Dec 25, 2010

Cinta Pokok Manggis


Panorama di atas inilah yang membuatkan saya seringkali menjadi macam mak-mak sahaja. Terjerit-jerit suruh dia turun, tapi manakan si Syahmi Aiman ini hendak peduli selagi tidak dengar suara uminya. Pokok manggis ini betul-betul di hadapan tangga rumah saya. Oleh sebab ia punya banyak dahan dan agak mesra pengguna, maka sering sahaja Syahmi bermain-main di atasnya. Kadangkala tidak sedar pun bila kala dia memanjat, tahu-tahu sahaja dia sudah berada di atas. Diam tidak berkutik. Sedar-sedar pun bila uminya bertanya. Tengok-tengok sudah tercotek atas pokok - maka menjeritlah saya suruh dia turun. Tidak akan dia peduli, malah akan gelak-gelak sahaja mencabar kewibawaan saya sebagai emak sepupunya. Tapi, akan bergegaslah dia turun sebaik sahaja dengar suara uminya... 'Syahmi!!! Nok make nyakut baju ko???' atau setelah di alih bahasa 'Syahmi!!! Hendak makan penyangkut baju ke???' - Hahaha... anak-anak sepupu saya memang allergic dengan penyangkut baju itu. Uminya memang bagi betul kalau tidak dengar cakap dan nakal melebihi had laju kebangsaan.

Pun begitu. Apapun yang menghalang, cinta Syahmi kepada pokok manggis ini tidak pernah pudar. Cuma satu kondisi bilamana Syahmi panjat dan tidak ada yang marah - malah disuruh pula. Ya... bila masanya pokok manggis ini berbuah khidmat Syahmi memang ditagih. Heh.


No comments: