Apr 28, 2012

Bola Jaring 2

Alhamdulillah... Boleh tahan juga pencapaian anak murid aku ni walaupun kali pertama bermain bola jaring. Kali pertama menyertai pertandingan di luar. Layak ke suku akhir dan tewas hanya 3 jaringan gol dengan SKTR (B) untuk ke pusingan separuh akhir.

Petang khamis itu, setiba di Padang MDCH - hati berdebar bukan main. Hati cikgu. Hati anak murid tidaklah ku tahu. Tapi, yang nyatanya mereka bersungut-sungut takut melihat saiz badan murid-murid sekolah luar. Kenalah aku dan Fida motivasi secara terus-terusan. Jangan bagi mereka patah semangat.

SKL berada di Kumpulan D. Sekali dengan pasukan SK Terisu (Pos), SJK (T) Tanah Rata (B) dan SK Convent (B). Perlawanan pertama dengan SK Terisu. Sama-sama sekolah pos, sama-sama orang Asli. Perlawanan berakhir dengan seri 3-3. Ok, dapat 1 mata di situ. Jelas kelihatan, murid masih ragu-ragu dan takut-takut. Wisel pengadil selalu berbunyi menandakan ada kesalahan. Sama ada gerak kaki, halangan dekat dan sebagainya lagi.

Perlawanan kedua dengan SJK(T) Tanah Rata. Peh, ini baru betul. Menang 5 - 0. Tapi, murid-murid SJK(T) ini agak garang dan bising. Habis murid SKL kena jerit bila cuba merebut bola. 

Tapi, perlawanan ketiga, kita kalah dengan SK Convent (B). Kalah 10 - 1. Murid dia peh, punyalah tinggi dan besar-besar. Senang sahaja dia halang bola daripada masuk gol. Tapi, murid SKL ni kecil-kecil cili padi. Lasak dan lincah. Ini diakui sendiri oleh penonton-penonton di tepi padang termasuk guru-guru SK Convent sendiri. Oklah tu dapat 1 gol. Sekolah lain kalah dengan 14 - 0 tu.

 Sebelum ke padang, makan tengahari dulu. Tuuu dia, jersi Malaysia ok. Hahahaha...
  

 Lepas main petang itu, kita makan nasi goreng ayam di Habu pula. Syoknya dapat makan dengan milo ais lagi.


Esoknya, pagi-pagi lagi murid dah bangun dan beersiap-siap. Semangatnya nak main. Kali ini kena menentang pasukan SK Convent (A), SK Brinchang (A) dan SK Tanah Rata (B). Mula-mula main dengan SK Tanah Rata tu kalah 2 - 6, lepas tu menang dengan SK Convent 5 - 1, dan kalah dengan SK Brinchang 3 - 7. Sangat sipi-sipi je untuk layak ke separuh akhir. Berbeza gol dengan SK Tanah Rata hanya 3. 

 
 
 Tapi, apapun kami sangat bangga dengan mereka. Mereka memberikan saingan yang sengit. Lasak dan lincah bergerak di padang. Sehingga aku selaku jurulatih ini pun terkagum-kagum dengan semangat mereka. Bergerak ke depan dan belakang seolah tiada penatnya. Iyalah, kalau di sekolah main setengah jam dan aku bagi rehat beberapa minit untuk minum air dan akan sambung kembali. Kadang-kadang aku pun tak tahu apa erti penat untuk depa ni. Macam sangat bertenaga. Aku rasalah kan, kalau pertandingan ini bukan 7 minit + 7 minit, nescaya boleh berjaya masuk ke separuh akhir dan. Hahahaha...

Satu masalahnya, aku rasa mereka ni lambat panas. Kiranya perlawanan pertama itu macam sesi memanaskan badan dulu. Baru nak sesuaikan diri dengan padang. Lepas tu barulah depa ni akan ok. Berentap dan tempur semahunya. Dan juga, kelemahan di bahagian GS dan GA bila berhadapan dengan gol. Gemuruh kali. Dan kadangkala saiz juga memainkan peranan. GS dan GA kita rendah sangat kalau nak dibanding dengan GK dan GD lawan. Masa lawan SK Convent (B) lagi nampak jurang itu. Peluang untuk gol banyak sangat. Tapi sayang, gagal disempurnakan. Kalaulah semua peluang itu gol, pehhh sekali lagi aku yakin memang boleh masuk separuh akhir. Hahahahaha...

Tidak mengapalah. Tahun ini bukan rezeki kita. Tahun depan kita tempur lagi. Sekolah-sekolah yang di luar tu sila jaga-jaga yaaa...

Gambar: Terbongkang tidur selepas balik dari pertandingan.

Sekian.


No comments: