Dec 22, 2010

Cuti Saya


Sembilan hari lagi sebelum kembali ke perbukitan. Bila hujung-hujung cuti macam ini baru rasa - ehhh... dah nak habis cuti rupanya? Hahahaaa... buat-buat tidak sedar supaya rasa terkilan cuti yang panjang itu hanya disia-siakan sahaja itu tidak terasa sangat. Konon... cuti nanti hendak turunkan berat badan sebab dah banyak terima kompelin di sekolah kata saya semakin berisi. Sentap tauuu!!! Lepas tu, sebab ada sedikit bengang macam secara riak-riaknya terus jawab - 'Tengoklah nanti cuti sebulan ni saya kuruskan badan...' - konfiden aiii.

Lepas itu, sebab dah riak - maka terus buat rencana apa yang hendak dilakukan untuk kembali ke berat 47kg (Hah!!! Mimpilah... itu berat masa saya dalam PALAPES kurang lebih 7, 8 tahun dahulu kottt...) - Hahahaaa... Antara yang terfikir dalam kepala sudah semestinya bersenam, minum Teh Herba Orang Kampung, minum jus epal hijau campur mengkudu campur madu dan macam-macam lagilah. Mula-mula memanglah semangat, tapi lama-lama rasa badan macam tu juga mulalah rasa malas dahhh. Frust betul... tang minum-minum tu memang saya buat tapi tang bersenam tu yang masih bertagak-tagak. Sebabnya, kat mana saya nak jogging dalam kampung saya yang cuma ada sebatang sahaja jalan masuk dan keluar ini? Malulah nak lari-lari depan rumah orang - lainlah kalau cun macam Rozita Che Wan dalam drama Kuala Pilah Next Top Model tuh - haruslah i dengan bangganya, jogging keliling kampung. Tapi, adalah satu jalan hutan yang tepi gua yang ada kebun getah tu, memanglah jarang benar ada orang lalu tapi cerita terbaru tentang pinggir hutan itu buat saya fikir nam juta kali - ada bau busuk sebab bangkai b**i sisa pak belang... kawasan tu memang bukan sekali saya dengar ada cerita pak belang, malah masa saya muda remaja dulu pernah ikut Ma ke kebun getah lepas tu dengan bunyi ngauman beliau. Hoh... ngerilah!

Oleh sebab itu, maka hajat untuk bersenam itu maka saya batalkan sahaja walaupun perit juga telinga sebab adik duk perli-perli tentang niat saya itu. Okay... maka sekarang sebab plan diet yang tidak menjadi itu, maka saya pun rasa ngeri juga bila hendak buka sekolah ni. Haruslah saya kena perli lagi. Itulah... siapa suruh berlagak, konfiden kemain untuk berjaya menurunkan berat badan. Haihhh...

Tapi kan, lepas Hari Keluarga SKL di KL - Melaka hari itu - saya tidak balik kampung terus. Saya pergi panjat Gunung Berembun di Tanah Rata. Sebenarnya rancang untuk panjat Gunung Brinchang - tapi, sekali member yang bawak tu sebenarnya salah maklumat. Beliau yang sebelum ini pernah mendaki gunung tersebut hidup-hidup ingat gunung yang didaki adalah Gunung Brinchang, tapi rupanya Gunung Berembunlah! Tapi, bolehlah... Berembun pun Berembunlah... Mencabar jugak weiii, bukit semua hampir 90 darjah dia punya sudut. Berapa kali kami berhenti. Nasib juga cuaca sejuk, tambah dengan hujan lagi... dingin memang terbaikkk! Dah sampai puncak cabaran nak turun pulak. Kalau tadi memanjat je, sekarang menurun pula. Gigil oh kaki... Kami pilih untuk turun ikut Mardi. Sampai-sampai kaki bukit jumpa kebun strawberi. Ada mat bangla sedang petik strawberi. Saya memang jenis muka tidak malu - tanpa teragak-agak terus mintak. Dapat. Mat bangla tu bagi banyak juga. Lepas tu, kena menapak dari Mardi ke Pejabat Hutan. Sebab park kereta di hadapan Pejabat Hutan yang terletak dalam Taman Sedia tu. Jauhhh... malamnya memang kaki rasa lenguh lumpuh... tapi puas hati. Silap ah, tidak timbang berat sebelum dan selepas mendaki. Kalau berat turun memang eng sanggup daki lagi... Heheheee...

Lain-lain aktiviti masa cuti - sudoku! Hah... saya gila main sudoku sekarang. Asalnya saya main wordsearch tu sahaja, tapi adik cakap kenapa tidak main sudoku... senang sahaja. Sebab beliau pun boleh kata senang, maka bersegera saya ke Kedai Buku Ash-Shafie di bandar GM cari buku sudoku. Mula dengan yang mudah dululah semestinya... buku itulah yang saya hadap hari-hari, ada je masa senggang saya terus capai buku sudoku. Astro pun saya tidak pandang sekarang. Jadi, ma dengan adik boleh tengok tv secara senang hatinya. Iyalah, kalau saya pegang remote saya suka alih-alih siaran, asal iklan ke boring ke saya mesti tukar punya.

Sebelum cuti hari itu, adalah orang kampung ni jumpa saya minta saya ajar anaknya. Katanya, anaknya lemah sangat dalam matematik dan english. Jadi dia minta saya ajarkan anaknya dua matapelajaran tersebut. Saya sanggup sahaja, ialah dah orang minta tolong - lagipun saya bukannya ada kerja pun... Maka, mula awal bulan hari itu setiap jam 1500hrs saya pun jadi guru kepada 4 orang murid. 4 orang je bukan ramai pun, tapi bolehlah. Selain dari mengajar mereka saya juga belajar untuk tahu di mana kelemahan pnp saya dan kadang-kadang melalui mereka saya jumpa cara baru untuk ajar murid-murid saya di SKL. Untung bukan?

Selain itu, saya tidak buat apa-apa lagi. Hailaaa... masa sudah semakin suntuk ni. Saya yakinlah memang saya semakin bam bam bammm... matilah nanti kalau stamina tidak ada macam manalah saya hendak masuk ke SKL? Huhuhuuu... paras rupa bumi awal tahun yang masih dalam tengkujuh adalah terburuk saya kira. Macam masa saya mula-mula masuk dahululah.

Baiklah. Cukup meluah rasa sampai di sini dahulu. Nanti boleh update lagi sebab telah berjaya mendaftar maxis broadband walhal celcom baru je pakai tidak sampai 3 kali bayar bil pun. Sebab? Kat Ringlet, celcom memang hancuslah. Perlahan yang amat. Kat kampung apatah lagi, memang takdok line langsung. Maxis kat Ringlet memang ok, kat kampung slow sikitlah - setakat nak buka dan update blog tanpa gambar tu bolehlah...Ok. Ok... nanti kalau secara tiba-tiba ada ting!!! buleh update lagi.

Chow.

2 comments:

Mr M said...

Salam kak N!!!! Huhu rindunya nak baca perkembangan terbaru.. Chantek ah template kapal terbang itu.. mana kedapatan???

Bungo Lale said...

Salam M,

Terharu ai , yu rindu nak baca perkembangan terbaru ai. Hahahaaa.

Template baru ni daripada incredibllesdesign - cek dia punya link kat bawah blog akak ni.