Nov 22, 2010

Menjawab tag Cik Nani


Tadi baru sahaja melawat ke blog Cik Nani, baru sedar bahawa rupa-rupanya diri telah ditag oleh beliau. Sementara ada masa, maka saya dengan ini bersegera menjawabnya... saya jawab secara panjang-panjang sebab saya sedang rajin...


1. Apa benda paling penting dalam hidup anda?

Keluarga (Benda ke?)


2. Benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?

Bedak Sejuk... hahaha, tiba-tiba rasa teringin nak pakai bedak sejuk malam-malam maka telah secara segera ke bandar GM dan membelinya di Kedai Ubat Wooi Choon Tong.


3. Dimana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?

Kalau kahwin nanti, saya hendak langsungkan di rumah saya di kampung dan tiada tema-tema khas sebab saya kalau boleh hendak buat ringkas-ringkas sahaja. Nama nak sanding-sanding jadi bahan pameran atas pelamin memang tidak pernah termasuk dalam mimpi saya.


4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

Cinta sesama manusia yang berlainan jantina - memang tidaklah. Sekarang dan dulu pun saya sorang-sorang sahaja... T____T


5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Kalau ada seseorang di hati nanti, tidak ingin berlama - langsungkan sahaja yang wajib. Lepas itu, bercintalah selamanya...


6. Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?

Novel Jaja & Din - Noor Suraya... sangat kacis dan wajib beli. Dulu saya baca online sahaja, lama betul rasanya saya tunggu dan baru-baru ini sahaja saya berkesempatan ke Ipoh dan ternampak novel ini maka tidak fikir dua kali terus beli dan terus ulang baca dan bawak pergi kursus pun.


7. Antara mak ayah korang, yang mana korang lebih mesra?

Kedua-duanya... Tapi arwah abah sudah meninggal dunia sudah hampir 9 tahun lebih. Sekarang mesra-mesra dengan Ma sahaja.


8. Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?

Ramai... antaranya kawan-kawan masa sekolah rendah, sekolah menengah - yang memang sudah lost contact, tapi paling saya hendak jumpa adalah Azrul Noni, orang Chenulang, Kuala Krai - saya berkawan dengan dia masa dia datang kursus/lawatan di sekolah saya masa tingkatan berapa ntah saya sudah lupa. Dia baik, sesiapa kenal tolong beritahu saya. =)


9. Adakah korang basuh baju korang sendiri?

Basuh sendiri, tapi bila balik kampung kadang-kadang Ma basuhkan sebab sudah masuk dalam mesin dan lambat bangun tidur dan sedar-sedar sahaja rupa-rupanya Ma dah siap keringkan pun.


10. Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?

Dulu masa saya minat sangat dengan Hidetoshi Nakata maka saya hendak pergi Jepun. Hahahaaa... Sekarang rasa hendak ke dapur je - bancuh kopi buat peneman malam.


11. Pilih salah satu, peluk atau cium?

Kedua-duanya, mesti peluk dahulu baru cium...(Ma dan adik-adik)


12. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?

Tak faham sangat soalan ni, tapi kalau 3 benda yang boleh mengingatkan saya kepada Cik Nani adalah;

1. Perodua Kelisa

2. IPG Kampus Ipoh

3. Lake View Apartment

Hahahahaaaaaa... Tak tahu nak jawab apa sebenarnya.


14. 5 lagu yang korang suka dan selalu dengar?

1. Akan Ku Jumpa - Azfar

2. Biarkan Aku Jatuh Cinta - ST 12

3. Selamat Malam - Faizal Tahir

4. Maharaja - Ramlah Ram

5. Warkah Buat Laila - Zahid


15. 3 blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini ?

1. Lynn

2. Ije

3. Sesiapa yang sudi


Sekian....


2 comments:

lynn-the gudigudigurl said...

eh kena tag dengan kakak....

tengah berdebar2 tunggo posting result nih kak. huhu

Cik Kertas said...

Lynn,

dapat tau posting mana nanti roger2 akak yeh. Meh Lemoi pun tak pa. Kami ramai nak pakai cikgu nih.