Jan 8, 2012

Tahun ke 3

Alhamdulillah, tahun ketiga di SKL. Syukur sebab menutup tahun kedua dengan jayanya. Macam biasa, kami masuk sekolah seawal jam 11 pagi lagi. Semangat sangat kot. Kahkahkah. Taklah, sebenarnya memang kita dah janji nak masuk pagi semuanya sebab petang kita nak adakan mesyuarat. So, kami pun bersiap-siaplah pagi-pagi tu. Tapi, rupanya mesyuarat tak jadi. Cikgu lelaki semua tahu, kami je yang tak tahu. Tapi alang-alang dah siap maka kami berkeputusan untuk teruskan jugalah.

Jadi, selepas ambil stok makan di Kedai Sin Ming yang memang menjadi pujaan hati kami The Lemoians ini, kami berempat meneruskan perjalanan masuk ke sekolah. Cuaca cantik betul hari Selasa itu. Keadaan jalan pun agak baik tidak berlumpur sebab hujan banyak hari tidak turun. Pun begitu, ada juga bahagian-bahagian yang teruk. Longkang-longkang dalam yang terbentuk. Payah betul aku nak describe bagaimana rupa jalan itu sebenarnya.


 Ini kat Bukit Pasir. Nampak seketul batu besar kat tengah-tengah jalan tu? Dulu, memang naik motor kena panjat batu tu macam-macamanapun sebab jalan kat tepi tu tak ada pun. Agaknya sebab pacuan empat roda pun tak lepas maka depa buka jalan kat tepi tu. Tapi tak boleh lebih-lebih sangat sebab dah gaung tu sebelah tu. Sebenarnya sudut bukit ni agak tinggi, dan memang mendatangkan perasaan ngeri saat nak panjat tu sebab imejin boleh terundur balik. Pernah jadi tahu...

 Haaa kan? Dah tergolek dah Cik Faizah kita ni. Masa ni aku pun sangkut, tapi guna kekuatan kaki secara maksimum untuk tolak. Nasib lepas, bila dah lepas sempatlah aku snap gambar orang kat belakang. Hahaha. Oh, sebenarnya formasi kami sama je. Aku mesti kat depan. Marsyal katakan. 
Nasib tak ada kecederaan pun masa ni, tapi lekas-lekas kena angkat motor sebab dikhuatiri minyak tumpah.

 Sama-sama menolong angkat motor yang jatuh. Ini nasib EX5 je. Kalau scrambler memang takkan mampulah kami nak angkat. Ini pun, ramai je macam suruh kami pakai scrambler. Orang-orang kat luar yang tak tahu macamana kami masuk ni maksudnya. Untuk pengetahuan semua, motor itu adalah sangat berat bagi kami. Aku pernah cuba KLX, dan aku tak berjaya  pun nak naik motor tu sendiri sebab ia agak tinggi, dan berat. Bila jatuh, nescaya akan menyusahkan pentadbiran sahaja. Dan lagi, kami bukan expert pun nak naik motor klac bagai ini.

EX5 ini senang. Ia ringan dan tahan lasak. Kalau jatuh pun kami masih boleh angkat sendiri. (tengok pada keadaan motor yang tergolek), kalau sangkut pun tidak susah mana nak tolak, kalau mati dekat bukit pun tidak susah mana nak angkat. Oh, kami pernah angkat motor naik bukit tahu. Sebabnya, salah motor mati enjin di tengah-tengah bukit dan tersangkut dalam lumpur juga. Start tak boleh. Banyak kali cuba sampai rasa nak tanggal kaki dah, jalan terakhir terpaksa tolak dan angkat. Berapa kali berhenti itupun sebab nak ambil nyawa. Sampai-sampai atas tu adalah rasa macam nak pengsan juga. 

Jadual dah dapat. Sebab cikgu kita ada 3 orang dipindahkan keluar, maka kita-kita yang tinggal ini terpaksa menyapu bersih semua matapelajaran. Purata setiap orang kena mengajar 35 masa dan purata masa setiap hari setiap orang adalah dalam 8/9 masa. Melompatlah kami dari kelas ke kelas kadang-kadang tanpa ada gap pun tahu. Harap-harap kita akan dapat guru baru masa posting Februari nanti.

Sekali lagi, tahun ini aku dipertanggungjawabkan untuk mengajar Sains tahun 4, 5 dan 6. Selain daripada Pendidikan Moral tahun 5 dan Bahasa Malaysia KSSR tahun 1. Untuk matapelajaran Sains aku tak tahu kalau aku mampu atau tidak mengulang kejayaan yang sama macam tahun lepas. Apa-apapun aku akan berusaha keras, bersungguh-sungguh untuk sekurang-kurangnya meluluskan murid aku dan paling-paling pun tidak ada seorang pun yang dapat E. 

Hanya tahun ini, baru aku diberi subjek opsyen aku iaitu BM. Tapi, aku agak ngeri sebab BM tahun 1. KSSR dan LINUS segala. Daripada 13 murid setakat ini, hanya dua atau tiga sahaja yang pernah ke PRA sekolah. Itupun, ABC masih agak kucar-kacir. Kawalan kelas aku juga kurang berjaya, biasalah kanak-kanak awal-awal masuk sekolah kan. Tumpuan dan perhatian agak kurang terarah pada guru sebaliknya lebih kepada keluar kelas dan dunia sendiri. Itu yang aku kena cari jalan untuk tackle depa. Dan lagi, sebab sebelum ini tidak pernah masuk PRA jadi ada beberapa orang yang agak tidak berapa faham Bahasa Melayu. Arahan yang aku sampaikan tidak berjaya mereka laksanakan. Tidak mengapa, ini baru minggu pertama.

Selain daripada tugas guru mata pelajaran, tugas lain aku adalah sebagai guru kelas tahun 6, S/U HEM, Ketua Panitia Sains, Guru Data, Jurulatih Bola Jaring... 

Apapun, aku doa dan harap... aku boleh buat yang terbaik, terbagus, terhebat. Aku harap aku rajin untuk sepanjang tahun. Aku harap aku mampu pikul semua tanggungjawab yang diserah kepada aku sebaik-baiknya. Amin...



4 comments:

KammyLia said...

Syabas cikgu

ctgvilla said...

salam.mcm biasa msuk blog ni terimbau kenangan lama sewaktu zaman kanak2.tahniah diatas kesungguhan dan kesabaran cikgu.

~SESEMUT~ said...

Betapa respect nyer pada u guys!
tabik spring!

Anonymous said...

tahniah cikgu......truskan usaha murni ni....
nazirul sepang