Jun 23, 2010

.merah jambu.


.piyu.

sebab dua minggu cuti memerap di rumah sahaja, bila naik ke tanah tinggi rasanya semangat dan jiwa entah tertinggal di mana. macam tidak mahu naik pun ada juga. lalu cuba membayangkan wajah-wajah comel anak murid - untuk memotivasikan diri sendiri. walhal jiwa kalut dan ribut teringat-ingat dekat ma. kesian ma tinggal sorang-sorang kat kampung. tapi, sekarang piyu dah baik - setelah menkoyak rabakkan poket hampir rm1k (termasuk kos minyak dan makan-minum perjalanan ke proton servis terdekat), oleh itu... aku mungkin boleh sahaja balik setiap hujung minggu untuk jumpa ma.

lama betul piyu duduk bermukim di bawah bangsal. lemah dan tidak bermaya sampai ekzos karat dan ma rajin-rajin lap-lap ekzos tu tapi tiba-tiba telah menghasilkan satu lubang sampai ma terkejut dan terus tidak mahu lap piyu lagi. sebelum ini, setiap kali balik rasa tidak sampai hati melihat piyu. sedih. hendak panaskan enjin pun super malas sampai kena ma bebel-bebel. lalu, bila ada cuti panjang... belanja pun ada, piyu terpaksa juga di bawa ke pusat servis proton yang berdekatan. malang sungguh aku sebab di gm memang tiada. hendak tidak hendak terpaksa juga ke kk atau tm. aku pilih tm, bak kata suami sepupu aku tm lebih dekat kalau ikut jalan dalam.

hendak dijadikan cerita pula, lama betul encik pomen tu godek-godek piyu. bila aku cakap aku dimaklumkan oleh pihak proton yang piyu ada masalah cable plug, encik pomen tu degil degil juga cakap bukan masalah cable plug. hanya masalah plug. aku sedikit lega - manakan tidak, kos antara kedua-dua benda alah itu memang sangat jauh bezanya. sampai siap bajet-bajet, duit lebih nanti boleh tukar tayar piyu. tayar belakang piyu memang dalam kondisi yang agak membimbangkan juga sebenarnya. lepas tu, kalau ada lebih lagi boleh juga singgah di ariani yang dekat bandar tm tu. heeee... tapi, sayang - lepas berjam-jam encik pomen mentelaah piyu - dirumuskan memang masalah cable plug. dan hendak dijadikan ceritanya, si piyu ini adalah keluaran pertama tajuknya, jadi cable plug adalah didatangkan sekali dengan coil. yang keluaran sekarang ni datang asing-asing, jadi kalau masalah cable plug hanya perlu tukar cable plug tidak perlu sampai satu set yang mahal tersebut. kemudiaan, aku dimaklumkan barang pula tiada. kena buat pesanan dahulu. dari jam 1100hrs aku datang sampai jam 1630hrs baru dia beritahu yang piyu ada masalah cable plug.

terpaksa buat sementara waktu encik pomen tukarkan cable plug piyu dengan kereta eksiden bertajuk sama yang terdapat di situ. dan katanya - barang akan dipesan dan akan dimaklumkan kemudian. maknanya aku kena mengharung perjalanan yang sama sekali lagi. panas juga rasa hati. tapi, hendak buat macamana. bila begitu - pakda dan abe bising-bising suruh aku tukar kereta. payah betul hendak dapatkan spareparts, mahal pula - kata mereka. aku diam sahaja, siapa suruh masa beli tidak rujuk kepada sesiapa. tapi, aku sayang banget sama piyu.

aku dimaklumkan juga oleh encik pomen bahawa kereta proton yang bertajuk tersebut menggunakan enjin renault dan barang-barang memang lebih mahal. entah... aku memang tidak faham apa-apa pasal enjin-enjin ni. yang aku tahu selagi boleh, selagi mampu bergerak - okaylah tu.

.panji.

yang si panji pula, awal-awal sesi persekolahan dulu hampir setiap minggu hendak kena tukar cermin sisi. manakan tidak sebab hampir setiapkali keluar masuk mesti aku jatuh secara terpelanting dan mensebabkan paling-paling tidak selalunya cermin sisi pecah. macam sangat janggal kalau bawa panji tanpa cermin, rasa kekok sangat sebab dengan cermin sisi itulah aku boleh tengok jarak fida dengan aku. kalau fida jatuh ke, sangkut ke - dengan cermin sisi itulah aku meletakkan tanggungjawab. sebab selalunya setiapkali keluar atau masuk memang aku jalan dahulu dan diikuti oleh fida. tapi sekarang yati pun sudah bawa motor sendiri - jadi aku tidak tahu lagi susunan perjalanan nanti macamana.

belum sampai enam bulan. ansuran pun belum habis bayar tapi si panji sudah rosak macam-macam. sudah langgar macam-macam. sudah jatuh dengan macam-macam gaya. ekzos pun sudah menkeluarkan bunyi pung pang pung pang kadangkala. hari tu ada bunyi ter ter ter pula di bahagian depan. haih... kesian si panji.

hari ahad lepas, aku rajin-rajin basuh piyu lebih daripada biasa. dua minggu piyu ditinggalkan dengan lumpur tebal melekat kering. si hanis itulah, salah masuk jalan. tapi aku pun main ikut sahaja, walhal sudah tahu benar jalan yang patut dilalui di bukit pasir tersebut. heeee... tapi, hari itu jalan yang selalu dilalui macam aneh benar, macam mengerikan - sudah aku nampak hanis lalu ikut lain maka aku pun ikut sama. sekali terlekat terbenam dalam selut. panji pula mati enjin - hendak ditolak sangkut, minta tolong fida di belakang dia pun sama terjerumus. maka terkial-kiallah aku dan fida mentolak motor sendiri-sendiri sampai peluh keringat mengalir secara beria-ia.

.skl.

bah suria sudah datang sekolah setelah beberapa lama. mentunjukkan betisnya kesan bisa ular yang telah dikikis oleh doktor dan menjadikan satu parut besar dan kekal di situ. katanya juga, daging peha diambil untuk ditampal di situ. bah suria jalan berdengkot-dengkot kini. bah suria tidak mungkin antara atlit sekolah lagi. ada kawan-kawan bah suria menggelarkan beliau 'si capik' - pengaruh daripada siri tv. bisa ular itu juga macam telah mengambil sinar ceria di wajah bah suria. sejak dia datang sekolah jarang benar aku dengar dia ketawa. bah suria macam sudah kurus dan pucat pula. yang pastinya, aku tidak akan mungkin lagi melihat dia berlari-lari di sekeliling sekolah lagi, apatah lagi untuk beliau menari poco-poco.

tuan gb - encik ghazali othman telah pun mentinggalkan skst untuk berkhidmat di ppd. begitu juga dengan cikgu findi selaku guru pemulihan. pemergian mereka masih amat di rasai. hendak-hendak lagi saat melintasi bilik kelas pemulihan. tiada lagi kedengaran suara cikgu findi yang sabar mengajar. bilik hijau yang cantik itu kini sepi. bertutup rapat dan berkunci.

.sekian.

No comments: