Feb 5, 2012

Perkara Sekolah 1

Beberapa minggu yang lalu, aku sempat buat PEKA untuk murid tahun 4. Tajuknya Mikroorganisma Bernafas. Bahan senang dapat, boleh pinjam daripada dapur pra kemudian buat-buat lupa untuk ganti semula. Hahahaha.

Murid aku sangat seronok dan enjoy bila buat kerja sebegini. Maksudnya, apabila mereka tidak perlu statik di meja mendengar aku berleter (hahaha) dan membuat kerja-kerja menyalin nota atau menyudahkan latihan. Apabila cakap sahaja 'okay, hari ini kita buat amali.' Semua pun nescaya macam 'Hoyeahhh!!!' Ataupun, bila aku masuk makmal sarat dengan barang-barang ditangan, masing-masing mata bercahaya berkaca-kaca. Seronok tidak terhingga.

Nah, bahan-bahannya. Tepung gandum, yis kering, gula dan air. Masa suruh ambil air atau sediakan segala bahan ini - masing-masing akan saling berlumba untuk sukarela. Yang paling nakal pun akan berubah menjadi orang lain. Sangat berdedikasi sehingga cikgu pun merasa begitu terharu.

Dibahagikan mengikut kumpulan. Sebenarnya kumpulan ini memang aku telah tetapkan setiapkali masa Sains. Dalam kumpulan ini, aku dah campur-campur - pandai, kurang pandai, tak berapa pandai... jadi, setiapkali aku buat aktiviti yang pandai ni akan tolong bimbing rakan sekumpulan dia. Dan aku tekankan berkali-kali, kerja sepasukan adalah penting. Seorang tak siap, satu kumpulan bakalan kena. Jadi, mahu atau tidak mereka harus bekerjasama. 

Kerja-kerja menguli tepung. Bukan main teruja lagi. Maklumlah tepung tu kan makanan, letak gula pulak. So, dia bau macam manis-manis gitu. Apa lagi, siap ada yang tawarkan diri nak rasa tepung tu lagi.

Tengok. Semua pun hendak cuba uli tepung tu. Kalau tahu tadi, cikgu sanggup pinjam talam dengan makcik kantin tahu? Supaya kamu tidak perlu bersesak tangan dalam bekas sesempit itu.

Sebelum. Patutnya, setiap satu kumpulan bahagikan doh tu kepada dua bahagian. Satu yang tak ada yis dan satu lagi ada yis. Baru boleh nampak beza dia. Tapi, aku tak terfikir tadi sebab kuantiti tepung yang aku bajet untuk setiap kumpulan tu macam sedikit. Tidak boleh minta lebih, dapur pra pun mengalami masalah kekurangan tepung.

Selepas. Semua teruja apabila tengok doh dah jadi besar dan bau wangi. Lalu sibuk-sibuk nak makan pula tu. Jenuh juga kawan ni bagitahu dia, ini belum masak. Manakan bisa kamu memakannya? Ohhh, lalu mereka pun akur dalam kecewa. Hahahaaa...


No comments: