Nov 12, 2011

Menyamar Pelancong

Teringin sudah lama, tapi oleh kerana selalu balik kampung sejak akhir-akhir ini maka segala keteringinan itu dibiarkan begitu sahaja. Minggu ini sudah alang-alang akan mula cuti panjang selepas minggu hadapan, makanya aku tak balik. Lepak je kat Tanah Tinggi. Rangka beberapa program lawatan ke sekitar Tanah Tinggi dan menyamar sebagai pelancong.

Awal-awal pagi, aku dan Fida bangun dan bersiap-siap. Destinasi pertama yang duk teringin tu adalah ke YZ Agro Farm di Taman Sedia. Sebenarnya YZAF ni, isteri salah seorang pemiliknya adalah guru di SKC. Aku kenal beliau sebab beliau merupakan Guru Cemerlang Sains yang ditugaskan untuk ke sekolah aku bagi program SISC. Untuk membimbing aku mengajar subjek Sains Tahun 6 khususnya. Sejak itu aku kenal dia. Oh ye, namanya Rosnani. Tapi aku panggil dia Kak Nani. Kak Nani is super peramah. Sama juga dengan suaminya, Encik Zulkifli. Pemilik huruf Z pada YZAF tersebut. Sekali aku pernah bawa murid-murid tahun 6 ke YZAF untuk tujuan mendapatkan bimbingan terakhir Kak Nani ketika hampir mejelangnya UPSR (Program Santai UPSR - aku pernah tulis mengenai ini). Tapi, Kak Nani tiada di YZAF minggu ini kerana dia ke Pekan, ada kursus. Tak apalah. Teringin aku cuma nasi lemak di YZAF tu, bukan teringin nak jumpa dia.

Masa kami sampai, jam kurang lebih 0930hrs. Dah penuh dengan bebudak sekolah. Satu bas dah ada. Tapi nasi lemaknya masih ada. Oh yeahhh... kesimpulannya, nasi lemak di YZAF adalah super best. Makan nasi lemak dengan teh oren dan cuba juga kopi strawberry dalam dingin cuaca pagi dan tambah hujan-hujan begitu. Memang pergh ok...

Sesapa yang nak datang. Tengok papan tanda ini. Letaknya ke dalam di Taman Sedia. Sebelah Al-Mashoor. Kat belakang ada KHM. 

 The Nasi Lemak. Simple. Tapi sedap. Tak cukup sepinggan aku order sepinggan lagi.

 Fida order muffin strawberry setelah habis sepinggan nasi lemak. Dia minum teh lemon. Teh ni memang signature Tanah Tinggi. Teh paket Cameron Valley tu, yang uncang. Dia letak dalam cawan dan masuk air panas. Tanpa gula. First time aku minum teh tak ada gula. Tapi sedap sehhh... Lepas tu aku ada cuba kopi strawberry. Rasa dia sedap. Kopi tu aku rasa dia tak adalah kuat sangat. Manis. Sedap. Kalau teh ada teh strawberry, teh oren, teh lemon, teh anggur... kopi pun sama juga. Kopi ni dia macam serbuk 3 in 1 tu. Aku tak pernah tahu ada kopi perasa gini. Paket dia pun aku tak pernah nampak, tapi kakak tu bancuh tadi dia cedok serbuk tu dari bekas. Seriously, aku rekomen korang cuba. Sedap.
Aku suka suasana YZAF ni sebenarnya. Best nak lepak. Lepak untuk orang tempatan macam aku ni, kalau pelancong lagilah wajib datang. Lepas kali pertama pergi yang bawa anak murid tu aku dah jatuh hati dah. Dia punya meja makan dan kaunter kat tengah-tengah, kiri kanan ada pokok strawberry tu. Memang nyaman suasana dia. Meja kayu, alas putih merah kotak-kotak. Simple but yesss sangat sedap mata memandang.

 Kebetulan, strawberry belum berbuah. Kata akak kat kaunter tu, dalam 3 minggu lagi. So, dalam cuti sekolah ni adalah buahnya. Gambar tu bunga pokok strawberry tu.

 Deretan pokok strawberry. Kiri kanan tempat makan tu ada pokok-pokok ginilah Dulu, aku bayangkan pokok strawberry ni macam pokok rambutan tu. Besar. Sekali besar ni je rupanya.

Sebab masih awal masa tu, walhal rasa lama dah lepak kat YZAF tu. Yelah, lama tu nak menghabiskan dua pinggan nasi lemak dan dua cawan air. Hihihi... Aku dan Fida rasa nak jalan-jalan lagi. Tapi tak tahu kemana. So, kami decide bawa je kereta. Nampak mana-mana papan tanda nanti kita masuk je. Kami tuju ke Brinchang. Sudahnya, masuk ke The Big Red Strawberry Farm. Yang big kat sini bukan sahaja strawberrynya tapi juga farmnya. Bukan sahaja ada strawberry, segala jenis pokok bunga. Menu makan kat sini pun best, cuma tak ada nasi lemak. Dia more to desserts. Segala-galanya berasaskan strawberry. Tapi ada juga maggi mangkuk tu, nescafe mesin tu... Alasan utama masuk ke sini sebab nak test skill ambil gambar. Pertama kali aku guna manual sepenuhnya. Saja cuba-cuba, sebab otai-otai fotografi aku kat bbm nasihatkan aku kena guna manual kalau pakai dslr. Kalau auto, baik pakai kamera digital je kata depa.

