Apr 7, 2010

.menikmati gambar.


sekarang. perasaan masih macam perasaan seorang pelancong di tanah tinggi ini. jadi, setiap kali keluar dari dalam bukit - teman serumah masih akan bawa berjalan-jalan di sekitar tanah tinggi ini. macam pada minggu sebelumnya, kami ke big red strawberry farm. di sini semua tanaman di tanam secara hidroponik. macam sangat kagum bila lihat pasu kecil coet sahaja, tapi hasil dia sampai melimpah ruah secara besar-besaran. kagum! lepas tu, kat sini rasanya, campak apa sahaja benih nescaya akan tumbuh secara subur juga. kalau di tepi-tepi jalan, pokok-pokok bunga dan sayur-sayuran subur sahaja. macam di tempat aku tinggal sekarang ini, di mana ada tanah - di situ ada tanaman. sebab itulah, aku sekarang merajin-rajinkan diri untuk mentanam bunga. asal keluar dari bukit sahaja mesti ajak teman serumah pergi cari bunga. macam sangat teruja, bila sahaja hari jumaat - rasa gembira sahaja hendak tengok bunga yang baru ditanam. bukan tanam di atas tanah, tapi tanam di dalam pasu sahaja. okaylah... gambar di bawah adalah gambar di big red strawberry farm. sangat menselerakan bukan?

ini. hendak berkongsi gambar masa mandi sungai dengan anak-anak skl. air sungai ini super kacis, dingin - nyaman - bersih - segar serta perkara-perkara sewaktu dengannya. setakat ini, sungai ini baru sekali aku kunjungi. kecualilah kalau 24hb ini ada sekolah ganti, memang ada simpan cita-cita untuk berjimba di sungai ini lagi. sebab apa kena tunggu sekolah ganti? sebab sekolah ganti hari sabtu, jadi hari jumaat memang tidak akan keluar. hari jumaat sekolah sampai jam 1030hrs sahaja. sementara mentunggu waktu makan tengahari atau mungkin selepas makan tengahari - akan ke sini lagi. hurrayyy !!!

ini. hari sukan skl. aku guru rumah hijau bersama cikgu fadli. sangat menseronokkan serta menterujakan melihat anak-anak asli ini bersukan. ada bakat-bakat terpendam yang tercungkil pada hari tersebut. misalnya si kecil rosmah (gambar terakhir, tiga gadis kecil berbaju hijau - beliau di tengah-tengah) beliau macam pasif sahaja, tapi lari mesti 100m ke 200m ke mesti dapat nombor dua selepas zairani. zairani anak tuk batin yang di tahun tiga itu memang sudah sedia diketahui mampu berlari dengan laju. dan juga sarina - si rambut kerinting tahun empat itu, gaya memang tidak ada sebagai pelari pecut langsung tapi lari laju sungguh, memang tidak terjangkakan.

okay berbalik kepada gambar. gambar pertama, si jali a/l sairi a.k.a bah beng - punya mata yang sangat cantik, bulat, bercahaya dengan alis lentik. tapi sekarang sudah hampir dua minggu beliau sakit mata. sinarnya sudah pudar... tsk... tsk... tsk... beliau sangat pemalu orangnya, masa kejohanan sukan di skl beliau johan lompat jauh, memang jauh betul beliau lompat. kemudian beliau antara 8 orang yang terpilih ke mssdch. oleh kerana sifat pemalunya yang sangat tebal, lompatan tidak menjadi pun. sangat mensedihkan.

gambar masih sekitar kejohanan sukan skl. hayatilah gambar sementara boleh ini. kemudian-kemudian entry aku hanya akan dipenuhi dengan teks semata. jadi sementara boleh marilah kita muat naik gambar sebanyak-banyaknya. gagagaaa... pakaian tracksuit guru tajaan daripada adidas termasuk tee putih. tajaan? naaaahhh... beli sendiri daaa...

juga. masih sekitar kejohanan sukan skl. johan rumah merah yang dipimpin oleh cikgu din dan cikgu saipul, kedua rumah hijau yang dipimpin oleh cikgu fadli dan aku, ketiga rumah biru yang dipimpin oleh cikgu fendi dan cikgu tuan dan terakhir rumah kuning yang dipimpin oleh cikgu izani dan cikgu fida. ceeee... dipimpin, dipimpin... macam parti politik pun ada. gagagaaa...

gambar bonus. kejohanan memanjat pokok pinang. gambar di ambil oleh cikgu din. hehehe... sebenarnya, masa kejadian adalah hari sebelum kejohanan sukan skl. semasa persiapan, anak-anak ini berkeliaran di sekitar padang - jadi cikgu din suruh panjat pokok pinang untuk ambil gambar. apalagi berlarianlah mereka ke pokok pinang yang berhampiran. comel bukan?

inilah. wajah anak-anak lemoi. gambar dari kanan. jali - si pemalu yang bermata cantik itu bersama selipar beliau. dazi - the drama queen di kolam ikan tok batin. mona - tahun enam tapi badan kecil macam murid tahun tiga sahaja, dulu tidak banyak cakap, sekarang tidak terlayan cakapnya. jali lagi - dengan lesung pipitnya. bawah kanan : hasriman a.k.a bah yong a.k.a a yong, tahun empat tapi punya adik tahun dua lebih besar daripada beliau, suara kecik dan agak manja. rozie a.k.a bah pak, adik bah yong di tahun dua - pandai- tapi tidak boleh terima tekanan mulalah gelabah. rosazwadi a.k.a bah kenyam - ketua pengawas, muka serius sahaja dan kami gelar dia hero. shaharinie a.k.a bah aye - bersama medal yang dimenangi semasa kejohanan sukan skl. bawah kanan: dazi - the drama queen, rambut ikal dan suka menggayakan rambutnya dengan macam-macam gaya. amiza - tahun1, nama penuh amiza nazirah, cantik. bawah kanan: azizi a.k.a bah ben dan bersama adik beliau azilah. akhir sekali gambar tangan gaya bintang anak-anak skl arahan - aku.

ohhh... tidak lupa, kompilasi gambar hari pertama ke lemoi. petang bersejarah dalam hujan itu. kenangan bersama encik DX. aku pernah ada entry mengenai ini - jadi tidak payah cerita panjang lagi di sini.

ini. aktiviti masa lapang guru-guru skl. ini kolam ikan cikgu din dan cikgu amri. ikan-ikan talapia, keli, baung, lampam... malam itu, kami makan ikan bakar dengan air asam yang super kacis.

eh... dah habis gambar sudah. hehehe...

buat yang bertanya, kenapa lama tidak update, busy ke? sebenarnya sibuk itu memang selalu, tidak kemaskini bukan kerana sibuk tapi tidak ada idea dan juga sebab internet kadang-kadang slow jadi memang tidak bernafsu untuk mengadap blog. huhuhu... sebab lain tidak kemaskini - biar orang rindu. ehhh... ada ke yang hendak rindu-rindu dekat i? wahhh... tetiba rasa loser.

okay... sampai di berjumpa lagi. ada aktiviti yang hendak di lakukan. ke tanah rata mungkin. berkagak seperti pelancong-pelancong pun bagus juga sambil lihat-lihat pokok bunga yang kacis juga... daaaa...

1 comment:

nani said...

akhirnye...ade gak berita terbaru...ingatkan dh seronok sgt kt sane smpai lupe org kt luar yg slalu menunggu cite2 yg supernova kacis oh ko tu...msti ramai la yg nk tau cite dr ko..(kalo xde pun yg pastinye...aku tetap menunggu....cewaahhh!!!) .maklum la...ko je wakil kami yg ke pedalaman...msti la nk tau adventure terbaru kt sane...

sungguh la cumburu dgn skl ko tu...sedangkan ko yg berada di ceruk pn ade hari sukan...nape la skolah aku xde sukan??? sungguh la hampess....

weh...nnt leh la jd pemamdu pelancong aku lak kalo aku g cameron