Nov 17, 2011

UPSR

Dua buah basikal ini akan menjadi habuan murid-murid yang lulus semua mata pelajaran dalam UPSR.

Aku masih menunggu dalam debar. Ini kali pertama aku ajar tahun 6, dan bukan matapelajaran opsyen aku pula. Jadi, debar aku lebih lain macam.

Macam-macam andaian dalam kepala. Mata sekejap-sekejap pandang jam. Aduh... Lama lagi, guru besar kata selepas pukul 1000hrs baru dapat keputusan. Beliau sedang di PPD, dah dapat keputusan - beliau kena pantas-pantas menunggang ke sekolah pula. Aku agak-agak, mahu jam 1200hrs lebih-lebih juga sampai.

Ya Allah. Aku mohon yang terbaik untuk anak-anakku. Man, Ajai, Bah Beng, Linda, Pieza dan Su... Semoga keputusan kamu tidak mengecewakan.

3 comments:

norizan said...

Sapa yang bertuah tu? Ce cita

Anonymous said...

rajin2 la update blog =)

Bungo Lale said...

Puan Norizan, sat naaa... kita buat entry tu.

Anon, insyaAllah...