Kat sini, cabaran besar bagi pembawa kereta manual macam aku ni. Kita kena masuk ke dalam dengan kereta (sebab park kat atas) memanjat bukit yang tinggi. Mula aku bawak Piyu dulu, sampai tempat parking hangit bau kereta. Sebab banyak pakai klac kan. Tapi kali ini naik Que Fida yang AMT tuh. Konpiden sikit. Awalnya, Fida takut juga sebab kita tak pernah pergi sini dengan dia sebagai pemandunya. Tapi aku suruh dia cuba, kalau tak cuba manalah tahu kan? So, nasib juga kami datang awal. Kereta tidak banyak lagi. Orang pun tak berapa nak ramai berjalan di laluan yang juga laluan kereta tu. Kau bayang eh, laluan tu bukan sahaja kereta lalu orang pun lalu juga. Kadang-kadang orang ni jalan lenggang-lenggo tetengah bukit tu walhal kita kat dalam kereta tu tengah berpeluh nak balance minyak dengan klac.

Eh. Lupa nak ambil gambar papan tanda. Sebab sibuk menenangkan Fida. Hahahaaa... Tidak terniat pun nak petik strawberry. Tapi bila tengok buah tengah ranum secara banyaknya tu jadi terliur la pulak. So, kami ke kaunter. Dia bagi bakul dan 2 gunting. Kalau seorang dia bagi 1 gunting. 

 Gini punya ranum. Perghhh, meleleh air liur ni.


 Mula-mula tak perasan. Tapi tengok bebudak sekolah semua terbongkok-bongkok kat bawah. Aku pun ikut jenguk. Tu diaaaa... buah dia lagi banyak la weh. Perghhh 3 kali. Sambil petik sambil makan. Sambil petik sambil makan. Pergh lagi...

 Ni je pun, hasil kutipan kitorang. Target buah besar-besar je kalau aku. Sekali balik rumah ada buah kecik, Fida la ni. Dah kelabu mata agaknya tu. Keh keh keh... Harga dia setengah kilo tu RM20. Kami kena bayar RM25 sebab lebih setengah kilo. Sambil layan Anjanaa Anjanii kat RTM2, sambil makan strawberry. Pergh lagi...

Lepas petik strawberry, lepas bayar kami jalan-jalan ke bahagian bunga. Test skill bak kataku tadi. Nasib Fida tak banyak songeh, dia duduk diam-diam layan henpon je sambil kadang-kadang makan strawberry yang kita petik tadi tu. Ni semua gambar-gambar yang sempat aku snap. Punya banyak tapi upload sesikit je sebab tak mampu menanggung kesabaran kelembapan download menumpang streamyx ustaz rumah sebelah ni. Jadilah...

Semua bunga ini aku tak tahu nama. Dia pun tak letak nama bunga kat pot tu. Tapi semua adalah sangat cantik oke.



Dalam perjalanan balik tu kami singgah di Smoke House. Smoke House ni kalau orang banyak duit bolehlah menginap. Rate dia semalam khabarnya beratus-ratus yang lebih RM200 juga khabarnya. Tapi, Smoke House ni sangat cantik rekaannya. Sangat English. 

 Ni macam kedai. Kedai kopi. Tapi beberapa kali aku datang tak pernah buka. Setakat nak pekena secawan teh dengan skon strawberry tu aku beranilah lagi kan? Kalau nak menginap nak feel orang kaya tu tak bolehlah...


 The Smoke House. Artis-artis kalau datang Tanah Tinggi depa suka lepak sini khabarnya. Hari tu aku pernah tengok travelog Langit dan Bumi yang Azura dengan Alam tu. Azura menginap kat sini. Memang telan-telan liur je aku tengok. Klau dapat tidur barang semalam memang pergh la jugak  ni. Tak ada ke peraduan apa-apa yang menang pakej menginap kat sini? Aku nak try...

 Antara bunga-bunga tak tahu nama yang tumbuh di laman Smoke House. Dah tak banyak macam kali pertama aku datang dulu.

Pondok kat depan Smoke House. Sebahagian daripada landskap dia juga aku syak. Tapi kan... fungsinya sebagai stor. Aku rasa dulu ia bukan sebuah stor. Gini punya pergh dia buat stor? Memang membazir...

Banyak lagi tempat menarik kat Tanah Tinggi Cameron ni. Marilah bercuti. Tidak perlu bajet banyak. Habis jejalan, kami balik rumah layan hindi sambil makan strawberry. Perghhh... seronok juga menyamar pelancong ni rupanya...

No comments: