Apr 10, 2010

.dan sebenarnya.




dalam bahasa semai - ubi kayu seperti gambarajah di atas cuma di panggil kayu. jadi, pada awalnya agak menkejutkan aku apabila murid-murid berkata sebegini... 'cikgu, nak kayu?' atau 'cikgu, semalam ayah jura bawak kayu besar, kami makan sedap cikgu...' atau 'cikgu, makan kayu sedap dengan gulai...' - aku macam... erk? kayu? lalu membayangkan dalam kepala kayu yang seperti kayu api tersebut. gagagaaaa... tapi, sekarang sudah biasa... lalu terasa berlagak-lagak sebab berjaya makan kayu.

macam gambar di atas. ubi kayu bakar adalah ihsan daripada yasin - tukang kebun skl. waktu dibawa ke kuarters kami, ubi kayu itu masih panas lagi. baunya wangi sangat dan meruntun-runtun jiwa untuk menjamahnya secara berselera sehinggakan jika disuakan sepinggan nasi berlauk kurma ayam pun tetap mempilih ubi kayu sebagai hidangan yang super istimewa.

dalam kehidupan kami di sini, ubi kayu bakar adalah hidangan yang sangat istimewa untuk acara mentonton movie. macam membayangkan diri sedang berada di panggung tgv atau gsc dengan sebesen bertih jagung sahaja. selalunya selepas balik dari asrama kurang lebih jam 2200hrs, kami akan habiskan masa sebelum enjin ditutup dengan bersama-sama mentonton movie. macam minggu sebelumnya, bertemankan ubi kayu bakar dan segelas milo segera panas - kami menghabiskan sekuel harry potter, minggu lepas pula - kami mentonton pirates of the caribbean dan rancangnya pada minggu ini hendak menghabiskan siri lord of the rings pula. ya... aku tahu cerita-cerita tersebut sudah lama - tapi, sila salahkan fida. beliau sangat ketinggalan zaman kerana tidak mentonton cerita-cerita tersebut pada zaman pisang goreng panasnya. gagagaa... sorry eh fida.

sementelah minggu ini tidak kemana, aku hanya menghabiskan masa menghadap blog sahaja. sangat tidak berperasaan untuk berjimba walhal tadi si bye sudah ajak turun ke tapah dengan misi melawat bayi yang baru dilahirkan sambil sekali harung ke pasar malam tapah. entahlah... rasa malas sahaja hendak keluar-keluar minggu ini. macam ingin melepaskan dendam melompat dari blog ke blog sahaja sebab tidak boleh berbuat demikian semasa berada di skl. dengan line yang tidak kacisnya - memang menjadikan diri sangat tidak bernafsu untuk menghadap internet.



sekarang. sudah ada jadual baru. sementelah sukatan KAP sudah dimansuhkan, maka kami kembali mengajar dengan sukatan arus perdana untuk murid tahun 1 sehingga tahun 3. aku sekarang mengajar matematik, bahasa inggeris, pendidikan seni dan pendidikan moral. macam sangat mengujakan dapat menjagar matapelajaran tersebut. gegegegeee...

mengajar bahasa inggeris untuk tahun 1 sangat menghiburkan. mengajarkan sesuatu yang baru kepada mereka. dan mereka menerima dengan terbuka dan berseronok-seronok sahaja mengucapkan good morning, good afternoon, good evening, good night dan good bye. melihat wajah-wajah tulus mereka yang akan sangat teruja dengan semua benda, dengan mata yang bersinar-sinar aktif begitu - wahhh... rasanya diri sangat bertuah untuk bergelar guru di sini.

oh ya... gambar di atas di ambil di sekitar lemoi. di mana lagi... banyak betul tempat-tempat menarik yang sangat mentarik perhatian untuk diabadikan di dalam bentuk foto. hmmm... aku masih mensimpan cita-cita untuk memiliki sebuah dslr. entah bila? agaknya... tidak ada ke sesiapa yang sudi memberikan hadiah? hahahahaaa... sumpah berangan yang entah apa-apa sekarang.



comel tak? comel tak? comel tak? sudah tentu bukan aku, tetapi anak-anak lemoi ini. seperti yang aku selalu katakan - kanak-kanak adalah comel dengan cara mereka sendiri. baiklah... mereka mungkin berhingus, telinga bernanah dan pekara-pekara sewaktu dengannya... tetapi mereka tetap adalah permata. kamu mungkin geli tengok mereka, tapi aku percaya kamu juga akan jatuh hati apabila semakin mengenali mereka. mereka masih tebal dengan sifat pemalu mereka dan kurang yakin pada diri sendiri. apapun bagi aku, mereka memang comel. setiap satunya punya karakter tersendiri, walaupun kadang-kala mempeingkan kepala namun aku dan fida kadang-kadang malah saling tergelak sesama sendiri melihat telatah mereka. salah satu yang paling mengganggu - mereka... terutamanya si riko suka berlari keliling sekolah sambil membuat gaya menunggang motor dan disertai dengan bunyi yang sumpah sangat mengganggu. tapi, kadang-kadang benda macam itulah yang buat kami tergelak-gelak. sekejap-sekejap, aku hendak senaraikan antara perkara-perkara yang aku tahu sangat mengujakan mereka ya...

1. motor

baru-baru ini, mereka mentonton cerita adnan sempit - dan aku perhatikan mereka memang cepat ingat sesuatu dialog yang mentarik perhatian mereka. contoh untuk filem adnan sempit ini, dialog yang sering mereka ulang adalah...'mat rempit jatuh motor, malu!' dengan gaya mereka sendiri. sumpah menkelakarkan betullah. aku rasa mereka sangat dekat dengan benda-benda yang melibatkan motor. maklumlah... satu-satunya kenderaan yang ada di dalam itu cumalah motor sahaja. dan motor-motor guru lelaki memang sangat mengujakan mereka. untuk pengetahuan hampir semua guru lelaki di sini memiliki scrembler (abaikan jika aku tersalah eja) yang sangat cool dan stylo. dan aku kagum sebab dengan hanya dengar bunyi motor dari jauh itu murid-murid sudah dapat menteka motor guru mana secara tepatnya. hendak-hendak lagi si wadi tu, sekali dengar sahaja dia sudah dapat memberitahu siapakah gerangan empunya motor tanpa teragak-agak pun.

2. televisyen

selalunya, untuk murid-murid asrama - aku bawa mereka mentonton tv di bilik pemulihan setiap hari rabu. apa-apa cerita yang dipasang terutamanya cerita kartun - akan bisa membuatkan mereka melopong dan mentunggu sehingga habis cerita. suatu hari, wadi beria-ia mahu mentonton cerita spiderman - nasib baik aku punya cd cerita tersebut. maka, pada keesokan harinya - semua bertukar jadi spiderman dengan gaya spiderman keluarkan apa benda tu daripada tangan tu... dalam bahasa inggeris depa sebut spider web kan? haaa... itulah... kalau dapat mentonton tv adalah satu nikmat kepada mereka.

baru-baru ini, astro kampus telah dibekalkan di skl. selain daripada siaran-siaran yang berunsur pendidikan ada juga siaran astro ceria dan disney. dapat mentonton ultraman kosmos minggu lepas sangat menseronokkan mereka walaupun aku hampir tersengguk dek mengantuk. huhuhuuu...

pendek kata, apapun cerita yang ditayangkan sangat mengujakan mereka dan dapat menjamin mereka kekal di kerusi sehingga tv ditutup dan selepas itu akan keengaran keluhan-keluhan tidak puas hati sebab kena masuk tidur. heheheee... comel bukan?

3. aiskrim

pada suatu hari kami dikejutkan dengan sebiji motor aiskrim. menurut guru-guru lelaki sebelum ini tidak pernah pula motor bai aiskrim ini berjaya menembusi pasaran di sini. tetapi, hari itu entah tuah apa yang membawa bai aiskrim. aku dan fida membelikan mereka aiskrim - mereka makan dengan sangat teruja. tidak pula cerewet mempilih perisa. apa yang diberi itulah yang dinikmati. dan kata-kata tulus yang keluar daripada mulut mereka rasanya sangat mengharukan 'kami tak pernah makan aiskrim cikgu...' jadi, anak-anak yang diluar sana - bersyukurlah kamu dapat hidup dalam lingkungan yang sangat selesa.

4. sebarang bentuk makanan

aku pernah memberikan mereka choki-choki. gula-gula murah. kerepek sagu. biskut. dan mereka menikmatinya dengan penuh teruja. malah ada yang tidak sanggup untuk makan pun. simpan sahaja di dalam kocek seluar mereka yang lusuh itu. kadang-kadang seludup ke tepi pagar sekolah - beri pada adik-adik yang tidak duduk di asrama itu. bukan setakat itu, kadang-kadang di kantin asrama selepas makan mereka di beri buah-buah seperti buah oren, tembikai, betik, epal dan sebagainya - pun mereka akan minta aku belah kepada dua bahagian dan bawa kepada adik-adik yang sedia mentunggu di tepi pagar asrama setiap kali tiba waktu makan.

kadang-kadang bila aku dan fida tiba petang ahad, mereka berlari-lari mengiringi kami. selalunya, aku minta mereka tolong basuh motor dan selepas itu aku akan upah dengan choki-choki. bila tahu begitu, hampir seluruh kanak-kanak di kampung itu berlari-lari ke pagar kuarters kami.

itu sahaja yang sedang terlintas di fikiran sekarang. tidak dapat fikir dengan lebih lanjut lagi sebab otak sudah tepu. daripada tadi menghadap skrin - sampai lenguh belakang. gegegeee...

sampai jumpa lagi...


2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Bintang-Bintang Ke Syurga said...

Amat terrrharu bilamana membaca budak budak itu x sanggup makan choki choki yang kau beri sebab nak simpan atau nak bagi pada adik.. Semoga ada diantara mereka yg berjaya, keluar, dan membawa pembaharuan pada kampung dan keluarga yg lain.. dan tatkala itu, meraka dengan bangganya berkata, cikgu saya adalah cikgu Hanis.. brovo Hanis... keep it up..!! Thumbs up for you..!!