Jan 13, 2010

.di sini aku.

salam.

hari ini baru berkesempatan untuk menggunakan internet di makmal sekolah. sebab semua guru lelaki sudah keluar dari bukit ini - sama ada untuk menjenguk anak isteri, menghubungi isteri yang sedang mengandung, ada mesyuarat keesokkan harinya ataupun juga membeli barang-barang keperluan. selalunya mereka akan keluar pada hari rabu dan akan pulang ke sekolah pada keesokkan harinya. jadi hanya waktu ini yang ada untuk aku mentulis sesuatu di sini. hari lain bukan tidak boleh, boleh juga... namun aku super segan. kerana selalunya, makmal akan dipenuhi oleh mereka.

baiklah. yang tinggal kini hanya aku dan fida serta zul - pembantu tadbir sekolah kami dan juga idris - pengawal keselamatan. malam ini, aku akan tidur di asrama. selaku warden - sebenarnya aku tidak diwajibkan pun untuk tidur di asrama memandangkan tiada bilik khas disediakan untuk warden. lagi pula ini bukan betul-betul blok asrama macam asrama biasa. ini adalah asrama ubahsuai, yang diubah dan disuaikan daripada perpustakaan sekolah sebenarnya. ia hanyalah dua buah bilik yang dilengkapi dengan katil yang disambung memanjang dan lokar. aku akan tidur di katil tersebut bersama murid-murid - di hujung katil. selalunya aku tidur di asrama berselang hari. sebab selalunya cikgu amri selaku warden asrama lelaki akan sentiasa tidur di asrama. apabila enjin dibuka jam 0500hrs, aku akan kembali ke kuarters - cuaca waktu ini memang super sejuk sampai jalan pun menggigil-gigil dengan hanya berlampu suluh kecil. dan... untuk pengetahuan, kami akan bersiap dengan hanya dibantu oleh lampu suluh kerana enjin tidak dihidupkan pada waktu pagi di kuarters. enjin cuma dihidupkan padan jam 1900hrs hingga 2359hrs secara rasminya dan akan melanjut sampai ke jam 0200hrs jika ada perlawanan bola (sebab guru-guru lelaki di sini suka tengok bola, suka main bola di petang hari)

di sini, murid hanya ada 65 orang sahaja dengan 13 orang guru. pada hari pertama aku melapor diri di sini, hujan turun agak sederhana namun kasar juga rintiknya. kami hanya berdiri di koridor sebab guru-guru lain masih belum datang. sewaktu melewati kuarters guru lelaki sebelumnya, aku nampak cikgu izani masih berbaju t dan berseluar track. maklumlah, di sini sekolah bermula pada jam 0800hrs dan tamat pada jam 1400hrs pada hari isnin, selasa dan rabu manakala pada jam 1330hrs pada hari khamis dan 1030hrs pada hari jumaat. dalam hujan itu, aku nampak murid-murid berkumpul di bawah pokok besar. agaknya, berlindung dari hujan. hanya tidak lama kemudian baru mereka berjalan ke sekolah. ada yang berbaju biasa, ada yang tidak berkasut dan ada juga yang berselipar sahaja. macam terharu sangat bila tengok mereka melangkah masuk ke sekolah dalam hujan-hujan itu. di sini, setiap tahun hanya punya satu kelas. paling ramai dalam kelas ada 13 orang dan paling sedikit ada 6 orang. yaaa... mungkin antara kamu fikir sangat senang untuk ajar murid-murid yang sedikit namun bagi aku ianya bukanlah satu kerja senang.

aku mengajar matematik tahun dua dengan sukatan khas untuk kaum asli penan (KAP). kelas aku bermula jam 0800hrs hingga 1030hrs setiap hari. bukan mudah... aku ada 11 orang murid dan masing-masing dengan perangai masing-masing. malah ada yang tidak faham pun bahasa melayu. sebab itu, aku cuba-cuba juga belajar bahasa semai. sekarang sedikit-sedikit perkataan aku tahu maksudnya. nanti bila senang, aku hendak cerita setiap satu daripada murid-muridku. selain itu, aku ajar kemahiran hidup tahun 4, 5 dan 6. pening betul waktu mula-mula nak buat rph dan aku tidak tahu macamana hendak ajar sebab aku tidak pernah pun belajar kh di maktab, ada tidakpun masa di sekolah dululah... tapi aku belajar masa dah masuk tingkatan. sekolah rendah tahun dulu mana ada belajar kh lagi.

