May 24, 2010

.masih di sini.


rupa-rupanya, cerita bahawa aku jatuh ke gaung dan terselamat hanya kerana tersangkut di semak sudah tersebar ke sekitar tanah tinggi. baru-baru ini, aku ke evergreen - hantar ppm baru skl yang baru masuk satu hari sudah buat surat pertukaran tersebut. tujuan ke sana, sebab ppm kami akan menyewa di evergreen bersama-sama guru dari smk ringlet dan sk ringlet. guru dari sk ringlet bertanyakan kami - aku dan fida... katanya "dengar-dengar ada cikgu skl jatuh gaung tapi nasib baik sangkut kat pokok... yang mana satu orangnya?"... gagagagaaa... katanya juga berita tersebut dia dengar daripada salah seorang guru di sekolahnya. heh... bunyinya macam sadis sahaja...- jatuh gaung, sangkut kat pokok - ibaratkan macam nyawa di hujung tanduk begitulah - super bahaya. yang sebenarnya, aku memang jatuh ke gaung tapi sangkut di semak-samun - bukan pokok. dan semasa itu, seperti ceritaku - aku ketawa-ketawa sahaja dek kelucuan dengan gaya terjun tiruk jatuhan aku itu. selebihnya, aku tidak tahu pun aku hampir terperosok ke gaung. kalau aku tahu itu gaung - nescaya aku tidak akan ketawa, malah akan sujud syukur kerana telah diselamatkan olehNya.

ahad lepas, hujan turun lebat sungguh. ini kali pertama kami masuk ke lemoi dalam keadaan hujan sebegitu. perjalanan dari shell - hujan sudah mula menitik. aku sangka, tidaklah selebat mana mungkin. almaklumlah... tanah tinggi ini selalu dibasahi hujan hampir setiap petang, atau lebih tepat hampir setiap petang ketika kami hendak masuk ke perbukitan tersebut di atas. namun, rintik yang pada mulanya agak manja-manja mula bertukar menjadi ganas. sekejapan seluar menjadi basah, baju tidak basah sebab pakai baju hujan. jadi yang basah cuma baju hujan. rintik yang kasar itu agak mensakitkan tangan yang tidak mempunyai sebarang perlindungan. walaupun telah dinasihatkan oleh guru-guru lelaki untuk memakai sarung tangan, namun aku degil-degil juga tidak mahu bersarung tangan. alasan aku cukup kukuh untuk aku, aku sangat tidak berkeyakinan memegang hanldle motor dalam keadaan berlapik. risau takut licin atau perkara-perakara y
ang tidak diingini yang sewaktu dengannya. apabila masuk sahaja ke kawasan kebun-kebun, rintik hujan semakin ganas. air hujan mula bertakung dan menuruni bukit sehingga ke jalan. arusnya boleh tahan juga - hinggakan kadangkala tayar belakang motor sukar dikawal. separuh jalan kemudian - perjalanan terhenti sebab ada pokok tumbang. ada pekerja-pekerja kebun sedang berusaha menebang pokok tersebut dengan gergaji yang bagaikan hidup segan mati tidak mahu.

jalan ke skl semakin teruk sekarang. hujan yang kerap turun tambah memburukkan lagi keadaan. semakin banyak lopak air yang baru menanti bagaikan jerangkap samar. bayangkanlah, aku selalu salah budget. aku kira ketika melalui lopak-lopak air tersebut - aku sedaya upaya memilih bahagian yang aku rasa paling cetek. namun, yang terjadi sebaliknya... kerap pula aku terpilih bahagian yang dalam. yang hampir menenggelamkan ekzos motor, dan membasahkan seratus peratus kasutkan dan separuh bahagian bawah jeansku - lumpur.

bukit pasir semakin banyak longkang dan lubang. perlu membuat perkiraan yang betul demi memastikan keselamatan diri dan motor terjamin. kalau tersalah perkiraan memang selamat terperosok ke lubang dan memperlukan tenaga dua atau tiga orang manusia untuk mentolong menkeluarkan semula motor ke landasan yang betul. itu masih juga dikira bernasib baik, kalau nasib tidak baik akan terpelantinglah di pertengahan perjalanan mendaki bukit pasir itu. contohnya, macam hanis (ini penyelia asrama baru kami, kebetulan nama hampir sama) baru-baru ini, tika kali pertama dia masuk dan kali kedua - terpelanting secara sopan ke tanah. kasihan beliau.

bukit merah juga semakin teruk. dahulu - selepas orang kampung membuat gotong-royong - jalan di kawasan ini telah dibaiki sedikit. iaitu dengan mencangkul dan membuat batas agar motor punya ruang yang cukup untuk lalu secara selamatnya. namun, setelah hujan yang tidak tentu ketika turun ini - kondisi jalan itu semakin merosot. ada beberapa lubang dan longkang telah terbentuk di permukaannya. selain daripada terjadi secara semulajadi, ianya juga terjadi kerana tayar motor yang keluar masuk dan pacuan empat roda hak milik kontraktor makanan dan kesihatan yang selalu masuk. jadi, sekarang apabila di bukit ini, aku pilih longkang besar paling tepi. walaupun terpaksa terperosok dalam semak sebelum selamat ke bawah pun tidak mengapalah - janji aku tidak terpelanting dan terbungkang di tengah-tengah bukit itu.

begitu juga denga bukit batu. sebelum ini, jalan itu juga sudah sedikit elok dikerjakan oleh orang kampung - namun kini, sudah jadi mengerikan. batu-batu besar di bawa arus air hujan ke tengah jalan kini. kiranya, tahap cabarannya sampai kami dahaga-dahaga sebelum sampai ke bawah. macam hari itu, perjalanan keluar dari sini adalah secara mendaki - cabaran pertama untuk naik ke bukit batu - nasib zaki dan wan mentunggu kami. kata mereka sebelum ini sudah ramai yang sangkut.

begitulah. bukan hendak cakap diri hebat atau apa-apa perkara yang sewaktu dengannya. cuma untuk menceritakan keadaan sebenar di sini. sebab itu aku sangat tabik kepada guru-guru lama di sini. daripada cerita yang aku dengar - jalan sekarang memang sudah sangat elok sebab sudah ada yang di simen atau di tar - kalau dahulu sepanjang jalan adalah selut tanah merah sahaja. begitupun, baru-baru ini kami menterima dua orang ppm perempuan (telah aku ceritakan di atas) - baru masuk satu hari tapi sudah pun tulis surat hendak tukar sebab tidak sanggup mengharung jalan - tambahan pula kedua-duanya tidak mahir bermotosikal.

ketika hendak keluar minggu lepas - pertama kali aku mengharung situasi tanah runtuh dan pokok tumbang secara langsung. kami bertiga - aku, fida dan is (pekerja kantin dari indonesia) konvoi beriga. is di hadapan, diikuti aku dan fida di belakang. sampai hampir ke jalan bersimen, aku mendengar bunyi kuat dan dekat sahaja. aku mengagak - kalau tidak tanah runtuh mestilah pokok tumbang secara langsung. aku melajukan motor sebab hati rasa gusar sangat - berdebar-debar. maklumlah, kami lalu di bawah bukit - di lereng. kalau nasib tidak baik atau malang menimpa memang tanah atau pokok akan jatuh kepada kami. sedang aku laju, is tiba-tiba memperlahankan motornya, matanya melilau ke kiri ke kanan. aku syak beliau sedang cuba mencari punca bunyi tersebut. aku cepat-cepat menjerit suruh dia menteruskan perjalanan dan jangan berhenti. dia macam terpinga-pinga sahaja tidak tahu kenapa - namun nasib baik dia melajukan motornya walaupun tidak tahu kenapa aku menjerit, sampai di luar, fida beritahu bahawa tanah sedang runtuh dan dia nampak pokok sedang tumbang dan jatuh menuruni bukit ke arah kami. huh... nasib baik.

skl. tetap ceria dan indah seperti selalu. banyak aktiviti yang telah dijalankan termasuk sambutan hari guru. oh yeee... BINTANG, sambutan hari guru di sini tidaklah sehebat sambutan hari guru di sekolahmu. murid-muridku juga tidak mampu membelikan hadiah. jangan kata hadiah wahai BINTANG, duit pun aku jamin mereka tidak punya. bukan setakat mereka - ibu bapa mereka juga aku jamin tidak punya duit BINTANG. adapun ucapan selamat hari guru pun jauh sekali kedengaran kalau tidak diingatkan. begitupun, aku tidak pernah menyimpan harap untuk diberi hadiah ataupun juga diberi ucapan... cukup sekadar mereka faham apa yang aku ajar. aku tidak minta lebih daripada itu... tapikan BINTANG, masa sambutan hari guru hari itu - aku telah mengajar 12 orang murid asli untuk menari tarian joget. kamu bayangkan BINTANG, alangkah terharunya aku saat melihat mereka membuat persembahan di hadapan guru-guru lain. walau hanya dengan 2 hari latihan namun mereka sudah mampu mengingat langkah tarian joget. bayangkan BINTANG, murid-murid yang terbiasa dengan tarian sewang dan tidak pernah tahu apa itu tarian joget namun secara tiba-tiba diminta menari tarian joget - mereka dapat melakukannya! alangkah BINTANG... alangkah kalau dalam pelajaran pun mereka bisa mengingat secara pantas dan kekal seperti belajar menari. ehhh... tapikan BINTANG, bukan hendak cakap aku hebat, bukan BINTANG... aku cuma hendak cakap - mereka juga punya kebolehan sama seperti kanak-kanak di luar sana, namun kerana kurang pendedahan maka mereka menjadi begitu tidak berkeyakinan dan sangat pemalu. begitu juga kalau pasal lagu BINTANG, kamu namakan sahaja sebarang lagu daripada WALI BAND, ST12 - nescaya mereka akan menyanyikan lagu tersebut dengan baik wahai BINTANG. itu keistimewaan dan kelebihan mereka. (yokkk... secara tiba-tiba macam satu entry khas untuk BINTANG - bukan apa BINTANG, aku seronok menikmati gambar-gambar aktiviti sambutan hari guru sekolah kamu... eheheheee...)

baiklah. sudah banyak membebel di sini. jadi, aku kena berhenti dahulu. hmmm... esok ada pertandingan badminton - antara pelajar - malam ini ada barbeque kambing. tadi aku ke lokasi penyembelihan. kemudian aku muat naik gambar-gambarnya.

salam dari perbukitam.

1 comment:

Aini Faizi Jaslan said...

cik kapal..

memangla.. memang jauh antara sekolahmu dengan sekolah aku... jangan cerita itu.. x best.. terus terang kukatakan, kalau lah aku yg berada di tempatmu sekarang ini,,, ntahh.. aku pun x tahulah cukup atau tidak kudrat aku nak teruskan hidup mcmana yg telahpun kau lalui..
Kapal, percayalah.. InsyaAllah, apa yang kamu buat dan sabar ini ada balasannya.. balasan yg manis...

Owh yer... bebudak memang suka joget.. (itu sama sahaja.. x kira sekolah mana pun..) amat cekap hapal step joget daripada hapal grammar yg aku jerit jeritkan..

Nak tau, masa hari sukan, telah mengajar sekumpulan pom pom girl lagu dan joget : NOBODY NOBODY LIKE U" clap clap...

sangat best.. step2 diikut dari youtube saja.. bebbudak pun suka.. setidaknya, mereka belajar bi kan...
tgk la.. akan kucarikan semual video dan lagu mp3 wonder girls itu.. mungkin boleh kau gunakan di sekolah..
lepas mengajar, kasi diorang joget ka.. mesti semua org x sabar nak tunggu kelas kau..
Bravo cikgu hanis..!!