Mar 5, 2012

KURSUS

Pada suatu hari mesyuarat, boss beritahu aku bakal berkursus di Terengganu. Tarikhnya dia tidak pasti, nama kursus pun dia tidak pasti - dan, kalau aku tak percaya boleh telefon pegawai incas di PPD. Tahu sahajalah, boss aku ni kadang-kadang dia suka bergurau. Aku tak peduli sangat bila dia beritahu tu sebab aku kira dia saja nak main-main. Kalau iya pun, aku rasa tarikhnya mungkin selepas cuti seminggu ini paling tidak.

Tapi, aku silap. Sabtu itu, masa makan-makan nasi hujan panas di rumah Tuan. Boss beritahu lagi. Aku mula serius sikit. Ahadnya, boss telefon dan bagi nombor Encik Usop, pegawai di PPD. Boss beritahu kursusnya 6-8 Mac di Kuala Terengganu. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Encik Usop sambungnya. Maka, bersegeralah aku menghubungi Encik Usop. Yang syahdunya, kursus tu dah minggu depan. Habis segala bahan semua kat dalam. Selalu begini, kalau kursus mesti tahu last minute. T__T. Hairannya, seluruh CH ni - 2 orang Sains SR, 2 orang Mate SR, 2 orang Sains SM dan 2 orang Mate SM. Amboiii, kenapa sikit benar?

Sebenarnya, aku ingat kursus tu Kursus Pemantapan Pedagogi biasa-biasa tu. Sehingga aku mendapat salinan surat daripada Encik Usop tengahari tadi dalam hujan lebat di SK Convent (Perkongsian ilmu dengan GC, Kak Nani - My mentor, my sifu, my idol...)

Tengoklah surat tersebut, aku tak tahu nak senyum atau menangis. Jurulatih Negeri? Whatsapp??? Aku kena jadi jurulatih ke? Menangis!

1 comment:

ayu jamal said...

selamat berkursus cikgu