Dec 30, 2011

Anugerah

Terharu.

Malamnya, ada makan malam di Rosa Passadena dan penyampaian Anugerah Lonjakan Saujana UPSR 2011.

Alhamdulillah. Terharu dan bersyukur sangat dengan anugerah yang diberi. Sesungguhnya, aku masih amat baru dan masih dalam proses belajar.

Terima kasih kepada pihak SKL. Tuan guru besar, barisan GPK yang memberi kepercayaan dan sekaligus tanggungjawab yang besar untuk aku laksanakan iaitu dengan mengajar mata pelajaran Sains yang semestinya bukan opsyen aku.

Coach aku, Puan Rosnani yang banyak beri tunjuk ajar melalui program SISC. Yang tak jemu jawab setiap pertanyaan aku, yang tak jemu berikan ilmu untuk aku.

Lin, Yam... Guru-guru Sains sekolah luar. Yang beri aku panduan. Beri aku soalan-soalan dan kongsi pengalaman. Korang memang the best!

Fida, those who always beri aku semangat, tiapkali aku merungut. Hehehe...

Murid-murid aku, Aedesh, Azizi, Man, Jaswi, Linda, Pieza, Sunaize - terima kasih sebab beri kerjasama sepanjang cikgu mengajar korang.

Ramai kot yang aku nak ucap terima kasih. So, kalau tak tersebut aku minta maaf. Sesungguhnya, aku hargai jasa-jasa kalian.

Dan, aku harap... Aku bisa beri yang lebih baik lagi di tahun-tahun akan datang tidak kira subjek apa pun yang aku ajar.

*selain aku, daripada SKL - Tuan dan Pakchu juga terima anugerah yang sama.

1 comment:

ctgvilla said...

TAHNIAH CIKGU.SEMAGA TERUS MAJU DAN SENTIASA BERSEMANGAT.