Jan 2, 2012

Sedia

Gambar motor aku yang sedang diselenggarakan. Tukar tayar, brek, spoket, bearing, servis segala. Kos dekat RM200 juga.

Ginilah tiap-tiap kali awal tahun. Ini tahun ke tiga aku di Lemoi. Alhamdulillah, rasa cinta tidak pernah surut.

Esok, InsyaAllah... Pagi-pagi lagi kami akan konvoi masuk ke sekolah. Rupa paras jalan tidak diketahui. Cuma boleh agak-agak sahaja memandangkan hujan yang selalu turun. Lagipun, biasalah awal tahun begini. Memang bergelut dengan lumpur ajelah.

Awal-awal tahun begini banyak barang nak kena bawa masuk. Buku rekod p&p, jadual kedatangan, buku-buku latihan dan alat tulis murid, stok-stok makanan... Pendek kata, muatan memang penuh esok. Aku tadipun, gigih kemas barang. Pilih yang betul-betul perlu aje. Itupun beg kembung, bakul penuh. Kasut belum masuk lagi tu.

Tengoklah macamana esok, mana yang tak muat terpaksa tinggal dulu. Minggu depan baru bawa masuk.

Ok. Doakan kami ye kawan-kawan :)

No comments: