Feb 10, 2010

.pengalaman pertama saya.

malam. suasana sepi-sunyi. rumah penduduk pun gelap gelita, cuma beberapa buah rumah sahaja yang diterangi dengan cahaya lampu neon. yang jadi hiburan halwa telinga hanyalah bunyi suara cengkerik bersahut-sahutan dan bunyi enjin yang dibuka jam 1900hrs sampai jam 1030hrs malah kadang-kadang boleh melanjut lebih setengah jam bergantung kepada cikgu baru ini yang setiap hari rabu mesti port kat makmal komputer sekolah sambil jenguk mukabuku atau menyinggah di blog - kot laaa ada yang hantar khabar berita untuk yang berada di perbatasan... eh perbukitan ini.

bebudak tengah menonton tv di kelas pemulihan yang super cantik dengan kaler hijau dan kemas giler memang buat aku rasa hendak duduk situ lama-lama walaupun sebenarnya kaler hijau tidak termasuk dalam warna kegemaran aku tetapi terpaksa buat-buat suka jugak sebab aku pun kena jadi guru pasukan hijau. huhuhu... aku sangat berharap yang bebudak ini akan berperangai baik semua sehingga ke esok pagi dan hingga ke hari-hari seterusnyalah. harapnya tiada yang kemas-kemas beg mahu lari hendak balik rumah masing-masing dan tiada juga yang pengsan-pengsan atau menangis secara berjemaah sebab takut H. wehhh... kekadang depa ni siap tunjuk dekat cikgu dan cakap benda H itu ada kat sana-kat situ dan sedang buat apa, dan ada banyak pula benda H itu. apa kamu ingat cikgu baru ini tidak gentar? silap ahhh... gentar jangan ceritalah, tapi manalah boleh cikgu baru ini tunjuk takut, mahu atau tidak kenalah buat-buat berani, sat lagi kalau cikgu takut budak pun pat juta kali takut dan entah apalah agaknya jadi dengan asrama - entahentah cikgu baru angkut semua bebudak tidur di kuarters. hahahaaa...

baiklah. macam biasa. asal hari rabu je memang aku lepak di sini. sambil cuba-cuba buat laporan minggu orientasi sepertimana yang telah diminta oleh JPN Pahang walaupun sebenarnya yang buat laporan itu sedikit amat selebihnya masih sibuk bertanya khabar rakan-rakan semaktab di laman mukabuku atau saja-saja melawat blog-blog yang wajib baca dan macam seronok pula sebab bila buka blog-blog yang wajib baca lepas tu ada banyak entry yang macam mentunggu hendak dibaca. baiklah... aku ketandusan bahan bacaan di sini, rasanya satu perpustakaan punya buku pun sudah habis aku baca termasuklah majalah pendidik yang beberapa tahun lepas punya isu dan juga cebisan-cebisan suratkhabar lama pun aku dah baca juga. lalu itu terus membuatkan aku berazam dan menanam cita-cita untuk membawa masuk buku-buku kegemaran aku walaupun sedar sebenarnya susah dan payahnya hendak membwa beban menaiki motor di jalan tersebut walhal badan sendiri pun selalu terpelanting-pelanting inikan pula untuk membawa benda-benda lain haruslah tunggang langgang aku degan barang-barang tersebut di jalanan. tengoklah... aku hendak tanya encik yunus a.k.a kontraktor makanan asrama skl - kalau beliau masuk hantar barang dengan hilux aku hendak mentumpangkan beberapa barang-barang perlu masuk ke skl.

hari ini, secara tiba-tiba line internet tidak mengisytiharkan perang dengan aku walaupun guru besar tadi ada tanya pasal pengisytiharan harta yang entah perlu aku buat atau tidak buat memandangkan aku masih terlalu amat baru bak kata pantun melayu buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolonglah tunjukkan... sebab internet tidak isytihar perang maka berjayalah juga aku setelah gigih berusaha untuk memuat naik beberapa keping gambar semasa hari pertama memasuki perbukitan ini. dalam hujan dan selut lumpur perjalanan yang kini hanya mengambil masa satu jam setengah memakan masa hampir empat jam pada hari tersebut.


ini gambar cikgu-cikgu lelaki. tengoklah motor depa. kacis kan? motor macam ni baru in hendak masuk hutan... masa ini, aku belum kenal seorang pun nama mereka, yang aku tahu hanyalah tuan guru besar sahaja dan semasa di shell yang menjadi tempat perjumpaan pada hari itu pun tidak berlaku sebarang sesi suai kenal mahupun sesi memecah ais sebab yang ada hanyalah muka cuak aku takut sebab tengok motor mereka yang selalu aku tengok dalam tv sahaja dan mula membayangkan rupa paras jalan yang perlu aku tempuhi sebentar kemudian. sudahlah nama pun tidak tahu muka pun tidak berapa ingat tapi yang aku pasti depa ni sentiasa ada sepanjang perjalanan mengharungi selut dan hujan pada petang 3 januari 2010 tersebut...

nampak tak gue? huhuhu... macam lelaki dah rasanya. aku di sebelah kanan, sebelah kiri tu tuan guru besar of skl... muka aku macam cuak secuak cuaknya bersama encik DX yang telah mensumbangkan jasa besarnya kepada aku namun tidak sempat pun sampai dua minggu aku pakai beliau dah mogok tapi kemudiannya elok sahaja cikgu amri bawa masuk keluar skl tak ada pula beliau hendak memberontak lalu mula membuat aku syak yang beliau tidak suka pada aku sebab itu beliau mogok secara begitu dan mempaksa aku berjalan kaki sebelum mentumpangkan diri sendiri naik motor orang. T____T


hah! ini gambar paling KACIS... sebab masa ni gue perasan findi nak ambil gambar, jadi gue cuba kontrol sikit rupa paras supaya tidaklah kelihatan ganas sangat, ganas sikit-sikit sudahlah nanti orang lain takut pula tengok. hahahahaaa... baiklah. ini gambar sebelum aku jatuh terpelanting secara buruk ke dalam semak berhampiran gaung/cerun atau perkara-perkara sewaktu dengannya dalam hujan renyai petang bersejarah tersebut.

jadi. inilah sahaja tiga keping gambar yang berjaya aku muat naik buat kali dan harap internet tidak akan mengisytiharkan perang lagi pada aku buat kali lain supaya aku berjaya memuat naik beberapa keping gambar lagi.

suara murid-murid mula kedengaran bising sebab agaknya cerita darah satria yang aku pasang dah sampai tahap boring dah gamaknya padahal tadi konon niat hendak pasang cd leftenan adnan yang cikgu izani bagi tapi secara tiba-tiba cd tersebut tidak boleh pula dipasang lepas tu bila buka cerita kartun barnyard mula pulak dengar suara-suara boring maka hendak tidak hendak kena suruh bah ben pergi ambil cd darah satria yang depa baru tengok minggu lepas kat dalam laci aku di bilik guru. sebab dah dengar suara-suara bising tu makanya aku kena berundur dululah nanti hendak suruh budak-budak masuk tidur sambil aku pun masuk tidur sekali sebab tidur sama dengan depa di bilik asrama.

oleh itu, sekian dulu laporan pada kali ini...


3 comments:

Mr M said...

hadossssss.. sangeeeta bahaya diperlakukan kepada perbukitan dan diri sendiri... lame sungguh mentidak menggunakan perkataan kacis sejak berada di SeKeBuN ni.. apatah lagi sangeeetaa gutawa...

Unknown said...

haihhh sungguh mencabar la kak

ape pun terus kuat ye kak


sentiasa menanti entry dari akakgo

ctgvilla said...

salam cikgu.masuk blog ni trimbas kembali zaman kanak2 dulu.camtulh jalan yg terpaksa ditempuh setiap hari utk akak ke sekolah.masa tu tk de motor cuma berbasikal je.lbh byk sorong dr naik.sekrg semua tu cuma kenangan.kadang2 rindu nk kembali saat tu tp skrg dh terlalu jauh dr semua tu.dulu kt perlis kini kt s.alam. selamat bertugas moga cikgu terus tabah