Jun 2, 2010

.perkhemahan TKRS.

salam...

minggu ini agak sedikit sibuk, dan kalau tidak sibuk pun mungkin aku saja-saja buat sibuk supaya aku nampak sibuk. grah...

sebenarnya, minggu ini skl mengadakan perkhemahan tahunan TKRS. sangat menseronokkan dan mengujakan. jadi aku tidak mahu cerita panjang sebab - biarlah gambar yang berbicara sahaja.

ini zaliera eliena a/p juli sedang melayan adiknya. gambar subjek di ambil di tepi tapak abseilling (sila betulkan jika terdapat kesalahan ejaan di situ ye). subjek turut sama mensibukkan diri melihat kakak-kakak dan abang-abang tahun 4, 5 dan mengikuti aktiviti. saya sangat suka gambar ini...

ini pula anis a/p idris. subjek telah dirakamkan gambarnya ketika sedang sibuk mencelah dan meminta-minta aku mengambil gambar beliau. maka sebagai pembuka bicara gambar pada hari ini aku selitkan wajah manis ini...

safira. awalnya tidak mahu, namun apabila sudah berada di atas - keterujaan adrenalin nyata merubah segalanya. tengok, sempat lambai lagi tuh...


ini man. peserta lelaki terbaik perkhemahan. yok, dah macam mr spidey dah... man memang macho - walaupun berada di tahun 5, bakat kepimpinannya bisa mengalahkan murid-murid tahun 6. cerdik dan cerdas, juga merupakan atlit sekolah. baru-baru ini beliau telah memenangi pingat perak dalam acara 80m berpagar peringkat mssd.


tapak perkhemahan. lima buah khemah. 3 milik murid lelaki dan 2 milik murid perempuan. kalau di luar sana murid perempuan selalu lebih daripada murid lelaki namun di sini sebaliknya pula. boleh dikatakan kanak-kanak lelaki lebih ramai daripada perempuan. pada hari pertama perkhemahan hujan telah turun secara lebat, jadi murid-murid tidak dapat tidur di khemah kerana khemah telah dimasuki air secara berleluasa. oleh itu, murid-murid tidur di asrama sahaja.


merangkak dalam lumpur. hebat diorang nih... awalnya, lumpur ini dicipta secara buatan manusia iaitu dengan memasukkan air secara manual. namun, petangnya - hujan telah turun secara lebat. lalu, pucuk dicita ulam pun mendatanglah... memang kena merangkak dalam jumlah air yang agak banyak juga. tapi, anak-anak ini bukan kenal erti takut. lumpur kan sudah permainan mereka sedari kecil. entenggg...




monkey rack. licin sebab baru lepas hujan. gigih jugalah depa hendak melepasi halangan tersebut. bukan setakat licin sebab hujan, tapi juga cikgu tuan sudah lumur minyak di besi tersebut. sebabnya, kalau tidak halangan ini memang sangat mudah untuk mereka. mereka kecil tapi mereka gagah okay... ini baru dinamakan kecil-kecil cili padi nih...



aku paling suka halangan ini. merangkak di dalam gelung rotan, di atas tanah yang berlumpur dan juga disiram salji tepung... dengan hujan pada waktu petangnya. memang elok sangatlah ni...


dan... hasilnya, wajah jali dan safira setelah selesai... macam tepung gomak daaa... tapi tetap mahu gambar dipotretkan. nasiblah hangpa dapat cikgu-cikgu wataniah. heheheee...


kerjasama antara kumpulan untuk merentasi halangan ini.

halangan terakhir sebelum aktiviti air. yaaa... lompat safira lompat, lompatlah tinggi tinggi...


water confident.

wajah sunaizie kesejukan.

river crossing...

dan... dengan berakhirnya gambar itu maka berakhirlah juga entry saya untuk kali ini...



3 comments:

Aini Faizi Jaslan said...

Ya Allah.. ni kalau hantaq bebudak aku buat training kat sini, sure kalahhhsss memanjang.. bebudak bando lembiq la..

kenapa gambar penangkap gambar xde??

Bungo Lale said...

Bintang...

skl kocik ajo... satu-satunya unit beruniform yang ado hanyalah TKRS...

Bungo Lale said...

Bintang,

penangkap ke pengakap ?

kalau pengakap jawapan seperti di atas.

kalau gambar penangkap yakni aku - memang tak adalah, sebab aku kan profil rendah. heheheee...