Feb 5, 2010

... dari sini dengan cinta...


setelah sekian lama mengidam hendak mandi sungai - maka semalam hajat itu tercapai sudah. rasa puas hati sungguh walaupun mandi sebenarnya tidaklah lama sangat - yang lama tu part nak syampu kepala budak-budak yang ikut sekali berjemaah mandi sungai. sumpah seronok !

semalam sekolah. ikut jadual hari jumaat. jadi, kalau hari jumaat sekolah akan habis jam 1030hrs. seronok ! seronok sebab sekolah habis awal dan boleh pergi mandi sungai...hehehe... semalam juga - sebab memang dah plan tidak akan keluar pada minggu ini, tambah lagi encik zahar mengkhabarkan ada tanah runtuh - tanah runtuh selalu terjadi, kalau bukan sebab hujan, sebab paip cina kebun kat atas tu buat hal... semalam sebab hari jumaat - semua cikgu lelaki keluar dan sepatutnya masuk balik pagi sabtu, seorang je yang tinggal - cikgu amri. terpaksa tinggal - sebab takut budak-budak asrama buat hal. macam minggu sabtu sekolah sebelumnya, depa pakat-pakat buat mogok tidak cukup makan, walhal baru je lepas makan. sudah lepas tu, keluarga ramai-ramai datang berkumpul dekat pagar belakang sekolah macam hendak cari gaduh. lalu cikgu baru hendak belajar ini, macam gelabah-gelabah sarung tudung asal tutup aurat je dan cepat-cepat keluar usha line. cehhh... nasib juga gb ada. lepas tu, keluarga depa ni pulak macam hendak perli-perli je - malam tu masa aku bawak murid-murid tengok tv kat bilik pemulihan ada yang datang seludup makanan bagi kat anak kat tepi pagar... lepas tu ada pulak, murid-murid kg tl datang asrama petang ahad, lepas makan depa lari keluar - bawak beg semua... cikgu baru ini tengah sedap makan kat kantin tidak tahu apa yang telah terjadi sehingga terserempak dengan cikgu fadli dan cikgu saipul bagitahu budak-budak kg tl lari balik rumah. pulak... patutlah nampak cikgu nik dengan cikgu din malam-malam keluar dengan motor ingat pergi tengok kambing ke apa sekali pergi kejar murid-murid. nasib baik sempat juga, buat kerja bahaya betul depa ni, malam-malam hari macam tu jalan dalam hutan. nasib tidak apa-apa namun berlemuihlah dengan lumpur. suruh mandi semua dan terus suruh tidur.

baiklah... balik pada cerita hari jumaat. siang-siang semua tidak ada masalah. macam semuanya berjalan dengan lancar. tidak ada yang mogok lapar... semua baik aje. lalu lepas makan malam itu, aku pun balik sekejap ke rumah. rehat-rehat untuk solat maghrib. lepas tu pintu rumah kena ketuk. murid-murid lelaki datang beritahu murid-murid perempuan menangis. gue kelam kabut capai tudung dan pakai asal tutup semua sahaja dan berlari-lari yang tidak berapa anak ke asrama. sampai-sampai tepi asrama tengok sekumpulan murid perempuan tengah menangis secara beria-ia... berkali-kali gue tanya, tapi tiada siapa buka mulut beritahu kenapa pula menangis di dalam gelap tersebut. aku nampak alia tidak menangis, zabedah yang siang tadi menangis sebab aku suruh dia tulis nombor 3 dan kesudah dia tidak dapat tulis nombor 3 walhal minggu lepas dia boleh tulis nombor 3 itu pun tidak menangis juga... bila tanya, alia cakap ada budak pukul. aku pun dengan semangat pahlawan masuk ke dalam dorm... sekali tengok atas katil safira kena kerumun. dah kenapa pulak... pengsan cikgu. adik beliau pun menangis, bila tanya kenapa menangis... asurayanie beritahu 'dia sedih kakak dia macam ni...' sedih? haaaa... kejap kemudian sibuk mintak hendak tengok tv. sedih apa menda? puas gue tepuk-tepuk pipi safira, tapi dia dah macam sleeping beauty. hendak kena tunggu putera raja gamaknya baru beliau akan buka mata. ini kali kedua safira pengsan secara begitu, tapi sekali dulu kemudian dia buka mata, walaupun mata dia tidak berkelip tengok ke atas. dengan safira pengsan, dengan sekumpulan murid menangis... cikgu baru ini mula tidak tahu hendak buat apa sorang-sorang. akhirnya cikgu baru ini minta murid lelaki pergi panggil cikgu amri di rumah. safira yang tidak sedarkan diri di bawa balik oleh ayahnya ke rumah, masa ayah dia panggil elok je dia bukak mata... cehhh... kau saje nak kenakan cikgu ye pira? dan murid-murid lain termasuk si adik yang menangis sedih sebab kakak dia pengsan tadi di bawa menonton tv di rumah cikgu pk. habis hari jumaat dengan secara begitu sahaja.

pagi sabtu, cikgu lelaki yang keluar tidak dapat masuk. sebab gb yang tiba dengan cikgu findi beritahu scrembler tidak boleh masuk. motor kecil-kecilan je yang dapat masuk. sekolah habis awal hari itu, murid-murid pulang ke rumah masing-masing selepas makan dengan perasaan girang tinggal cikgu baru ini dengan cikgu baru itu yang tengah teruja hendak pergi mandi sungai. hahahaaaa... lepas basuh baju, ajak beberapa murid yang sedang berkeliaran mandi sama.

sangat menseronokkan mandi sungai. walaupun air dia sejuk yang tidaklah sejuk sampai boleh dibandingkan dengan sejuknya air sirap limau dekat kedai makcik saodah tu tapi sejuk dia memang boleh tahanlah. sekejap je, budak-budak dah menggigil-gigil. cikgu-cikgu masih tidak menggigil-gigil sampai ke sudah. syampu ada sikit, terus panggil murid-murid perempuan dan buka salun secara jayanya. lepas sudah semuanya sebab yang lelaki pun sibuk hendak bersyampu juga barulah kami balik ke kuarters, sesungguh hati suruh budak-budak balik dan salin baju dahulu - sikat rambut - pakai bedak... sebab cikgu hendak tidur, jangan kacau cikgu. nanti petang baru boleh main bola, sekarang tengahari kasi cikgu rehat dulu. harrum... baju terus kering di badan, rambut mayang mengurai kering sebab baru lepas syampu ikat tanpa di sikat dan terus berkeliaran di sekitar kuarters, bising-bising. cikgu rasuah kraker sayuran pun tidak hendak pulang juga. berlagak hendak bawa encik DBK macam tahu bawak motor. beri reket suruh main diam-diam, diamlah sekejap lepas tu bising hendak pulang reket dengan alasan tengah panas tidak boleh main lagi walhal cikgu dah warning kalau tidak hendak main lagi letak aje reket kat depan rumah... kesudah cikgu tidak boleh tidur dan hanya berkeliaran dalam rumah tidak tahu hendak buat aktiviti apa.

petang-petang keluar dengar cerita encik zahar tentang tanah runtuh dan sempat gigibiru gambar dengan video yang beliau ambil sebagai kenang-kenangan dan juga nanti boleh tunjuk dekat keluarga di kampung. heh !

pagi tadi hujan turun secara lebatnya. oleh itu selepas solat subuh terus sambung tidur lagi. tapi tidak boleh sampai tengahari sebab mata tidak mahu lena sudah, jadi haruslah kena bangun. selepas sarapan dengan koko krunch sebenarnya bukan koko krunch pun tapi rupa paras beliau memang sama denagan bend alah itulah, rasa sangat bosan terus datang sekolah dan lepak makmal komputer serta bercita-cita untuk kemas kini blog yang semakin usang dan tidak produktif ini. sebenarnya hendak letak gambar tapi sebab internet super slow jadi setelah gagal berusaha aku terpaksa lupakan hasrat murni itu. gambar ada untuk tatapan sendiri sahaja. sesiapa yang terasa hendak tengok tanah runtuh dan projek mandi sungai itu nanti kemudian-kemudianlah bila keadaan mengizinkan. gaaaa...

sekarang perut sudah rasa lapar. rasa hendak mengemis makanan dengan kakak kantin, kalau tidak dapat nasi - dapat megi pun jadilah. bukannya malas memasak tapi dapur di rumah itu bagaikan hidup segan mati tidak mahu. alaaa... dapur coet itu dengan gas saiz botol baygon tu kena pandai-pandai berjimat cermat. itu stok untuk masak air buat sarapan sebelum pergi sekolah. kalau hendak masak nasi pun bukannya ada beras. jangan kata beras periuk pun tidak kelihatan bayangnya. hahahahaaa...

baiklah. sampai di sini dahulu... panggilan perut sedang mendera aku, kalau nasib mengemis baik boleh dapat nasi ni... kalau mengemis tidak baik kantin pun akan berkunci nanti. kena mintak kunci dan kalau tidak ada apa-apa di dapur itu terpaksalah menggunakan kepakaran memasak yang tidak seberapa ini untuk mengisi perut. lepas makan baru boleh fikir hendak beraktiviti apa untuk petang ini supaya tidak kebosanan yang melampau.

sekian.


No comments: