Dec 10, 2011

UPSR 2011 Bahagian II

Walau sudah Disember. Hangatnya keputusan UPSR sudah suam, tapi gigih juga aku nak update. Sebab dekat entry sebelumnya macam tergantung sahaja siapakah dua insan bertuah yang dapat memiliki dua buah basikal tersebut. Well, cerita basikal ini pun panjang juga sebenarnya. Marilah aku cerita, macamana gigihnya kami bawa basikal ini masuk ke sekolah.

Jalan teruk pada minggu-minggu terakhir persekolahan. Hilux pun menyerah kalah tahu. Eh, macam pernah cerita. Tak apalah, cerita lagilah ye. Ok, oleh kerana Hilux telah menyerah kalah sebermulanya di Bukit Pasir lagi, kami menggunakan sistem kerahan tenaga. Guru-guru lelaki dan murid lelaki tahun 3, 4, 5, 6 berjalan kaki keluar untuk mengangkut segala barang dan dua buah basikal ini. Basikal, takkanlah hendak dipikul kan? Jadinya, murid-murid ni bergilir naik sepanjang jalan hingga ke sekolah. Tidaklah susah mana, sebab walaupun dua buah basikal ini adalah basikal satu-satunya sepanjang sejarah Lemoi - budak-budak pernah belajar naik  basikal anak makcik kantin sebelum ini. 

Jadi, bila sampai di sekolah - kondisi basikal tidak berapa hendak baru lagi. Selepas dibasuh dan disimpan di dalam bilik guru - itupun ada yang curi-curi naik sementara menanti Hari Anugerah. Bila dibawa keluar, pedalnya sudah tertanggal skru, begitu juga objek yang aku-tak-tahu-nama itu seperti yang sedang dibaiki oleh dua orang pakar di bawah.


 Reben gayut-gayut tu aku yang letak. Kahkahkah... buruk benar rupanya. Tapi abaikan sahajalah penampilannya itu ya.
 Masa ni guru besar baru sampai. Lama kami tunggu, yelah kan lepas ambil keputusan jam 1000hrs tu beliau kena berkejar masuk ke sekolah. Dekat jam 1300hrs juga beliau sampai. Murid-murid pun dah terbosan-bosan menunggu. Yang mana dah dress up untuk persembahan tu pun dah hilang lipstick errr sebenarnya lipgloss perasa strawberry yang aku sapu tu pun dah hilang. Sudah dimakan kali. Masa ni, aku memang tengah berdebar menunggu. Nak-nak lagi lepas dapat berita melalui FB bahawa subjek Matematik dapat 100% lulus. So, macamana dengan Sains oiii?

 Alamak... muka GB serius dowh. Masa ni dia tengah belek-belek kertas keputusan tu. Aku duduk dengan Fida kat belakang dengan tidak senang duduk sekali. Tak percaya?

 Nahhh... tengok. Muka kami begitu serius berbincang tentang ekonomi dunia. Cehhh... lame oiii. Masa ni dah tahu dah, daripada 7 murid yang menduduki UPSR termasuk 1 yang menumpang di sekolah-yang-tak-payahlah-sebut-nama tu hanya 2 daripada mereka yang lulus semua matapelajaran. Padahalnya, padahalnya kan... yang menumpang itu salah seorang calon lulus kami tahu. Dia sebelum pindah sekolah memang antara calon faveret. Otak dia tak jauh mana bezanya dengan 2 yang lain tu. Malah dia punya ingatan lebih daripada mereka kadang-kala. Tidak tahu dimana silapnya.

Pun begitu, aku lega dan sedikit terkilan. Untuk subjek Sains yang aku ajar untuk pertama kalinya tahun ini. Bukan opsyen aku, tahun lepas aku ajar Math dan BI tahap 1 jew. Tahun ni tetiba dapat jadual ngajar Sains tahun 4, 5, 6 - menggelupur aku awal-awal tahun  nak print RPT segala. Study buku segala. Eh, semua benda sangat asinglah bagi aku orang BM ni oiii. Rasa nak nangis pun ada. Tapi, mana boleh. Aku kan kuat... ohhh, hahaha. Aku terkontang-kanting, libang-libu... macamana nak ajar. Bahagian A, Bahagian B. Apa pembolehubah segala ni oiii? Ahhh... kusut-kusut! 

Bila keluar hari Jumaat tu, kalau ada masa dan berkesempatan aku pergi jumpa Lin. Cikgu Sains SKR tu. Dia banyak tunjuk ajar aku. Sedikit sebanyak, jalan yang gelap mula bersuluh. Kemudian, pada Mei - bantuan datang. Melalui program SISC (School Improvement Specialist Coaches), dihantar kepada kami 3 orang individu yang bakal menolong untuk subjek BM, BI, Sains. Aku lebih beruntung sebab Puan Rosnani - Guru Cemerlang Sains dari SKC dapat masuk ke sekolah dan seterusnya berjumpa dengan murid-murid dan aku. Yang dua lagi, oleh sebab masalah pengangkutan tidak langsung dapat menunjuk muka. Melalui Puan Rosnani, aku memang banyak belajar. Aku tengok cara dia mengajar, dia bagi aku tips-tips yang sangat berguna dalam masa 3 hari dia di sekolah.

Akhirnya, setelah bertungkus-lumus siang dan malam - 6/7 murid aku lulus Sains dengan 5 orang dapat B, seorang dapat C. Yang tak lulus tu dapat D. Dialah yang aku duk gebang sebagai calon lulus aku. Yang pergi menumpang di sekolah lain itulah. Itulah yang aku terkilan sangat-sangat. Tsk...tsk...tsk... Ohhh, rasa nak pergi menangis sekarang. 

Dan, mempersembahkan 2 insan bertuah yang berjaya memiliki basikal. Satu-satunya di sepanjang sejarah Lemoi.

 Pelajar terbaik, Aedesh A/L Sairi a.k.a Bah Ram a.k.a Ajai. Aku selalu panggil Jai je. Dia pun tak sangka dia dapat terbaik sebenarnya. Aku pun tak sangka, aku fikir yang seorang lagi tu. Ok, kejap. Masa GB kat pentas tanya '...nak tahu tak sapa dapat?" aku nampak dia kat tepi eksaited jawab "nakkk!!!" GB tanya lagi "...cuba teka siapa?" dan dengan terujanya dia jawab "Man!!!" bukan dia jawab seoranglah, ramai-ramai dalam dewan tu. Tapi bila GB sebut nama dia, dia kelu. Kaku. Mulut dia macam ternganga. Sampai Cikgu Din yang suruh dia naik pentas, tu pun dengan muka tak percaya dia naik. Sumpah, terharu sungguh aku tengok betapa naifnya dia.

Oleh kerana dia terbaik, GB bagi dia pilihan nak basikal kaler pink ke kaler putih. Dia pilih pink. Selain dapat basikal dia dapat RM100. Duit terbanyak yang dia pernah pegang seumur hidupnya. Sebenarnya, yang lagi seorang tu pun dapat basikal dan duit RM100 juga, cuma lebihnya Ajai dia ada kuasa memilih basikal mana yang dia nak.


 Ohhh. Damn! Seriuosly, rasa nak nangis tengok gambar ini sekarang. Tapi, Jai apasal hek buat mulut macam tu? Tayang gigi?

 Ajai dengan GB dan GPK merangkap guru matematik tahun 6. Otai dia ni. Tu sebab semua murid lulus subjek dia tahun ni. Salute kat Cikgu Amri weh.

Dan, insan kedua bertuah itu adalah Man A/L Junaidi a.k.a Bah Canguk. Panggil Man aje sebab nama dia sangat simple. Bah Canguk tu kawan-kawan dia je panggil. Ohhh, adakah aku pernah cerita bahawa orang asli ini punya 2 nama? Atau lebih? 1 nama dalam IC atau nama sekolah, depa gelar. 1 nama asli yang jadi nama panggilan depa. Contoh; Mustafa atau Bah Gok, O tu bunyinya bagi tebal sikit. Azizi atau Bah Beng - kalau lelaki ada Bah kat depan. Tapi ada je yang nama IC/SB dia Bah, contohnya Bah Risit, depa panggil Bah Risip. Susah nak sebut T gamaknya. Dan Bah Suria dipanggil Bah Dal. Kalau yang perempuan mesti ada Wak kat depan. Contoh; Jura dipanggil Wak Spong (bukan Sponge), Emadora dipanggil Wak Ded, pun ada juga yang nama SB dia sama dengan nama panggilan Wak Juna. 

 Ini Man. Untuk kebanyakan segala benda - he is the hero. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu dia Johan peringkat daerah untuk kategori murid orang asli, dan sangat aktif dalam sukan. Dia lari sangat laju.  Dia juga wakil CH untuk Bola Sepak.

 Muka mungkin tak berapa nak teruja sebab dapat basikal kaler putih. 

Seterusnya, hari Anugerah ini diserikan dengan 3 persembahan tarian. Tahukah anda kawan-kawan, murid-murid saya sangat pick up kalau benda-benda begini. Sekali ajar pun depa boleh ingat step. Tapi, kalau suruh belajar. Mungkin sehingga kau sakit tekak menjerit pun belum tentu, aku ulang BELUM TENTU mereka boleh ingat. Ini fakta.

 Joget. They do well masa praktis. Joget. Bila kat pentas, tambah ibu bapa ramai kat bawah mulalah nebes. Muka masam itu trademark. Jenuhlah aku dan Fida kat bawah suruh senyum. Masam juga mukanya, macam kena paksa. Padahal depalah tergedik-gedik nak menari. Well, ehemmm aku dan Fida yang mereka stepnya. 

 Ini kita kasi lagu Shakira - Objection. Sama juga. Masa praktis goyang cantik je. Masa hari kejadian, malu-malu alah. Apapun, mereka comel. 

 Feberet ever. Hindustan. Idea dapat daripada Adlin... "jantan  tak guna, tak guna, jantan tak gunaaa..." tapi kita ambil lagu betullah - Mujhe Rang De. Terbaik.

Ohhh... muka bangga dengan basikal dan result. Ajai dengan 1A, 3B, 1C dan Man 1A, 2B, 2C. Untuk pengetahuan SKL baru kali ketiga ada murid UPSR. Sebelum-sebelumnya bila masuk tahun 6 kena hantar ke sekolah luar. SK Menson kalau tak silap aku. Oh, petang itu juga masa kami semua kemas-kemas nak keluar nampak Ajai dan Man dengan tidak berbaju mengayuh basikal keliling kampung. Nanges T___T

Itulah sahaja cerita UPSR Bahagian II saya. Sebenarnya, perasaan sukar digambar dengan tulisan sebab aku tidak pandai. Apapun, pada hari itu semua perasaan bercampur baur. Seronok, terharu, sedih, terkilan...

Cikgu bangga dengan korang. Cikgu akan sentiasa sayang dan ingat kamu semua, walau bila masa kamu di sekolah menengah nanti kamu sudah lupa cikgu... Semoga berjaya di mana jua kamu berada.


No comments: