Aku masih menunggu dalam debar. Ini kali pertama aku ajar tahun 6, dan bukan matapelajaran opsyen aku pula. Jadi, debar aku lebih lain macam.
Macam-macam andaian dalam kepala. Mata sekejap-sekejap pandang jam. Aduh... Lama lagi, guru besar kata selepas pukul 1000hrs baru dapat keputusan. Beliau sedang di PPD, dah dapat keputusan - beliau kena pantas-pantas menunggang ke sekolah pula. Aku agak-agak, mahu jam 1200hrs lebih-lebih juga sampai.
Ya Allah. Aku mohon yang terbaik untuk anak-anakku. Man, Ajai, Bah Beng, Linda, Pieza dan Su... Semoga keputusan kamu tidak mengecewakan.
3 comments:
Sapa yang bertuah tu? Ce cita
rajin2 la update blog =)
Puan Norizan, sat naaa... kita buat entry tu.
Anon, insyaAllah...
Post a Comment