Nov 14, 2015

#LEMOI

Assalamualaikum...

Hai! Saya kembali. Amboiii, bukan main lamanya saya tidak menjejak ke sini. Rindu rasa hendak update blog setiap hujung minggu macam dahulu, atau berebut komputer di bilik komputer dengan guru-guru lelaki seperti awal awal tahun saya di SK Lemoi dahulu. Haihlaaa... rindu betul kenangan itu.

Kadang saya tersentuh hati bila dapat emel daripada pembaca bertanya mengapa saya sudah lama tidak update blog. Rasa macam dan dan itu juga saya hendak buka laptop dan tulis. Tapi, itulah... ada sahaja yang menghalang. Sekarang, internet disekolah teruk sangat. Tak boleh hendak buka apa-apa laman web dengan senang hati macam dahulu. Facebook sudah block terus. Nasib baik sekarang sudah ada telefon pintar. Whatsapp, telegram sahajalah penghubung dengan dunia luar. Itupun kalau line mengizinkan, kalau tidak... mereputlah.

Alhamdulillah. Lemoi sekarang bukan Lemoi yang dahulu. Sudah banyak yang berubah. Tapi, rasanya yang itu biar saya ceritakan di entry yang lain ya? Sebab tujuan entry ini sebenarnya adalah kerana saya hendak tunjukkan ini;





Ya! Corat coret saya di Lemoi di dalam blog ini akhirnya akan dibukukan oleh Studio Anai-anai. Hanya Allah swt yang tahu betapa gembiranya saya. Memang sejak dulu, saya mahu cerita saya di sini dapat dibukukan untuk kenangan di masa hadapan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan impian saya ini. Sesungguhnya, kenangan di sini amat mahal harganya. Saya beruntung kerana terpilih untuk melaluinya. Alhamdulillah.

Buku ini, insyaAllah akan membuat kemunculannya pada tahun 2016. Kata pihak Studio Anai-anai semasa Pesta Buku nanti. Tapi, doakanlah ya agar ia dapat diterbitkan lebih awal dan semoga semua urusan dipermudahkan olehNYA.

Jadi, awak semua... tunggu ya. 

Itu sahaja saya mahu beritahu sekarang. InsyaAllah, cerita-cerita yang lain bakal menyusul.

Terima kasih. Muka senyum. Muka senyum. Muka senyum.



5 comments:

Anonymous said...

sy hampir putus asa bila menjenguk laman blog ini yang sudah saya kira hampir bersawang. xdapat sy kuis sawangnya

ehem.

jujurnya, sy sangat jelik melihat perlakuan dan perangai guru guru yang ramai semakin hari semakin duniawi dan biadap. hal ehwal anak murd dibiar. kesalahan tatabahasa diejek di media.

tapi, sy xpernah lupa untuk menumpang bangga dengan seorang guru dari tanah tinggi cameron. Dia membuka mata dan menyegarkan jiwa. Bahkan, pada akhir pengajian saya, dada saya meletop ingin menginjak kaki ke tempatnya. seolah ia memanggil saya ke sana.

Salam perkenalan,
Insyallah ditunggu bukunya

The Reluctant Shopper said...

Semoga segala urusan dipermudahkan, & semoga berjaya sentiasa.

Siti Aishah Awang said...

Lama menunggu entri2 cikgu.Alhamdulillah akhirnya....

Siti Aishah Awang said...

Lama menunggu entri2 cikgu.Alhamdulillah akhirnya....

Fatienismatulain 1999 said...

buku kamu sangat bagus saya sangat suka..