Jun 27, 2010

diskriminasi

*gambar: mencari kemuncup terbaik untuk menyertai pertandingan laga kemuncup...*

dulu. masa mula-mula masuk ke tingkatan satu. pihak sekolah buat pemilihan pengawas sekolah. caranya... guru disiplin dan beberapa pengawas senior masuk ke setiap kelas. suruh semua murid berdiri. guru disiplin pun berjalan ke sekeliling kelas. tengok muka setiap murid.

' kau, duduk. kau pun duduk...' tuding jari ke arah seorang demi seorang murid. akhirnya tinggallah beberapa sahaja murid yang masih berdiri.

'okay, yang berdiri ni semua ambil nama.' arah kepada pengawas senior yang dari tadi setia mengikut.

' hendak jadi pengawas, mestilah cantik...' sambungnya...

iya. ini cerita betul. sekolah aku dulu, masa aku sekolah kat sana - sekarang aku rasa situasi macam ni mungkin sudah tidak ada lagi - mengamalkan cara seperti ini untuk mencari pengawas. asalkan rupa kamu cantik, penampilan kamu menarik - bolehlah kamu jadi pengawas. tapi kalau rupa kamu tidak cantik, penampilan kamu pun ala kadar sahaja, walaupun kamu pelajar terbaik sekolah, walaupun kamu skor banyak A masa UPSR pun, walaupun kamu aktif bersukan - jangan mimpi untuk jadi pengawas sekolah. duduk dalam kelas, diam-diam. pakai baju putih, tudung putih, kain biru muda sampai tingkatan 5. tidak usah berangan hendak pakai kain coklat tua, tudung coklat tua, baju coklat muda, kasut hitam dengan tanda nama merah. kalau hendak jugak - beli sendiri pakai dekat rumah sahaja.

okay. bukanlah berangan hendak sangat jadi pengawas sekolah pun. sebab walaupun aku di dalam kategori kedua tapi aku bukan pelajar terbaik sekolah rendah, aku pun tidak skor banyak mana sangat A masa UPSR - aku cuma cakap bagi pihak kawan-kawan aku yang aku rasa lebih layak untuk jadi pengawas. aku tidak hendak jadi pengawas pun masa sekolah sebab aku sudah ada jawatan yang memang tetap dan berpencen - pemberontak - *_*

pun begitu, aku ada juga kawan yang terpilih jadi pengawas sekolah. kawan sekampung, naik van sama-sama pergi sekolah, jadi posmen bodoh dia hantar surat cinta dan kadang-kadang jadi jaga bodoh dia masa dia dating (serius bodoh masa tu...) tapi dia pun sama bodoh juga sebab pengawas tapi masih juga ikut aku buat kerja-kerja pengganas sekolah. buat malu sahaja pakai kain coklat tua, tudung coklat tua, baju coklat muda, kasut hitam dengan tanda nama merah. bukan dia hendak nasihat aku suruh ikut undang-undang sekolah tapi dia pun ikut mensumbang ke arah menjahanamkan undang-undang sekolah.

aku rasa sekarang zaman sudah berubah. orang sudah tidak memilih rupa paras atau penampilan pun untuk satu-satu jawatan penting atau tidak penting. orang sudah pandai nilai, bukan setakat tengok muka cantik tapi buat kerja hancur lebur lepas tu orang muka tidak cantik pula yang hendak kena perbaikkan apa yang telah dihancurleburkan. susah betul bila sudah jadi begini. orang-orang yang pilih muka cantik itu pun barulah sudah terhantuk baru hendak terngadah... bak sudah ludah dijilat balik. itulah...

dan kalau ada pun mana-mana orang yang masih mengamalkan budaya tidak berjenis seperti di atas. sudahlah... henti-hentikanlah...

1 comment:

kudakertas said...

btol2..dont judge a book by its cover..hehehe..maen petik je kata2 omputeh tu..