Dec 10, 2011

SERAM

Jumaat, beberapa minggu yang lepas. Selepas habis Mesyuarat SISC di Hotel Heritage Cameron Highlands, aku mengajak Fida dan Nor ke Raub. Ke Proton Service setepatnya. Piyu itulah, masih juga buat hal. Kau bayangkan, tetengah sedap aku drive drift di Tanah Tinggi tu, tiba-tiba bau hangit yang amat. Bila aku sampai sahaja di rumah sewa aku tu, siap berasap lagi kat tayar sebelah kanan. Aku syak, ini mesti pasal brek. Padahlnya, padahalnya kan... baru je aku tukar break pad tu. Masa dia buat hal di GM, dek sebab yang namanya Proton Service itu memang tidak ada di sana makanya aku ke kedai biasa sahaja. Tahu sahajalah, kereta aku ni memang kecil sahaja. Tapi, kalau datang bab rosak - dia punya belanja macam aku pakai kereta mewah sahaja. Seharusnya kena pergi Proton, manja benar kereta ni. Tak mau dah kedai lain. Dugaan aku betul, bila dah tukar break pad tu, mula-mula sekali dia berbunyi-bunyi. Bila drift kat jalan bengkang bengkok Tanah Tinggi ni memang semacam bunyi dia. Dah tu bawaklah pergi Ulu Ringlet tu, pomen sajes suruh pergi Proton. Bawak pergi Proton tukar break pad cap Proton, aku fikir masalah dah selesai. Tapi jadi lagi. Kemuncaknya, bila bau hangit tu.

Lalu, petang Jumaat itu kami bertiga pun ke Raub. Aku bukan nak cerita pasal kereta sebenarnya tapi terceritalah pulak. Takpelah, anggap mukaddimah je ye. Cerita sebenar bermula masa kami perjalanan balik ke Tanah Tinggi. Hari sudah malam, selepas pekena Sate Warisan yang glemer kat Koyan tu, dan solat di Masjid Koyan kami pun gerak balik. Dalam jam 0900hrs kurang lebih. Dan, tahukah anda kawan-kawan? Jalan Betau itu begitu sunyi. Jarang benar ada kereta di jalanan. Keliling adalah hutan semata. Kalau ada kampung pun cuma perkampungan orang asli di Betau itu sahaja. Kejadian kemalangan ngeri yang meragut nyawa juga banyak berlaku di jalan ini. Kejadian seram juga banyak di cerita orang. Pun begitu kawan-kawan, aku pernah redah malam di Jalan Betau ini sendiriaan ketika aku pulang dari Kursus di Temerloh. Dia punya seram hanya aku boleh rasa. Sepanjang jalan, tengkuk aku rasa panas meremang. Aku bawa kereta tidak santai, aku rapatkan badan ke depan. Aku naak tengok cermin pandang belakang tu pun aku tak berani. Mata aku lurus ke depan sahaja. Bila ada cahaya lampu kereta di belakang, aku pecut laju-laju. Tujuan aku supaya kereta di belakang terus ikut di belakang, supaya aku tak ditinggalkan. Kononnya. Sudahnya, tiba-tiba hilang terus cahaya lampu tu. Pernah suami kawan aku lalu jalan tu, terbabas dengan empat tayar ke atas. Bekas Tuan PPD juga kemalangan di kawasan itu dan menyebabkan isterinya meninggal dunia. Pegawai di PPD juga pernah kemalangan di situ, kereta MyVinya remuk terus. Tulisnya di FB yang kurang lebih begini '... aku merasakan ada orang lain yang sedang memandu keretaku ketika itu..." Dan melihat kondisi keretanya yang teruk begitu, dengar khabarnya bergolek beberapa kali siapa sangka dia hanya cedera ringan. Dan berapa banyak lagi cerita-cerita yang aku dengar hanya menambahkan keseraman memandu sendirian.

Berbalik kepada cerita tadi. Kami menempuh perjalanan dengan sembang dengan diiringi gelak-gelak. Kami dengan Nor ni nama sahaja serumah, tapi sebulan sekali belum tentu berjumpa tau. Yang mana ketika tengah gelak-gelak itu, gelak kami mati terus. Nun, di hadapan kelihatan satu lembaga berwarnan putih di tepi jalan. Pergerakannya perlahan sekali. Dada aku berdebar, rasa jatuh jantung aku. Tapi, tak ingat pun nak baca surah apa-apa, yang aku tahu aku terus drive je. Kau bayangkan tetengah hutan begitu, satu lembaga berwarna putih dan segala cerita-cerita momok mula berlegar dalam kepala yang hanya mampu menaikkan bulu roma lagi adalah.

Cuba teka kawan, apakah lembaga tersebut? Yaaa... salah tekaan anda itu, ianya bukanlan hantu atau perkara sewaktu dengannya seperti aku dan Nor fikir (Fida di belakang tak sedar pun kejadian itu) Ianya adalah lembaga seorang mat bangla sedang cari talian telefon. Hampeh tak? Jalan kat situ memang tak ada sebarang talian. Maxis ke, Celcom ke, Digi I will follow you ke... memang tadak. Kecualilah dekat perkampungan orang asli Betau tu, itupun kena buat gaya mat bangla tadi tulaaa. Duduk tepi jalan, berdiri maksud aku angkat telefon sana-sini. Ya, mat bangla tu pakai baju dan kain pelikat putih. Dan sebab dia itu gelap, makanya yang nampak di kornea mata aku dan Nor hanyalah yang berwarna  putih itu. Bila dah sedar itu bukan hantu atau entiti, menyumpahlah kami yang sedang ketakutan itu. Nor katanya, dah lembik kaki tangan dan katanya nasib aku yang memandu. Kalau dia entah apalah jadinya. Hahaha...

Walaupun begitu, aku memang sedaya upaya mengelak untuk lalu Jalan Betau itu sekiranya tiada apa-apa yang mendesak. Cukuplah dua kali pengalaman. 

1 comment:

Anonymous said...

break ke brake?