May 12, 2010

.rindu.

salam...

sebulan sudah aku tidak mengemaskinikan kapal ini. rasa rindu benar sebenarnya untuk berlama di sini, akan tetapi rasa malas yang menguasai diri itu telah melebihi segala-galanya tika itu. hahaha... entry harus dimulakan dengan sesuatu yang sebenarnya tidak perlu pun. heh!

lama sudah aku tidak turun dari tanah tinggi ini. selama itu maksudnya - aku rindu betul hendak makan makanan yang selalu boleh dapat di tanah rendah. contohnya seperti mc donalds, pizza hut, kenny rogers... yelah, tanah tinggi ini namanya sahaja pusat peranginan tapi paling-paling hebat pun kat sini kfc sahaja. kadang-kadang kalau dah gian sangat hendak makan makanan barat tuh, aku dan fida ke marry brown sahaja. ohhh... ada satu hari tu, masa mentemankan fida ke bank dengan merempit naik motor remy - kami makan di starbucks. sekali itu sahaja.

yang namanya wayang ke shopping complex ke memang takdok la di sini. jangan bermimpi malah jangan berangan pun. paling-paling pergi membeli belah di pasaraya borong sakan - walhal dulu, pasaraya sakan tu pandang sipi-sipi je. sekarang, pasaraya sakan adalah segala-galanya... macam sudah hebat sangat dapat membeli-belah di tempat tersebut. selalunya kalau keluar bersama teman serumah, ke situlah kami mendapatkan barang-barang keperluan... malah baju T pun dapatkan di situ juga. sangat terkejut adik saya apabila mendapat tahu saya sekarang memakai baju made in pasaraya sakan - okay apa brand nih... heheheee... selepas itu, kami beramai-ramai ke pasaraya jimat pula. tengok... sudah bersakan baru ingat hendak berjimat kan? yang tidak bestnya... bekalan buku susah betul hendak dapatkan di sini, buku sekolah apatah lagi majalah. kadang-kadang kalau majalah memang lambat sampai.

namun begitu. tanah tinggi punya kedai laksa yang super kacis. selalunya petang jumaat memang di sinilah kami. makan laksa dengan keropok lekor. memang kacislah dengan suasana sejuk kat sini. walaupun makcik kedai tu macam bengkeng-bengkeng je dengan kami - namun apakan daya, sebab tidak ada kedai lain makan terpaksa juga mencemar duli. tahankan saja dengan makcik yang kadang-kadang marah-marah, volume tinggi... maklumlah, kami hanya datang seminggu sekali - sedangkan dia punya berduyun pelayan tetap. setakat kami berlima apalah sangat padanya. mungkin.

rindu juga pada kawan-kawan. rindu kakok - rindu untuk dengar dia membebel, rindu untuk keluar dan menghabiskan masa bersama... kakok, sekarang siapa hendak pakaikan inai dijariku ini, susah wooo buat sendiri. rindu kawan-kawan lain juga, yang selalu menghabiskan masa berjimba bersama saya...

jun... tunggu aku. aku ingin turun ke tanah rendah. menghapuskan rinduku kepada semua. ma terutamanya - dengan masakan-masakan beliau yang enak. heheheheee... ke pusat membeli-belah - beli stok buku sebanyak mungkin, tengok wayang. jumpa piyu - dan menghabiskan masa bersama beliau. jumpa kakok - dan cakap sebanyak mungkin dengan beliau. banyak... banyak betul benda yang aku hendak buat cuti jun ini.

(sebenarnya... entry seakan tidak bermotif. sekadar mengemaskinikan kapal agar tidak karam di lautan yang sepi sahaja. )




1 comment:

Aini Faizi Jaslan said...

walaupun makcik kedai tu macam bengkeng-bengkeng je dengan kami - namun apakan daya, sebab tidak ada kedai lain makan terpaksa juga mencemar duli.

best best sungguh ayat ini..