Oct 31, 2010

Rempit versi SKL



Di sini tiada basikal. Mereka juga tidak pernah kenal kereta kawalan jauh, ps2 apatah lagi... Namun, hasil kreativiti mereka terciptalah pelbagai jenis permainan yang menseronokkan. Kanak-kanak biasalah...

Ini yang tengah in sekarang. Kira siapa-siapa yang punya memang cool lah. Bawa kelilig sekolah dan buat bunyi motor dengan mulut. Memang menghiburkan. Ada macam-macam jenis, kalau terlebih kreatif siap buat handle lagi. Tayar dari sekecil-kecil tudung tin sardin saiz kecik sampailah ke tudung cat. Bila ditanya, kata mereka... 'Tayar kecik ni motor cikgu, tayar besar motor cikgu kral(lelaki)'... Hahahaaa... suka hati kamu janji kamu bahagia.







1 comment:

Zariff Zarifah said...

sangat kreatif budak2 nie... lebih baik jd pencipta dr pengguna...