu akan berapa lama buleh rehat-rehat di rumah sambil mengasuh qaisara yang menurut uminya sudah bisa berjalan dengan kelajuan yang sederhana. wahhh... sangat tidak sabar untuk mempeluk beliau! kalau ini cuti yang agak lama, aku sudah awal-awal lagi chop dengan umi qaisara - aku mahu kerja dengan beliau. berjualan ikan di pasar. untuk mendapatkan sedikit sebanyak duit poket. cehhh... padahal, ma awal-awal dah keluarkan ayat penyata...'tahu ke jenis-jenis ikan tu? kejap lagi orang nak beli ikan kembong, kak pergi bagi ikan selar...' huhuhuuu... baiklah, aku tahu aku sangat lemah dalam menkenali jenis-jenis ikan. tapi, saya yakin betul... saya akan belajar!
(-_-")

posting dimanakah? hmmm... masih ada tanda tanya yang besar. namun, mengikut kuiz yang aku buat di fesbuk - tempat posting aku adalah di sri aman, sarawak. gagagagaaa... super kacislah. tidak terbayangkan dimanakah akan tercampaknya seorang aku ini. walaupun begitu... saya redha, dimana-mana sahaja pun tidak mengapa... janji saya bisa mentabur bakti untuk anak-anak bangsa. (rasa sangat bangga kepada diri sendiri kerana berjaya mentuturkan ayat seperti ini. yang lahir dari hati.) ada juga rasa tidak sabar untuk mentinggalkan ipoh, untuk menjejak ke satu lagi fasa baru dalam kehidupan. satu pengalaman yang sangat dinanti. memang kaciskov sungguh laaa...

baiklah. masanya untuk hamba mengundur diri. rasanya sudah agak lama hamba di sini. hamba tidak dapat berlama lebih lagi kerana masih ada yang perlu hamba selesaikan. tanah seberang akan hamba jajah! biarpun berdarah, hamba tidak akan mengalah... pantang undur anak melayu, tidak akan sekali-kali terkulai layu. kapalterbang, hamba mohon untuk mentinggalkan tuan hamba. insyaALLAH... jika ada keizinan, hamba akan bertamu lagi di sini. hamba tidak boleh berlengah lagi... hamba pergi dulu. gagagagaaaa...


.hari kejadian. Nov 3, 2009



hari ini memang merupakan hari yang di nanti. hari yang dimaksudkan adalah hari pertama daripada tiga hari peperiksaan. semalam, aku mempasang niat untuk bangun pada jam 0300hrs sebab sudah tidur seawal jam 2300hrs lagi. tapi begitulah, bila seronok tidur... berulit dengan bobob - jam penggera berbunyi pun masih sengaja melengah-lengahkan waktu. akhir sekali bangun hanya pada jam 0500hrs. terlebih dua jam daripada waktu jangkaan. haihhh...

sampai di maktab awal pagi seperti biasa. hendak bersarapan pun seakan tidak lalu. jadi, hanya membeli segelas air milo ais. minum sedikit sahaja. kiri kanan depan belakang... orang lain semua sibuk belek buku, atau paling kurang berbincang sesama sendiri. gue tidak betah suasana seperti itu. lalu hanya duduk diam-diam. gagagagaaa...

jam 0800hrs - kami naik ke bilik kelas yang telah dijadikan dewan peperiksaan. mencari tempat duduk dengan berpandukan pelan yang telah disediakan. setelah dapat mengagak kedudukan, aku pun mengorak langkah dengan tidak yakin ke lokasi yang telah ditetapkan.

seterusnya, gue jumpa si bintang. duduk secara comel dan mensedihkan di pintu yang didakwa agak berhampiran dengan tempat duduk beliau nanti. tengok... beliau sedang sedaya upaya dan gigih membelek nota.

























kemudian, aku hasut beliau... 'sudah-sudahlah tu...' dan mengeluarkan ayat-ayat yang sewaktu dengannya dengan harapan si bintang berhenti berpura-pura tekun membaca notanya. bila aku cakap nak ambil gambar masuk dalam blog - si bintang setuju secara laju tanpa berfikir beberapa kali lagi dah. ini pose si bintang yang malu-malu. tengok... comelkan beliau duduk. begitulah kedudukan beliau saat aku ternampak beliau tadi.



















selepas mendapat keyakinan setelah dimotivasikan oleh KU beliau iaitu encik budi beliau pun pose dengan secara yakin dan menyeluruh. kata encik budi... strategi yang akan diguna pakai semasa menjawab peperiksaan nanti adalah strategi lompat katak. di mana, kapten akan berada di belakang pasukan dan membiarkan segala prebet-prebet mati dalam perjuangan di hadapan. aku syak... kapten yang beliau maksudkan itu adalah diri beliau. bila aku bertanyakan di manakah akan diletakkan pasukan senjata bantuan, dengan yakin encik budi mengatakan bahawa pasukan senjata bantuan akan diletakkan di bahagian paling belakang. cehhh... dah tu nanti bila pasukan senjata bantuan bertindak - maka akan terkorbanlah segala askar-askar lain encik budi oiii.



















selepas itu, kami semua memasuki dewan peperiksaan dan menjawab dengan jayanya. hmmm... macam tidak ada motif sahaja entry kali ini. tapi sengaja juga mahu menterbitkannya supaya sesiapa sahaja yang melalui kawasan ini tahu bahawa aku sedang menghadapi peperiksaan. percayalah... setelah hampir 6 tahun mentinggalkan bidang akademik secara rasminya maka otak sudah sangat berkarat dan agak sukar untuk mempaksa beliau menterima input-input yang cuba aku asak untuk menghuninya. mata cenderung untuk merasa berpasir dan merayu-rayu untuk dipejamkan sebaik sahaja aku mula membelek nota. tapi, kalau mengadap fb... dia layankan sahaja - malah dipaksa-paksa juga aku untuk bertahan.

baiklah. esok ada peperiksaan kertas pengajian melayu 1. harap semuanya berjalan dengan lancar dan aman.

.rindu secara banyak. Oct 26, 2009























gambar sekadar hiasan. tiada sebarang kaitan dengan ini entry. ini gambar kami berdarmawisata di gunung lang pada hari sabtu lepas. di dalam gambar: mar a.k.a adik, kak liza dan kakok. gambar aku? hmmm... sebagai seorang bekas wartawan foto cabuk kerja aku memang jadi tukang tangkap gambar sahaja daripada dahulu sehingga sekarang. tsk... tsk... tsk...

kehidupan di ipg ipoh sudah hampir sampai kemuncaknya. minggu hadapan kami akan menduduki peperiksaan. dengar nama peperiksaan pun sudah bisa menkucar-kacirkan perasaan - apatah lagi untuk mengharunginya. haihhhh... entahlah. memanglah pensyarah sudah beri macam-macam tips. soalan-soalan tahun-tahun sudah juga turut diulangkaji bersama. soalan-soalan ramalan juga... sampai satu tahap, saat sedang membuat soalan-soalan tersebut terfikir begini...'kalau soalan ni tak keluar, aku yang keluar...' gagagaaa... giler loser rasanya mensebut ayat begini kepada diri sendiri.

baiklah. malas rasanya hendak mentulis benda-benda berunsur ilmiah seperti yang tersebut di atas. ianya hanya akan membawa hati ke satu tempat yang kucar-kacir, haru-biru, resah-rusuh dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya sahaja. tidak kacislah berperasaan sedemikian di saat-saat begini. namun, soal perasaan bukanlah buleh ditolak sewenang-wenangnya. begitu jugalah dengan soal hati dan perasaan. ehhh... tetiba je kan? namun. dalam pada perasaan kucar-kacir itu pun, jiwa masih cenderung untuk berjimba dan berdarmawisata sahaja. dan cenderung untuk tidur tidak kira waktu juga. unsur-unsur keinsafan pun lalu tenggelam secara begitu sahaja. gagagaaa...

sebenarnya. bila sudah tiada kelas ni, perasaan adalah super buhsan juga. apa je aktiviti yang buleh dibuat di rumah? bangun pagi... (pun bukanlah pagi sangat). ehhh... walaupun tidaklah pagi sangat, akan tetapi saya sudah solat subuh terlebih dahulu sebelum mensambung tidur. ayat penyata ini penting ye kawan-kawan supaya nanti tidak ada yang bertanya...'akak sembahyang ke?' - soalan membunuh ni, tambah pula diajukan dengan intonasi yang ala-ala membunuh juga sepertinya aku ini tidak pernah bersolat... gagagaaa... oke, sambung balik... lepas bangun yang tidak berapa nak pagi sangat tersebut, bikin sarapan yang seadanya sahaja bak kata pepatah 'kais pagi makan pagi kais petang makan petang' yang kadang-kadang hanya berupa segelas milo segera sahaja atau paling-paling tidak pun berteman dengan biskut tiger. lepas sarapan, buat-buat buka buku supaya teman serumah tidak nampak sangat tahap keloseran aku yang pemalas nak membaca tersebut. kemudian, kacau-kacau kak liza yang sedang mengulangkaji dengan pelbagai gaya di dalam bilik beliau. kemudian mengadap tv yang seolah-olah hidup segan mati tak mahu tersebut. menghampiri kemuncak kehidupan di lv ini, tv seolah-olah bersedih juga. secara tiba-tiba sahaja keluar satu garis di tengah-tengah skrin yang membuatkan wajah-wajah menjadi herot dan juga badan seolah-olah orang kerdil pula. walaupun begitu, aku sabar juga. semua cerita pun buleh layan kecuali cerita lalola versi bahasa melayu tersebut. sumpah mensampah betul. memang dari dulu sampai sekarang aku tidak pernah berkenan akan drama-drama daripada jenis ini. makan tengahari pun, tyah dengan mar yang tolong belikan. malas betul hendak mencemar duli dan keluar semata-mata untuk membeli makan. lepas makan sambung lagi tengok tv. lappy pun depan tv sahaja. kadang-kadang kalau line kacis buleh la layan game kat fb. kalau tidak, layan ajo farm frenzy. buku? ada... kat sebelah. sebagai penyuntik semangat. gagagaaaa... masuk 1630hrs. semua menonggok depan tv - tengok sumpah bunian. memang acara wajib setiap petang isnin - khamis. tapi, bila malam - memang wajib keluar. keluar makan sahaja. bukan keluar berjimba pun. bila balik, barulah hendak kalut-kalut baca buku. tapi, selalunya saja buat kalut-kalut. supaya nampak ada ciri-ciri ke arah kejayaan. heh... (-_-"). dan kitaran kehidupan tersebut akan berulang kembali untuk keesokan harinya. errr... ada ciri-ciri keloserankah ?

minggu lepas aku ada belajar satu ilmu dengan kak zura. ilmu itu bernama ilmu hitam... gagagaaa... tak tahu hendak kata ilmu apa, tapi aku tetap mahu menkategorikan apa yang kak zura beritahu itu sebagai satu ilmu juga. ilmu hidup nama dia... kata kak zura, kalau kita hendak tahu seseorang itu ada adik lelaki ke perempuan. sila tengok pada raut wajahnya... kalau raut wajah dia manis... maksudnya adik subjek tu mesti perempuan. kalau raut wajah dia ala-ala ganas macam gue... gagagaaa... adik subjek mesti lelaki. dan secara kebanyakannya tekaan yang kak zura buat terhadap rakan-rakan sekelas kami adalah tepat. oke... anda yang hendak mempraktikkan ilmu teka meneka ini - pertama sekali, anda haruslah tanya beliau dahulu...'adakah anda anak tunggal atau bongsu?'. dan jikalau subjek berkata ya pada salah satu yang tersebut maka tidak payahlah gigih juga hendak menteka adik subjek lelaki ke perempuan. buang elektrik sahaja.

bercakap pasal soal ilmu hidup ini. antara yang paling aku gemar adalah kelas bahasa melayu hajah nur azah. walaupun kelas tersebut namanya kelas bahasa melayu, namun cik azah suka betul menselitkan ilmu hidup dalam kelas beliau. banyak benar ceritanya. satu ketika dahulu, beliau pegang dan rasa tapak tangan kami. dan terus memperihalkan peribadi kami. ada satu ketikanya beliau suruh kami mentulis apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran kami. selepas itu, beliau pun memperihalkan peribadi kami - hanya melalui tulisan. mengikut beliau aku ini seorang yang teratur dan berdisiplin. ecehhh... bukanlah hendak cakap yang muluk-muluk sahaja. ada juga yang tidak sedap didengar. macam... aku ini tidak berapa rajin. tidak juga terer memasak. yeahhhhhhh... sangat tepat!!! T________T (alangkah bagus kalau aku tahu ilmu-ilmu seperti ini selain daripada ilmu pendidikan...)

sebelum mempublishkan entry ini tadi, saya sempat mensinggah di redup. walaupun telah awal-awal lagi telah diingatkan oleh penulisnya agar saya tidak membaca entry terbaru beliau namun, saya tetap berdegil. memanglah... selalunya, apa yang dilarang itulah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk menketahuinya. kan? macam contoh, emak kata... 'jangan panjat pokok tu, nanti jatuh...' sambil cekak-cekak pinggang. kita lagilah hendak mempanjatnya. sebab, macam sengaja pula hendak mengacah-ngacah perasaan si ibu. cuba kalau emak tidak larang... emak cakap. 'panjatlah... nanti jatuh ke bawah, bukan ke atas...' sudah tentu kita pun tidak teringin untuk mempanjatnya. errrr... apa kaitanlah pulak dengan entry si alang rebus tidak empuk tersebut? baiklah...

bila cakap soal abah ni... aku pun tidak terkecuali. ada rasa hiba setiap kali teringatkan beliau. ada banyak rasa rindu setiap kali itu. sejak kecil orang selalu cakap aku ini anak abah. iyalah... anak pertamalah katakan. lagipun, kehadiran aku memang dinanti selepas ma keguguran anak pertama yang merupakan kembar lelaki. sebab itu gamaknya abah kadangkala buat aku ini macam anak lelaki sahaja. jarang benar abah beli skirt masa aku kecik. abah orangnya mesra... dengan kami bertiga beradik ini pun kadang-kala sudah jadi macam kawan. jadi, aku tidak banyak terkilan. sebab semasa hayatnya kami memang selalu bersembang apa sahaja. melakukan apa-apa aktiviti bersama. memancing, tengok bola, tengok konsert dikir barat, teman abah main sepak takraw, ikut abah pergi buat kerja di kebun dan sebagainya. abah juga suka bergurau dengan kami, beliau suka membuat kami ketawa.

ada tidakpun yang aku sedikit terkilan sebab semasa abah pergi ke rahmat ALLAH - aku tidak ada di sisi beliau. dan arwah juga tidak sempat melihat aku dengan ijazah dan watikah seperti yang diharap-harapkan oleh beliau. abah buta huruf... abah hanya pandai eja nama beliau sahaja. adik pernah ajar abah a, b, c... abah sempat tulis huruf a sahaja. kata abah, adik garang ketika mengajar. huruf yang abah tulis itu masih ada di dinding rumah kami... setiap kali terlihat tulisan abah itu, rasa sedih seringkali datang bermaharajalela di hati. abah juga tidak dapat mensebut perkataan 'remaja' dengan betul. abah akan sebut jadi 'remanja'. setiap kali minta tolong abah beli majalah 'remaja' di bandar, mesti kena ajar abah sebut betul-betul dahulu.

semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... ALFATIHAH untuk arwah abah.

baiklah... rasanya sudah cukup panjang berjela pula entry kali ini. secara tiba-tiba melalut dan mencuri idea si alang rebus tak empuk itu pula. gagagaaaa... sorry ye m, tumpang lalu. tumpang lalu... T_____T

bagi anda-anda yang masih mempunyai ibu dan bapa. sila hargai mereka dan tunjukkan bahawa anda mensayangi mereka sementara mereka masih ada. jangan menyesal di kemudian hari. kerana nanti ianya sudah tidak berguna lagi...


.saya yakin betul. Oct 20, 2009


sarapan pada pagi tadi telah ditaja oleh puan nureha a.k.a datin wanabe. nasi dagang dengan lauk gulai ikan tongkol campur telur, gulai ayam dan keropok. wahhhh... keenakannya hanya dapat digambarkan dengan hanya satu perkataan - kacissssssssssssssssss !!!

selepas menikmati sarapan yang super kacis sangeeta gutawa tersebut sehinggakan aku makan sampai dua pinggan. baiklah... aku memang buruk lantak. gagagaaa... kami pun berangkat ke kelas. encik hamzah telah sedia mentunggu di kelas. selepas bermukaddimah sekejap - beliau terus memberikan kami contoh soalan peperiksaan dan meminta kami menjawab kertas 2 pangajian melayu dalam masa 2 jam. pada mulanya, saya ada sedikit kondifen. akan tetapi, sebaik sahaja membuka lembaran kertas tersebut. mata saya terbeliak, mulut saya ternganga dengan maha dahsyat. jantung saya berdegup lebih kencang daripada biasa. darah saya bagaikan berhenti mengalir. dan saya pasti... rakan-rakan saya yang lain pun demikian juga. kecualilah yang cemerlang-cemerlang itukan. (kak suraya, kita rasa - akak berada di golongan inilah. gagagaa...) hmmm... macam sudah lama benar tidak mentulis ayat-ayat yang melampaui batas perasaan sebenar seperti tersebut. poyo sahaja. memanglah tidak boleh jawab, tapi perasaan mestilah setenang air di kali. memang tenang dan tidak payah sangka ada buaya.

tapi. serius... soalan memang dahsyat. dah terbayang-bayang nanti masa dalam dewan peperiksaan - kalau beginilah rupa paras soalannya, dah sah-sah aku hantar kertas kosong sahaja. ada tidak pun, mungkin aku akan tulis nama dengan kelas. atau paling-paling letak tandatangan sikit, lepas tu tulis kata-kata motivasi sikit. atau kalau rajin sangat - sebab masa tiga jam yang ditetapkan tu lama wehhh, aku mungkin buleh lukis gambar ayam ke. dengan telur-telurnya sekali kalau perlu. ha-ah, yelah tu...

tapi, encik hamzah memang baik hati. beliau kata... boleh bincang dengan rakan sebelah. boleh buka buku. sudahnya... bukan setakat bincang dengan rakan sebelah. rakan di hadapan di seluruh kelas termasuk sekali. bukan juga setakat itu, boleh pula siap main pass-pass kertas jawapan. dan kata kakok... 'aiii... sikit lagi ada jugak encik hamzah baling laptop kat kita nih...'. masa tu, encik hamzah macam khusyuk dengan lappynya yang kecik dan comel tersebut. dan kata aku... 'agak-agak, encik hamzah ada fesbuk tak?'... T________T.

oleh kerana kelas hanya sampai jam 1030hrs. maka kami merancang untuk pergi berjimba. gegegee... tapi yang siotnya, kereta reyha kena block depan belakang kiri kanan. cehhh... mentunggulah kami di bawah pokok sambil bersembang-sembang sifar. ohhh... mungkin adalah yang berunsur ilmiah sebab kakok buka buku ulangkaji bm yang difotostatnya dan merungut-rungut sebab jawapan tidak disediakan. huhuhu...

