May 16, 2012

Selamat Hari Guru


Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali tiba hari guru - tiada sebarang hadiah yang kami terima. Hanya sebaris ucapan Selamat Hari Guru dan kad buatan tangan dihulur.

Tapi... Itu dah lebih daripada cukup bagi aku.

Tadi, masa aku masuk kelas - saja aku tanya sama ada mereka tahu atau tidak esok hari apa. Tahuuu... Jawab mereka. "hari apa?" "hari guru". Dan sesungguhnya, bila perkataan hari guru tu meluncur dari mulut mereka, sekali diiringi dengan muka ceria-teruja mereka. Aku pun konpius, macam best sangat hari guru ni pada mereka tu.. Walhalnya, tak adalah esok kami sambut pun. Selalunya kami akan buat kemudian, buat sukaneka dan makan-makan. Tapi, cara mereka cakap dengan ekspressi muka macam esok hari raya bagi kanak-kanak Melayu kita. Dia punya teruja dan seronok tu memang lain macam.

Pada tahun-tahun dulu, aku usulkan pada mereka suruh buat kad ucapan, dan aku sedia kertas berwarna yang dipotong, tapi... tahun ni belum sempat aku cakap aku dah tertangkap mereka buat kad guna kertas buku tulis lama. Maka, timbullah rasa belas di hati aku dan aku pun lalu menyediakan kertas berwarna untuk mereka. Lantas, berlumba-lumbalah mereka dengan gegak gempita keterujaan dengan idea yang meluap-luap menunggu masa untuk dicurahkan ke atas kertas.

Selalunya, bunyi ucapan mereka agak kelakar dan kadangkala aneh-aneh dan boleh sahaja mengundang ketawa kami.

Tunggulah, pagi-pagi esok nescaya meriahlah mereka ke hulu dan ke hilir mencari guru yang berkenaan untuk diserahkan kad ucapan tersebut. Akan kedengaranlah ucapan keramat Selamat Hari Guru dari mulut mereka.

Sesungguhnya, cikgu tidak pernah mengharap balasan daripada kamu atas ilmu yang cikgu curahkan.

3 comments:

nqr said...

baru 2-3 entry ni.. dah nitik nitik air mata.. :(

InaAchik said...

touch my heart deeply.

#sambil lap air mata lagi dan lagi...

sesemut said...

memang menitik air mata.