Feb 5, 2012

MENGEJAR MATAHARI

Cuti tiga hari sempena sambutan Maulidur Rasul. Tapi, aku tidak balik ke kampung. Banyak kerjaan yang perlu dan menuntut untuk disegerakan. Di sini, kami kongsi bayar internet dengan ustaz jiran sebelah rumah, walaupun dia balik kampung - tapi, dia dengan baik hatinya buka internet sebab aku tidak balik. Kalau balik, di kampung tiada internet. Jadi, banyak kerja tidak dapat aku buat. Tidak apalah, emak pun baik-baik sahaja di kampung.

Cuaca hari ini baik betul. Sebab semalam aku sudah rendam dua baldi kain yang sebenarnya tidak penuh pun dua baldi cuma aku asingkan tudung bawal dan baju t yang berwarna putih dengan kain-kain berwarna yang lain - maka pagi lagi aku sudah menalankan kerja-kerja mendobi. Cucian tangan wahai kawan-kawan. Seperti yang aku duk gebang, rumah aku sekarang ini memang apa adanya. Kau jangan cari peti sejuk, mesin basuh, sofa, meja sudut, pasu bunga, almari baju 3 pintu dirumah ini kerana memang kau tak akan jumpa. Rumah yang bersambung dua ini kosong sekosong-kosongnya di satu belah, tapi satu belah lagi ada tv yang diletakkan atas meja lipat jepun paras lutut dengan tikar plastik sahaja.

Oleh kerana telah membasuh baju dengan jayanya, maka berharap matahari akan bersinar sepanjang hari. Alhamdulillah, matahari ada sampai saat aku menulis ini. Tapi, angin bertiup agak kuat. Dari bawah pintu rumah-yang-satu-belah-lagi ini, dia mencuri masuk. Menerobos tanpa salam. Sejuknya buat aku tidak segan silu pakai dua lapis baju dengan siap berstoking. Yang namanya peluh itu, mungkin sukar untuk kau temui jika di tanah tinggi ini. Biarlah aku feeling feeling duduk luar negara sesekali, nama nak merasa betul entah bila kan dapat.



Cucian hari ini. Tapi, sesungguhnya aku tidak tahu kain siapa yang berada di bahagian kanan itu. Sebab masa aku keluar hendak betulkan baju-baju aku yang tunggang langgang ditiup angin tadi aku lihat di pagar ada beberapa helai kain batik yang tidak dikenali. Dan sesungguhnya tuan-tuan dan puan-puan, aku tidak pernah punya kain sarung a.k.a batik pun di sini. Kalau adapun di kampung, itupun emak yang punya.

Sekian.

2 comments:

Mr M said...

Sesungguhnya bahasa akak seperti novel la... dan sudah kepandaian menggunakan bahasa2 orang di sana... good job... sesungguhnya tugas sebagai guru walau di mana berada adalah mulia, biarpun tanpa mesin basuh, ke apa ke... hehehe

Uncle Jonni said...

baik uztaz tu... huhuhu...