jumaat lepas adalah kali pertama kami keluar dari lemoi. keluar sahaja dari kuerters menuju ke sekolah (pada hari jumaat kami dibenarkan pakai bebas - siap untuk balik. maksudnya, pakai jeans, t dan kasut - guru lelaki semua pakai but phua chu kang okey... dan siap-siap bawa motor ke depan sekolah) - belum pun sampai seminit keluar daripada pagar kuarters aku yang di depan dan fida yang dibelakang secara serentak terbalik - jatuh dari motor. jsumpah sangat memalukan, manakan tidak... baru aje naik motor dah terbalik. tercampak buku rekod aku keluar daripada raga. habis kena selut... dah jadi kaler coklat dah. huhuhuuu... tapi kami cover malu dengan berkata bahawa itu sebagai latihan untuk jatuh kemudian. heheheheee...

selepas habis waktu sekolah. kami naik motor. kali ini perasaan berdebar lain macamlah. sebab kami dah tahu jalan yang akan dilalui, masa nak masuk hari tu main redah aje sebab memang tidak tahu jalan. masa di bukit batu, motor sangkut - aku turun daripada motor dan menolak motor yang masih dalan gear satu - sekali terpress minyak - encik DX melantun langgar batu. gear beliau dah jadi macam sesiku L. susah payah aku angkat (guru-guru lelaki lain masih belum keluar ketika ini, kami - aku dan fida serta zul dibenarkan keluar lebih awal sebab takut nanti kalau keluar sekali kami akan melambatkan mereka yang hendak bersolat jumaat) aku naik encik DX kembali, aku tendang gear sekuat hati supaya kembali ke posisi asal, nasib baik encik DX tidak melawan. masa tu fida sangkut di bukit batu, zul tolong tolak. kemudian zul yang jatuh. motor beliau patah cermin dan brek tangan... dah lepas bukit batu kami mendaki bukit merah. bukit kedua bahaya selepas bukit batu. kalau bukit batu penuh dengan batu-batu besar dan kecil yang tajam - bukit merah pula adalah bukit yang berselut merah. yang kalau sangakut kena susah payah mengayuh motor untuk melepaskan diri. disinilah encik DX memberontak, sampai setengah bukit encik DX semput dan mematikan diri. beliau merajuk sebab aku tendang tadi agaknyalah... jenuh aku start tapi beliau degil. sampai zul tolong pun beliau tidak mahu mengalah. sehingga akhirnya guru-guru lelaki lain sampai... encik DX jadi tumpuan secara tiba-tiba. mengada-ngada betul encik DX ni, menurut guru-guru lain, encik DX ni dah jadi macam motor wakaf. semua guru-guru yang baru masuk mesti merasa naik encik DX - cuma sampai ke tangan aku je beliau buat hal. huhuhuuuu... salah akukah ? jenuh encik DX dibaiki - namun beliau degil betul. sudahnya encik DX ditinggalkan di situ sahaja. dan aku mentumpang fida. tapi susah betul membonceng ni. bila sangkut aku kena tolak, macam nak pengsan aku tolak, tak bergerak pun... sampai cikgu-cikgu lain yang tolak baru boleh. setiap kali itulah, sama ada sangkut, jalan sukar - aku kena jalan. serius rasa macam nak pengsan. huhuhuuu... perjalanan keluar hari itu hanya memakan masa 2 jam 45 minit. hmmm... satu pembaharuan daripada masa nak masuk dulu sampai 4 jam tuuu...

cuti dua hari rasa sekejap je. sakit badan tidak hilang dan lebam-lebam kesan jatuh masih ada sudah kena masuk. memandangkan encik DX masih di hutan, aku mentumpangkan diriku menaiki hilux encik yunus yang hendak masuk hantar tukang masak baru dan juga barang-barang ke kantin asrama. ingat naik hilux senang rupanya lagi ngeri. dulu, aku selalu tengok di tv tentang pemanduan pacuan 4 roda di dalam hutan - kali ini aku sendiri yang rasa. hilux terangkat 3 tayar, hilux sangkut di dalam selut... huhuhu... aku lebih rela naik motor - biarlah berapa kali aku perlu jatuh sekalipun.

memandangkan motor merupakan satu keperluan, maka pakda dan ma sekarang sedang mengusahakan untuk membelikan sebuah untuk aku. kata pakda kalau motor boleh dapat dalam minggu ini - beliau akan datang hantar. akan bawa ma dan kak cik serta sepupu-sepupu aku sekali. wahhhh... bolehlah aku melepaskan kerinduan. poyo kan ? padahal baru dua minggu mentinggalkan rumah.

hmmm... sebenarnya, aku sudah ambil banyak gambar. nantilah, aku masih belum pindahkan lagi daripada henfon. balik minggu ini, aku akan pindahkan dan kalau ada masa aku akan muat naik ke blog beserta cerita setia satu daripadanya.

baiklah... ceritaku akan bersambung lagi...

No comments: