Apr 26, 2012

Bola Jaring

Alahaiii... Lama sungguh tak update blog. Sibuk sikit. Banyak entry tertunggak, InsyaAllah akan dilunaskan minggu ini.

Berbalik kepada tajuk. Minggu ini ada kejohanan bola jaring di Padang MDCH Tanah Rata. Tahun ini julung-julung kalinya kita hantar wakil sebab tahun ini juga julung-julung kalinya SK Lemoi ada persatuan bola jaring ye kawan-kawan. Terima kasih kepada program 1 Murid 1 Sukan, yaaa... Sebab progrma itu makanya aku tahu apa itu bola jaring.

Petang Rabu itu, usai waktu sekolah... 10 murid terpilih berjalan kaki keluar sehingga ke BUkit Pasir. Dimana disitu nanti mereka akan menumpang naik motor guru-guru. Tak boleh naik terus sebab keadaan jalan sangat tidak mengizinkan, bimbang ada kejadian tidak diingini. Bukan tidak pernah terjadi kes guru jatuh motor sekali dengan anak murid tauuu...


 Gambar-gambar perjalanan keluar dari sekolah.

Semangat berjalan kaki menyusur jalan.

Memanjat Bukit Batu.

Berehat seketika. Penat dek panas yang amat.

Cuaca masa tu panas terik, aku dan Fida yang mengiring pun terasa bahangnya. Perit. 2 botol air habis sebelum tiba di Bukit Pasir lagi. Dahaga sangat. Tapi, tak lama selepas sampai di BUkit Pasir, hujan pun turun lebat selebatnya. Sudahlah budak tidak berbaju hujan, tahan sahaja rintik hujan yang kasar. Lagikan aku yang pakai baju hujan GiVi ini pun rasa rintiknya macam semut gigit. Perit.

Sampai rumah semua kuyup. Rumah akulah jadi asrama. Rumah yang sunyi jadi meriah sungguh. Semua pun nak bercakap. Tak berhenti-henti. Tadi, seawal pagi dah bangun dan siap mandi. Kemudian berterusanlah pot pet pot petnya... Selagi tak tidur.

Ok, kawan... Doakan kejayaan kami ye...


2 comments:

imansoraya said...

aku rasa blog kau blog y plg mesra di hati bila aku bace. mane nk cari blog mcm ni dah skrng. papepun kau mmg lepak la cikgu!

Legendarian said...

jom main netball

http://www.legendnetball.com/