hanya pada hampir jam 1300hrs barulah pemilik salah satu kereta yang sudah block kereta reyha tiba ditempat kejadian. oleh sebab kelas ip pun akan bermula pada jam 1430hrs, maka kami sepakat bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat (sila baca gaya karam singh walia...) untuk mentidak hadirkan diri. ya ampunnn...

lalu. bersegeralah kami ke ipoh parade. sekadar mencuci mata dan memenuhkan perut sahaja. gagagaaa... kemudian, reyha secara tiba-tiba teringin hendak makan cendol. hmmm... sebenarnya, aku pun teringin juga. aku dah cari sejak di teluk intan lagi. tapi macam tidak kesampaian je hasrat nan satu itu. cehhhh... tetiba mengalahkan orang berbadan dua je dia punya teringin tu. padahal berbadan satu je. ehhh, tapi betullah. secara tiba-tiba bila reyha mensebut nak makan cendol itu - maka kami secara gigihlah bergerak mencari. mempandu keluar daripada ipoh parade. melilau ke sana ke sini, akhirnya... kat depan sk tambun jugak yang ada.

layan gambarlah. rasanya macam sudah lama kapal terbang tidak ada gambar. macam super duper triple malas nak memuat naik gambar. cuma, hari ini entah dirasuk gondoruwo mana - merajinkan diri dan mensabarkan hati memuat naik gambar dengan broadband yang berkuasa dua ekor kura-kura. (-__-")





















ini qayyum dan adik beliau - rayyan. kedua-duanya ada potensi untuk mempecah-belahkan hati wanita suatu hari kelak. nasib baik suatu hari kelak tu aku mungkin dah tua sedikit kalau tidak banyak pun. punya gigih nak snap gambar si qayyum ni bila dia buat-buat gaya malu-malu kucing atau lebih tepat malu tapi mahu tersebut.

dan ini... aktiviti biasa aku dan kakok saat melihat cermin besar di pusat membeli-belah parkson yang seolah-olah memanggil-manggil kami. cermin kat parkson ni aje yang mentarik perhatian kami untuk bergambar gaya 5 jingga ini. cermin-cermin di tempat lain setakat ini belum ada lagi yang mentambat hati. gambar ini bertajuk sesuci embun pagi di gua musang.

















































bila aku senyum, kakok sengih. bila aku sengih, kakok senyum. haaaa... nak jugak letak kedua-dua keping gambar ini walhal tema dan tajuknya tetap sama. tapi objektifnya lain walaupun menggunakan bahan bantu mengajar yang sama. baiklah... ini sampah.

destinasi seterusnya seperti yang telah dimaklumkan adalah mencari cendol. apabila tiba di tempat kejadian, kami tidak bertangguh terus mempesan cendol pulut. dan yang datangnya memang cendol pulutlah. cumanya, jumlah pulutnya tidak pula terduga oleh akal waras aku. kalau di tempat aku, cendolnya sedikit sahaja. ini tidak... menimbun, macam makan air pulut sahaja. tapi apapun... memang kacis sangeeta gutawalah.




































gaya orang yang berbadan satu tapi mengalahkan orang berbadan dua dia punya teringin. makan cendol pun secara seolah-olah sudah macam tiada esok bagimu sahaja... gagagaa...




























ini pulak. gaya orang yang - hmmm... makan tak apa, tak makan pun tak apa... akak tak kisah! beliau minta cendol pulut akan tetapi beliau tidak mahu cendol. cendol tersebut disedekahkan kepada orang lain sahaja. baik mintak air pulut je kakok...

aktiviti berakhir selepas itu. aku dan kakok berpisah di depan pondok pengawal. kakok ke kanan aku ke kiri. baiklah... kakok, jika ada masa seperti ini lagi marilah kita berjimba lagi.

sebagai membalas rasa bersalah sebab telah memponteng kelas ip tadi. saya yakin betul, saya mahu ulangkaji buku ulangkaji ip yang saya baru beli. ehhh... bukan saya beli, abe yan yang tolong belikan dekat mubarak. sebab abe yan beli secara banyak maka dia dapat harga 17rm sebuah. kalau beli secara sedikit harganya adalah 19rm sebuah. cehhh... macam ye je nak baca.

baiklah... puan tan, saya yakin betul. saya tidak akan ulang perkara ini lagi. ehhh... tapi, tadi memang kami nak pergi kelas ip. kami tidak berniat pun untuk ponteng. sebab kami dah hitung kira... kami habis kelas jam 1030hrs tadi. kelas puan pula hanya bermula jam 1430hrs. jadi, kami hendak gunakan jarak waktu tersebut sahaja untuk berjimba. ini pasal kereta waja hitam, saga kelabu, kancil merah dan pokok itulah. siapa suruh mereka block kereta reyha. dan hanya kembali ke kereta setelah jam hampir 1300hrs. haaaa... sila salahkan mereka.

saya masih yakin betul.

.hujan dalam hati. Oct 13, 2009



semalam selepas balik daripada berjimba - badan rasa seram sejuk. (kata kak su, aku berjimba bagai sebab tu lah demam... heh. kak su sudah pandai menggunakan bahasa-bahasa aku. gagagaaa...) bila nak telan liur rasa macam telan batu. aku syak, sistem daya tahan badan sedang mengalami masalah. tapi, masih juga cuba bertahan. cuba juga buat beberapa jurnal untuk dihantar kepada unit praktikum seperti yang telah diminta. namun, secara tiba-tiba sedar bahawa badan sudah tidak mampu. terus masuk tidur.

pagi. bila bangun. memang sah... sudah kena demam. hmmm... rasanya, dah lama benar penyakit ni tidak hinggap kat badan aku. lepas solat subuh, terus sahaja beritahu kak liza - hari ini tidak mahu pergi sekolah. beliau iyakan sahaja. dan aku... seharian melepek di katil. nasi goreng kampung yang kak liza beli sejuk tidak berusik.

terharu. sebab, kakok datang menziarah lepas kelas tengahari tadi. tapi kami tidak sembang apa-apa. sebab aku hanya tidur. dengar suara beliau berbual dengan kak liza di ruang depan pun sayup-sayup sahaja. kemudian, petangnya... ain dan linda juga datang. linda siap beli kuetiau tomyam lagi. heh... sumpah terharu. rasa macam sakit benar. walhal tidaklah pun. dan beberapa sms bertanya khabar beserta panggilan telefon daripada rakan-rakan sekelas. serius... terharulah.

bila sakit-sakit begini terus teringat dekat ma dan arwah abah. ingat kat ma tu tak adalah sangat. sebab beliau masih ada. ingat kat arwah abah tu yang lebih. selalu, kalau demam-demam begini... beliaulah yang paling sibuk. sibuk tanya nak makan apa. nak minum apa. jiwa rasa lebih rapuh bila begini. walaupun abah dah hampir 7 tahun lebih pergi ke rahmat ALLAH. tidak sedikitpun ingatan terhadap beliau berkurang.

selalunya juga, bila demam begini yang selalu aku nak minum adalah air gas. memang pakejlah kalau demam mesti nak minum air gas. bila kakok tanya tadi, gue terus beritahu nak minum air gas. kakok balas... minum pagi esok je laaa. ni tengah-tengah malam mana nak cari? nak keluar naik apa? hmmm... betul jugak. T_______T

***AL-FATIHAH untuk arwah abah yang pergi pada 05.06.2001***



.membunuh rasa si tukang kopi.



***ini kisah cik an - bukan anak dara terlampau***

cik an sudah lalui banyak benda dalam hidup. umur cik an sudah 30. cik an tahu. beliau tidak muda lagi. dan tidak akan semakin muda. cik an sedar hakikat. tetapi cik an tidak terdesak untuk berkahwin. yang cik an tidak faham, kenapa pula mereka membuat cik an kelihatan terdesak untuk kahwin?

setiap kali balik ke kampung. cik an didesak dan digasak dengan soalan-soalan yang paling cik an bosan. cik an bila nak kahwin? haiii... cik an, kawan-kawan sebaya dah anak 2, 3... kamu tu bila lagi? hmmm... kamu tunggu putera raja ke cik an? huh... muka macam asam kelubi, patutlah cik an tidak laku-laku... pendek kata - macam-macamlah. selalunya jawapan cik an hanya ketawa-ketawa berseloroh sahaja.

cik an tahu. emak terkilan sebab cik an menolak hasrat si tukang kopi. emak tidak nampak di mana celanya si tukang kopi di mata cik an. emak hampir-hampir terpengaruh dengan hasut dengki orang yang mengatakan cik an itu sangat memilih. walhal... si tukang kopi itu bukan juga calang-calang. mungkinlah taraf pendidikan dia dengan cik an ada sedikit kekurangan. tapi kedudukan kewangan si tukang kopi kukuh. si tukang kopi anak taat. tidak berperangai yang pelik-pelik. kerja si tukang kopi hanyalah dengan kopinya. emak pernahlah rasa kopi beliau. tapi cik an tidak pernah. bukanlah cik an takut si tukang kopi dah baca-baca pada kopi yang diberinya. tapi sebab cik an tidak suka kopi. cik an selalu pening kepala kalau minum air kopi. kata emak, sedap kopi si tukang kopi... manis dan berlemak sahaja. hmmm... pandailah emak hendak mengayat, sayang... cik an tidak mudah terjerat.

si tukang kopi itu, selain anak yang taat, tidak ada perangai pelik-pelik, yang hanya tahu peduli kopinya sahaja, istilah-istilah berpeleseran dan sewaktu dengannya tidak pernah ada dalam hidup si tukang kopi. dan paling utama... syarat yang cik an selalu canangkan untuk jadi suaminya - lelaki itu mestilah boleh dijadikan imam dalam sembahyang - juga terdapat pada si tukang kopi. pendek kata, si tukang kopi itu memang cukup syaratlah sebagai calon suami. lalu... dimana celanya si tukang kopi di mata cik an hingga mati-mati cik an menolak si tukang kopi?

masa cik an dapat tahu yang faizal, abang eni itu hendak kenalkan cik an dengan si tukang kopi. cik an jadi marah melulu. pantang betul cik an apabila urusan hidupnya di atur-atur oleh orang. cik an terus balik dari rumah faizal yang sedang kebetulan berkenduri ketika itu. tinggal si tukang kopi terkebil-kebil di tangga rumah faizal yang besar itu. rumah yang faizal bina hasil penat lelah beliau bekerja di negara arab. cik an ingin juga ada rumah sebegitu. buat hadiah kepada emak. dah dapat rumah yang kemas dan cantik begitu, baru cik an mahu kahwin. pernah cik an kata begitu pada emak. tapi emak tidak mahu terima. bagi emak, apalah sangat kebendaan jika hendak dibandingkan dengan kebahagian anak-anak. kadang-kadang... emak kasihan pada cik an. cik an macam tidak fikir untuk diri sendiri. apa yang cik an ada semua adalah untuk emak dan adik-adik sahaja. ahhh... emak mungkin tidak faham cik an. cik an punya misi besar.

cik an tanya... cinta perlu ke bersebab? sebab, ada kawan cik an bagitahu yang kawan kepada kawan cik an punya sepupu pernah beritahu cinta tidak perlu bersebab. betulkah?

lalu... kisahnya cik an dan si tukang kopi?

***bersambunglah...***