Dec 29, 2011

Selesai

Alhamdulillah... Segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Walaupun pada hari pembentangan dengan PPD, aku gelabah tahap dewa. Cakap pun boleh rasa ada getar. Slaid aku banyak kena diperbetulkan dan ditambah.

Begitulah. Dua malam aku berjaga, tidur hampir jam 6 pagi semata demi menyiapkan slaid.

Pada hari Seminar Perkongsian Ilmu dan Anugerah Lonjakan Saujana UPSR 2011 itu, dalam perut aku bukan setakat ada rama-rama tapi juga kura-kura kali.

Eh, sebenarnya aku fikir majlis buat kat bilik gerakan atau bilik sewaktu dengannya, dan mengikut subjek. Tapi silap, bila datang untuk bentang depan PPD baru aku tahu aku kena bentang dalam dewan depan hadirin yang merupakan guru-guru tahun 6 seluruh Cameron, para guru besar, pegawai-pegawai di PPD yang berjumlah kurang lebih +-200. Masa tu terus gementar yang dahsyat berlaku. Tapi Kak Nani banyak tolong aku, bagi semangat sehingga harinya bila bentang suara aku lebih kuat dan lebih laju daripadanya (mengikut Fida). Kahkahkah...

Tapi, Alhamdulillah. Semua berjalan dengan baik. Dan bangga sebab wakil Lemoi ada dua orang termasuk Pakchu yang dapat 100% kelulusan Matematik.

Mudah-mudahan SKL akan terus berjaya di masa hadapan.

Gambar: cenderamata lepas pembentangan.

No comments: