Feb 25, 2013

TITI NAN DUA


Salam,

Kadang-kadang memang kita sangka panas sampai ke petang, tapi tiba-tiba hujan turun di tengahari. Ibaratnya, macam itulah juga kami - ingatkan dah kemarau, jalan dah berturap dan elok sampai hujung tahun sekurang-kurangnya, tapi tiba-tiba tanah runtuh di tengah jalan.

Petang Ahad itu, seperti biasa kami berempat - aku, Fida, As dan Faizah masuk ke sekolah. Selepas membeli-belah barang keperluan di Sin Ming dan Pasar Malam Bertam Valley, kami memulakan perjalanan. Hujan lebat semasa kami meninggalkan rumah. Tambah lagi, hari itu boleh kata sepanjang hari memang mendung sahaja.Cuacanya sejuk bukan main. Inikan pula kalau hujan. Sejuk kuasa dua!

Sampai di pertengahan jalan, perjalanan terhenti. Ternampaklah akan jalan yang sudah putus ini. Runtuh! Tapi sudah dibina 'titi' untuk menghubungkan jalan. Katanya orang kampung, ada lori JAKOA masuk. Tapi, faktor utama aku rasa adalah sebab hujan yang selalu turun kebelakangan ini.

Jambatan atau 'titi' yang dibina itu kira muat-muat untuk motor lalu. Tapi dibuat dua supaya kenderaan bertayar empat boleh lalu. Tapi, katalah kalau aku yang bawa kenderaan tersebut - sudah tentu-tentu aku tidak berani. Dan aku lebih rela jalan kaki.

Oleh sebab kami masih belum biasa dan pertama kali hendak lalu ini, maka kami ambil langkah paling rasanya selamat - tuntunlah motor secara perlahan-lahan. Takut balancing tak power, kemudian terbayang-bayang akan jatuh tergolek ke dalam lubang yang ternganga tersebut. Huh. Hanya membayangkan sahaja pun sudah rasa ngerinya. Tapi, cikgu lelaki selamba sahaja. Almaklumlah hero katakan.

Masa ni tengah bincang macamana nak lalu.



Selepas itu, keputusan sebulat suara. Ahhh tolak sahajalah.


Orang kampung yang baru balik dari kedai tolong bawa motor sebab nampak kami macam terkial-kial nak lalu. Haha. Terima kasih.


Nampak tak betapa besar dan dalamnya lubang tersebut?


Cikgu-cikgu lelaki yang lalu dengan menaiki motor. (Kredit gambar Cikgu Wan)



Harapnya 'titi' ini mampu bertahan lama. Tapi, tak tahulah macamana sebab tadi ada cikgu yang keluar kata 'titi' tersebut dah makin teruk. Tambahan dengan hujan lagi. Alahaiii... Kepada Man Hajat Astro, boleh tak kami nak minta jambatan besi? Bagi kukuh sikit? Supaya senang kami nak lalu masuk - keluar sekolah. Supaya tidaklah orang kampung terputus hubungan dengan dunia luar. Semoga senang mereka hendak keluar - masuk beli barang keperluan. 

Habis cerita jambatan. Kami meneruskan perjalanan. 

Tapi lepas tu, motor Fida pula tiba-tiba brek tangan dia lekat. Banyak kali juga terpaksa berhenti sebab nak kena betulkan. Kalau tak dibetulkan, tayar depan tak boleh berpusing. Itupun dah beberapa kali dia menonong-nonong nak terbabas. Tambah pula dengan jalan licin lagilah. Hujan gerimis pun dah mula turun.

DuBoK sempat bergambar. Yang dalam bakul tu sayur-sayuran dan buah-buahan yang sempat dibeli di Pasar Malam Bertam Valley. 


Jalan memang agak licin. Brek memang kena dalam keadaan baik.



Terpaksa baiki sendiri. Sebab masa ni cikgu lelaki belum sampai lagi. Kenalah pandai-pandai berdikari setakat mana yang boleh. Kalau teruk sangat hendak tak hendak terpaksalah tunggu juga. 


Namun, di sebalik dugaan-dugaan kecil ini - kami bersyukur sebab selamat juga sampai ke sekolah. Cuma harapnya, 'titi' nan dua itu mampu bertahan lama sedikit sebelum sampai bantuan-bantuan daripada pihak yang berkenaan. InsyaAllah. Mudah-mudahan.

Sekian.

6 comments:

InaAchik said...

oh, lama ku tunggu tulisanmu. :)

hari tu tgk Man Hajat Astro, pastu dlm tu tgk sedutan yg mana seorang lelaki ber-scramler (aduh cikgu, tak tahu nak eja) cakap: "man kena dtg tgk sendiri, baru tahu kenapa saya pakai mcm ni" -> terus saya teringatkan blog awk. ntah2 man hajat nak masuk tunaikan hajat kat sekolah bungo lale kerja kot...
:)

teruskan bertekun bungo lale...

azlinahasan@yahoo.com

Anonymous said...

Punya gigih membacklog entry lepas2 nak kasi khatam sampai tak perasan ada entry baru.

Cekgu bungo, blog cekgu sangat2 ohsem. Terima kasih kat sape tah yg rekomen blog ni kt forum cari.com. Ni dok terkagum2, tersedih2, tersengeh2, terlopong2 dh berhari2.

Teruskan update ya. Teringin nak tengok aksi live dlm kelas, aktiviti & etc. Cekgu bukak akaun youtube leh tak cekgu? Heheh...

Terima kasih cekgu.

Anonymous said...

saya kan,tiap kali baca entry cekgu,pasal kesusahan hok cekgu tempuhi,mesti rasa meremang bulu roma,bergenang air mata....
teruskan berbakti cekgu...payah dah nok dapat cekgu2 yg cekal mcm ni loni...

Anonymous said...

jambatan ni dah macam jerangkap samar,silap langkah ke gaung jawabnya,forward dekat man cepat2x mane tahu team hajat berhajat nak masuk ke lemoi...

mokja said...

I have goose bumps reading your blog.Kegigihan cikgu cikgu menempuh cabaran ditempatkan disitu amat saya kagumi.Cikgu cikgu yang dapat kemudahan ,posting dekat rumah patut malu dgn anda semua kalau tak perform.
Hidup bungo lale

Cikgu pencen

kak bett said...

Setiap kali baca belog bunga lale ni, tiap kali tu la mata dok bergenang2 jer...siap hembus2 ingus bagai...

rasa bangga pada cikgu, rasa kesian pada budak2, rasa sedih tengok kedaifan mereka, rasa kagum pada ciku cikgi sekolah bercampur baur...

teruskan kegigihan bunga lale dan kenkawan dalam memberikan yang terbaik buat anak2 asli yang serba kekurangan ini....