Mar 3, 2010

...sang riang-riang dan cengkerik pun menyanyi...


seumur hampir 30 tahun aku hidup - baru minggu lepas aku jejak kaki ke pulau langkawi. itulah, tuah ayam nampak di kaki, tuah cikgu baru nampak di sekolah. gagagaaa... ceritanya, skl mengadakan lawatan ke sana - macam hari keluargalah aku kira. ialah... semua guru-guru yang berpasangan membawa isteri dan anak masing-masing. manakala dua orang cikgu baru ini membawa diri masing-masing sahaja. namun, apa yang kacisnya - kami guru baru ini tidak menkeluarkan sebarang bayaran untuk perjalanan hatta makan minum sekalipun ditanggung oleh kelab guru skl. apa lagi, aku terutamanya... bagaikan orang mengantuk disorongkan tilam bantal selimut yang empuklah. hendak harap duit sendiri, entah tahun berapa akan sampai ke sana. tsk...

cuaca di pulau langkawi memang panas... aku yang sedia hitam semakin hitam terbakar dimamah matahari. namun aku redha... walaupun panas hati aku sangat gumbira dan sukacita dapat melompat dari pulau ke pulau... yaaaa... aktiviti pertama setibanya atau lebih tepatnya setelah mendaftar masuk ke mali perdana beach resort tersebut setelah siap menggosok pakaian stok selama berada di langkawi walaupun adik kaunter bilang seterika hanya boleh pinjam selama satu jam sahaja - aku terus tanya 'kalau lambat kena denda ke?' dan membiarkan adik tersebut terkebil-kebil tanpa jawapan. mana boleh, bayar mahal-mahal (walaupun aku tidak menkeluarkan bayaran - tapi aku prihatin kepada duit kelab guru... gagagaaa...) pakai seterika pun nak berkira... aku guna seterika tersebut sepuas-puas hati aku sampai tshirt yang aku cadang hendak pakai masa tidur pun aku gosok dan mempulangkan ke kaunter dengan muka 50 sen sahaja... gagagaaa...

aktiviti pertama, melompat dari pulau ke pulau atau depa bilang - island hopping... bukan lompat dengan istilah kata lompat yang sebenarnya tapi lompat masuk dalam bot sahaja. bot yang bawa kami ke pulau tasik dayang bunting - eagle feeding - pulau beras basah... super kacis pulau tasik dayang bunting tersebut. airnya yang hijau begitu menggiurkan bagaikan melambai-lambai aku untuk terjun ke dalamnya dan menikmati dinginnya air tasik tersebut - namun apakan daya, perancangan tidak kena... sebab tidak bawa stok track dengan tee yang cukup maka aku ke sana dengan jeans dan t putih... kalau bab tee tu mungkin aku boleh beli yang lain sebab betul-betul di tepi tasik ada kedai jual tee dan pakaian mandi yang seangkatan dengannya. dan halangan kedua adalah gue pakai jeans - sangat tidak bijak untuk mandi air tasik yang entah berapa dalam tersebut. sudahnya, aku hanya duduk di tepi memperhatikan guru-guru lelaki mandi secara sukaria dan terjun yang pelbagai gaya... ohhh... kempunan gue...

selepas itu (ada macam gaya buat karangan upsr tak?), kami di bawa melompat ke tempat bagi burung helang makan atau dalam bahasa orang putihnya eagle feeding. adik bot letak air dalam satu bekas, goncang-goncang bersama beberapa cebisan roti dan lempar ke dalam laut. tidak berapa lama kemudian, sang helang berebut-rebut melayah turun ke permukaan laut mensambar cebisan roti dengan perasaan riang dan gumbira (aku agak...) din yang punya dslr ambil gambar bagaikan menembak secara auto dengan menggunakan m16 sahaja bunyinya. aku yang punya kamera henpon pun tetap tidak mahu melepaskan peluang... (seperti biasa - internet isytihar perang bila hendak muat naik gambar, jadi... lainkali sahaja)

seterusnya, destinasi terakhir adalah di pulau beras basah - walaupun sekarang beras basah tidak lagi kelihatan. oleh kerana kedahagaan, kami membasahkan tengkuk dengan setin air mengikut citarasa masing-masing dan bersidai di tepi pantai sementara mentunggu bot - tiada aktiviti menarik di sini walaupun aku ada nampak satu kiosk yang mentawarkan parasailing... namun tidak kelihatan sebarang bot yang menterbangkan orang dengan payung tersebut. baiklah... aku memang sangat berhajat untuk parasailing sebenarnya. di pantai cenang tempat kami menginap itu juga kadangkala kelihatan parasailing - namun oleh kerana keburuan waktu aku tidak sempat menjalankan soal selidik akan berapakah bayaran yang dikenakan.

malamnya, kami menjamu selera di depan dataran lang. laksa yang aku makan itu super kaciskova - kalau pergi langkawi lagi memang aku hendak makan lagi laksa tersebut. dan... sudah menjadi kebiasaan kalau ke langkawi tidak sahlah jika tidak mengambil gambar bersama sang helang yang besar tersebut. hmmm... malam pun malamlah...

hari kedua bermula dengan sarapan pagi... setelah itu, kami di bawa ke underwaterworld - melihat hidupan air tawar, air masin dan air tidak berapa hendak masin... dan juga penguin yang comel macam hendak picit-picit sahaja serta anjing laut yang pandai buat lawak... - untuk orang dewasa macam aku tempat sebegitu tidaklah begitu mengujakan adrenalinku... biasa... (cehhh... berlagak.)

setelah itu, kami ke rumah mahsuri... baiklah tiada apa yang hendak diceritakan di sini, sebab biasalah kalau ke rumah bersejarah sebegitu apa yang ada adalah sejarah. sebuah rumah kayu tinggi yang masih kukuh, ada dapur, pangkin, beberapa pinggan mangkuk - periuk belanga, kukur kelapa, gambar mahsuri, buai (tidak tahu buai siapa...). yang menarik sebab dinding bahagian dapur diperbuat daripada buluh - teringat nostalgia masa kecik-kecik duduk dalam kebun keliling rumah atuk, rumah buluh. lantai di bahagian luar dapur adaah kayu-kayu kecil yang sedikit mnegrikan jika dipijak secara rakus - perlu pijak secara berhemah untuk menjamin keselamatan.

seterusnya, setelah makan tengahari di ikan bakar termasyhur kami di bawa ke langkawi cable car... yaaa.... yang ini barulah mentepati citarasaku. macam sangat menterujakan walaupun terpaksa beratur panjang untuk menaiki kereta kabel tersebut. sejarahnya? entah... aku tidak baca pun... setelah mengambil gambar berkeping-keping - kami turun. aku dan fida sempat mengambil gambar dengan sang ular yang diletakkan diatas bahu dan dipegang di kepala dan ekor berharga rm5 - bukan harga ular, harga untuk pegang ular, ambil gambar kamera sendiri - tidak kisah berapa ratus keping pun asal tahan sahaja kegelian memikul ular seberat 8kg tersebut. phewww... memang kacislah!

malamnya, ada bbq - sistem pengurusan yang paling ntahaapaapa... ada hanya datu dapaur bbq manakala ada 3 kumpulan menanti makan. secara giliran, masak untuk kumpulan pertama dahulu dan barulah seterusnya, setiap satu kumpulan mengambil masa hampir 2 jam aku kira. nasib baik juga kami kumpulan kedua. bila sampai sahaja giliran kami, cikgu-cikgu lelaki ambil alih dan bakar sendiri tanpa perlu dibakar oleh encik bbq. walaupun makan secara bermaharajalela namun, tetap tidak berjaya menghabiskan semuanya... masih ada banyak yang berbaki dan aku syak encik bbq tapau bawa balik rumah beliaulah...

esoknya, kami daftar keluar. sebelum balik singgah di pekan kuah sekali lagi setelah semalam selepas naik kereta kabel masa diberi hanya sejam ternyata tidak mencukupi. untuk orang berkeluarga dan bergaji maka hebatlah pembelian mereka. bagi aku yang seadanya, hanya 3 helai kain batik buat ma dan sehelai baju batik indon untuk diri sendiri.

apapun... sangat menseronokkan berdarmawisata ke langkawi ini. terima kasih kepada kelab guru skl yang mentaja perjalanan dan makan minum kami selama di sana...

tengok... dah hampir minggu kesembilan di perbukitan ini. aku semakin membiasakan diri. namun kenangan hari pertama masih subur diingatan. dengan baju yang tidak bergosok - beberapa bahagian keyakinan diri aku runtuh, manakala kasut murah aku lekang dek terkena air semasa mempijak tanah untuk ke sekolah pagi itu. dikehendaki pula memperkenalkan diri diperhimpunan - berkeping-keping keyakinan aku terbang dibawa angin sejuk pagi itu. semua kata-kata yang keluar adalah sangat bodoh aku rasakan termasuk memtanyakan murid-murid 'ada hendak tanya apa-apa?' yang awalnya hanya disambut sengih-senyum wajah-wajah dihadapan aku yang kemudiannya mereka digasak untuk bertanya oleh cikgu lelaki maka terbit satu pertanyaan yang agak membunuh di sejuk pagi dalam pakaian yang sedikit basah ditimpa hujan itu 'umur cikgu berapa?' aku lupa entah siapa yang mengajukan pertanyaan itu. namun aku yakin menjawab, '30... banyak tak 30?' dan jujurnya murid-murid berkata 'banyakkk...' dan disambut gelak-gelak kecil guru lelaki. cissss... sumpah membodohkan diri sendiri sahaja dengan lawak yang tidak terancang itu.

semakin serasi dengan alam. udara sejuk dan dingin air semakin biasa di kulit sehingga bila balik ke kampung air kolah yang dulunya sangat membunuh perasan hendak mandi pagi kini seolah-olah tiada apa lagi - sehinggakan jam 2300hrs pun aku masih selamba mandi, dan ini ternyata sangat menkejutkan ma dan adik... si penakut sejuk air ini sudah berubah! gagagagaaa...

baiklah... malam semakin sepi, pak mat pun tidak jual topi... namun dari makmal ini, masih dengar suara-suara bising dari bilik asrama yang telah berkali-kali aku pergi beri amaran suruh diam... tapi harrem... booo layanlah! riang-riang semakin galak kedengaran, bersahut-sahutan dengan suara cengkerik, kata orang sudah datang musim kemarau - ya... panasnya matahari tetap teraa di sini, murid-murid jadi senang kena demam. paras ubat di dalam peti pertolongan cemas semakin membahayakan, perlu beritahu yang berkenaan untuk mendapatkan stok segera sebelum kehabisan.

malam ini, cahaya bulan pun terang - wajah penuh mencurah cahaya, bintang tetap setia jadi teman. dalam dingin ini, aku dan fida akan meredah malam untuk kembali ke kuarters... tanpa lampu - cuma berpandu kepada cahaya sanga bulan. terima kasih bulan...

salam dari perbukitan...


5 comments:

lynn-the gudigudigurl said...

hehehehe

entahlah. entah mengapa sy tertunggu-tunggu entry kamu kakak!

nani said...

nmpk gayenye aku je la yg blm merasa nk menjejakkan kaki ke langkawi...huhuhuh...sungguh ketinggalan zaman...xpe..xpe...taun ni akan ku usahakan gak smpai ke sane...air asia,..MAS..buat la promotion murah2 sket...dan bawa ku terbang ke langkawi...ade sape2 nk ikut??..hehehe

Bintang-Bintang Ke Syurga said...

aku nak ikutt.. aku pun x penah pi sana.. aku nak borong pinggan.. boleh??

hanis a.k.a kapal said...

lyn... hehehe... kena ubat guna-guna kot...

nani... jom, bulan 6 aku nak g sana lagi. kita gi set-set bujangan ajo... hahahaaa...

bintang... jom jom jom ke langkawi...

ctgvilla said...

salam cikgu.dh lama tk kuar entry baru,sibuk sgt ke.