Feb 16, 2012

Wakil

Ingat tak hari tu aku pernah cerita pasal 8 orang murid kami yang dibawa keluar untuk Merentas Desa Peringkat Daerah tu? Haaa, kesinambungannya ini ya.

Daripada 8 peserta, SKL berjaya mendapat tempat 2,3,12 dan 67 bagi kategori perempuan. Maafkanlah ya, yang nombor 67 itu sebenarnya tak disangka-sangka juga. Dia mabuk kenderaan masa hari pertandingan. Daripada Ringlet ke Tanah Rata agak jauh juga, aku yang kadang-kadang menumpang kereta orang pun rasa pening-pening juga. Apatah lagi dia, yang jarang benar naik kereta. Dengan jalan berpusing-pusing begitu. Khabarnya, dia muntah-muntah dan tidak mampu dah untuk lari, makanya dia hanya jalan kaki.

Yang lelaki dapat tempat 5,6,17 dan 18. Oklah kan. Dan kita dapat tempat ke3 keseluruhan. Kalau tak sebab nombor 67 tu, nescaya kita boleh dapat nombor 1 keseluruhan. Sebab beza markah memang tidak banyak mana. Apapun ini memang satu pencapaian terbaik Lemoi.

Dan, kerana itu - 4 murid kami dipilih untuk mewakili daerah untuk Merentas Desa Peringkat Negeri pula. Langsungnya pada hari Sabtu ini. Aku dan Fida akan bertanggungjawab untuk mengiringi mereka. Tahu sajalah kan, murid kami ni agak penyegan dan pemalu. Kalau tiada wajah-wajah yang dia kenal, dikhuatiri akan melemahkan semangat mereka sahaja.

Jadi tadi, 4 murid tersebut dibawa keluar oleh kami yang kebetulan ada kursus pada petangnya di PPD. Tinggallah mereka di rumah aku sementara menunggu waktu bertolak esok. Hari sabtu dah balik, tapi kena tunggu bawa masuk sekali dengan kami ahad nanti. Sementara itu, rumah aku jadi asramalah. Sudah ku pinjam toto dan bantal daripada Wan. Selalunya, kalau ada aktiviti kat luar, budak-budak memang ditempatkan di rumah Wan. Jadi segala toto bantal memang dia dah sedia dah.

Itu saja nak cerita, esok nak bangun pagi-pagi. Katanya bertolak jam 0800hrs. Budak-budak dah tergolek tidur dah lepas makan nugget tadi. Petang tadi, tanya depa nak makan apa. Jujurnya depa cakap "nugget..." Alahaiii, nugget je? Sian anak-anak murid aku ni. Tapi petang tadi makan nasi la, malamnya aku gorengkan nugget. Sekejap je licin. Esok janji nak bekalkan depa nugget untuk makan dalam perjalanan.

Sekian.

3 comments:

Aini Faizi Jaslan said...

cikgu yg masakkan..? so sweettt..!!

ps: (sila la buang words worsd yg kena taip before nk komen ni..huhu)

Bungo Lale said...

Bahekkk... sudah ku buang. Tidak pernah ku ambil peduli pun. Tak perasan. Hahahaha...

norizan said...

Syabas cikgu