Dec 21, 2011

Cuak

Beberapa hari yang lepas, aku terima panggilan daripada PPD. Nombor yang tertera di skrin telefon buat aku cuak and my heart goes dup dap dup dap instantly. Hati aku berdetik "nak kena tukar ke aku?". Iyalah, sebab khabar angin lintang yang kencang bertiup menyatakan akan ada guru daripada sekolah aku akan dikeluarkan. No... Aku masih belum sedia. Banyak lagi aku nak belajar di sini.

Yeah. Cuak yang entah apa-apa. Padahalnya, panggilan dibuat untuk menjemput aku naik ke Cameron Highlands pada 28 Disember ini untuk satu majlis yang melibatkan guru-guru tahun 6. Macam Perkongsian Ilmu kot. Tapi, taaapiii... Aku bukan setakat kena hadir dan dengar sahaja. Aku kena buat presentation (dalam BM nak sebut apa tak tahu... Persembahan?) Presentation on how I teach my pupils. Sebab, kata Haji Salam keputusan Sains yang melonjak/meningkat daripada keputusan UPSR tahun lepas. Yang mana tahun lepas, hanya seorang yang lulus. Tahun ini tak payah ceritalah - dah gebang kat entry sebelumnya.

Perghhh. Cuak aku. Haji Salam minta aku sediakan slide powerpoint bagai dan juga minta aku naik dan jumpa dia pada 27 Disember. Dia mahu tengok dahulu apa yang bakal aku bentangkan.

Baiklah. Perlu diingatkan di sini kawan-kawan, semua guru-guru Sains Tanah Tinggi ini yang bakal aku berhadapan nanti adalah otai-otai Sains. Yang aku banyak minta tunjuk ajar masa aku gelabah-gelabah tak tahu macamana nak ajar Sains. Dan, aku tanya dua tiga orang yang aku kenal - mereka tak kena present pun. Ini memang mendatangkan kecuakan tahap maksima.

Secara terperincinya majlis itu aku tak tahu bagaimana. Kata GB ada slot-slot dan sampai ke malamnya ada makan malam bagai. Oh dem... Sakit jantung aku oiii.

Sehingga ke hari ini, aku apa satu pun tak sedia. Ada Haji Salam minta sertakan eviden, tapi bagaimana nak masuk sekolah ambil buku-buku dan lembaran kerja murid-murid musim cuti begini?

Sejujurnya, aku cuma guna cara yang diajar oleh Guru Cemerlang Sains iaitu Puan Rosnani yang masuk sekolah sempena program SISC awal Mei 2011 sahaja. Aku guna sepenuhnya. Aku beli buku rujukan dan minta mereka salin kembali topik-topik tahun 4 dan 5 dan aku bagi soalan. Aku ambil soalan-soalan percubaan daripada negeri lain (kebanyakannya aku daripada Lin, thanks Lin) dan aku bagi mereka jawab. Berulang-ulang soalan yang sama. Dan aku guna hanya soalan-soalan UPSR tahun-tahun sebelum. Aku fotostat jadikan 3 buah buku. 1 untuk pre test, 1 untuk post test dan 1 untuk jawapan. Soalan yang sama berulang-ulang. Itu sahaja.

Dan... Aku sedang hitung hari dalam debar. Tiapkali teringat pada tarikh keramat itu hati aku lalu dup dap dup dap tak keruan jadinya.

Doa, mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik... :)

No comments: