May 14, 2012

Yang Pentingnya Niat



Pada suatu petang selepas aku balik daripada mesyuarat di PPD maka aku pun singgahlah di Tanah Rata yang seadanya itu. Dengan maksud hati hendak membeli nasi buat makan malam nanti. Hendak dijadikan cerita, aku pun ternampaklah seorang cikgu sekolah luar yang aku biasa tegur-tegur gitu je dengan seorang kawan dia sedang menjamu selera di kedai yang sama. Macam tak kena kalau aku buat-buat tak nampak atau buat-buat tak kenal kan? Padahal dia dah tersenyum-senyum tengok aku. 

Makanya, sebagai seorang yang peramah - aku pun pergilah bertegur sapa. Biasalah, musim-musim sekarang ni soalan yang paling top mestilah berbunyi begini kurang lebih “Tak minta tukar?” Dia tanya aku. "Belum lagi." Jawab aku.

"Yelah... seronokkan kat dalam. ELAUN PUN BANYAK."

Perghhh... bab "ELAUN PUN BANYAK" itu walaupun selalu aku dengar, tapi aku menyirap juga. Bukan menyirap juga, memang menyiraplah kan. Macamnya maksud dia tu, aku sanggup duduk dalam hutan nu dan tidak isi borang tukar lagi sebab ada "ELAUN PUN BANYAK" itu. Aku sanggup redah susah-payah. Jatuh tergolek-terbongkang-terpelanting. Mengerah keringat dan tenaga untuk sampai di sekolah. Hanya semata "ELAUN PUN BANYAK." itu.

Kawan... kerja yang namanya GURU ini aku yang pilih sendiri. Setelah bertahun aku cuba, turun dan naik pergi ujian dan temuduga - dan setelah berkali itu sejak tahun 2004, maka hanya pada tahun 2009 sahaja nasib duduk di sebelah aku. Dan, semasa itu - sikit pun tidak pernah ada dalam kepala untuk ditempatkan ke pedalaman semata untuk mendapat keistimewaan ELAUN tersebut. Sebenarnya, aku pun tak tahu ada ELAUN kesusahan hidup ini. Yang aku tahu, kalau Sabah atau Sarawak tu adalah. Tapi, aku tak pun pilih untuk ditempatkan ke sana. Dan tahu-tahu, sebaik surat penempatan ada di tangan dengan tertera nama sekolah dan di hujung nama sekolah ada kurungan (JHEOA). Tak ada pun tulis kat situ ELAUN PUN BANYAK. 

Kawan... aku rasa kerja apapun, jika niat kita kerana ALLAH S.W.T, dan kita CINTA akan kerja kita - campaklah ke mana pun, kita akan redha pikul tanggungjawab yang diberi. Sesusah dan sesukar mana sekalipun. Malah semakin hari semakin seronok. Semakin hari semakin cinta. Lalu, yang maksudnya "ELAUN PUN BANYAK" itu tidak akan sesekali melintas di hati. Itu rezeki. Rezeki yang ALLAH S.W.T beri untuk kami.

Kau nampak jumlah elaun itu sahaja, tapi pernah tak kau fikir macamana susahnya kami nak masuk-keluar ke sekolah? Dan hidup sepanjang minggu di dalam hutan yang jauh daripada kemudahan talian telefon, kedai apatah lagi? Dan kadangkala kalau motor meragam, duit itulah yang kami guna buat baiki. Iya, aku yang motor kecik ini memang tidak banyak sangat belanjanya tapi tu cikgu-cikgu lelaki tu yang naik KLX tu? Sekali tukar sparepart macam-macam, duit tu laaa kami guna tawww. 

Iya... sesiapa yang belum pernah rasa hidup kat dalam ni memang tidak akan tahu. Tapi, tanyalah sesiapa yang pernah masuk ke sini. Nescaya kau peroleh jawapannya. Jangan nampak yang indah-indah sahaja. 

Marilah kita bekerja dengan ikhlas. Niat kerana ALLAH S.W.T. InsyaALLAH, kau akan rasa indahnya. Didik anak bangsa kita ini jadi insan yang berguna sekurang-kurangnya berguna untuk diri dia sendiri. 



6 comments:

imansoraya said...
This comment has been removed by the author.
imansoraya said...

aku pernah juak terfikir apebende y cikgu 2 cakap. tp itu dari pndangan mata aku yakni yang bukan seorang cekgu.
bagi aku, kalau in the same shoes, dia patut lebih memahami.

pedulikan je.mulut orang bukan boleh tutup.

Anonymous said...

saya setuju dengan pendapat awak tu... kalo kat sarawak nie lagilah menyabung nyawa utk ke sekolah melalui jalan lori balak yang besar2 belaka... selain itu berperahu meredah jeram2 yang deras lagi... anyway semoga berjaya dengan juangan mendidik anak malaysia...

Anonymous said...

saya setuju dengan pendapat awak tu... kalo kat sarawak nie lagilah menyabung nyawa utk ke sekolah melalui jalan lori balak yang besar2 belaka... selain itu berperahu meredah jeram2 yang deras lagi... anyway semoga berjaya dengan juangan mendidik anak malaysia...

norinaomar(Chekgu Noi) said...

saya pernah rasa dan terima ayat yang sama masa ngajar kat pedalamna sarawak dulu..mereka taktahu ujian dan kos yang kita keluarkan..takkan paham apa yang alami..
sekarang ajar budak bandar rasa nak balik ke sekolah lama, kepala pun tak serabut tapi jauh dari keluargalah pula..takpelah yang penting setiap tempat ujiannya berbeza..

Anonymous said...

pedulik kan mereka....tersentuh hati membaca setiap bait cerita mengenai anak2 org asli ni...dalam hati rasa sangat bangga dengan adanya guru2 seperti kamu...moga Allah membalas setiap kebaikan dan pengorbanan kamu...