Jan 5, 2010

.penempatan.

assalamualaikum...

bagaimana aku harus mulakan ye... terlalu banyak yang aku ingin kongsi bersama sebenarnya. berada di sini membuat aku insaf akan nikmat yang telah ALLAH SWT berikan kepada aku selama ini.

baiklah... aku mulakan beginilah. pada pagi 29/12/2009, seseorang daripada PPD telah mentelefon kepada aku dan meminta aku mendaftarkan diri pada taklimat penempatan yang akan di adakan pada 02/01/2010 bertempat di bahagian teknologi pendidikan negeri, kuantan... namun yang menjadikan kehairanan yang sangat kepada aku adalah beliau tidak memberitahu daripada PPD manakan beliau sebenarnya. sementelah pula, rakan-rakan lain semua telah diberitahu oleh PPD masing-masing. lalu, berbekalkan tawakkal - pada pagi 01/01/2010 aku bertemankan ma dan adik kie serta ajam sebagai penunjuk jalan bergerak ke kuantan. pengetahuan aku tentang kuantan adalah sangat kosong sebenarnya. namun, kalau diikutkan hati aku tidak mahu pun menyusahkan ma untuk menghantar aku ke sana. aku boleh pergi sendiri. jikalaupun tersesat aku bisa mentanyakan orang. tapi, ma sangat risau. lalu aku tidak punya alasan lagi. aku siap bawa semua barang-barang - kononnya aku mungkin akan ditempatkan di daerah mana-mana yang mungkin tidak akan jauh sangat dari kuantan. namun, hati mula berbolak-balik. takkanlah aku je yang tidak tahu daerah aku akan ditempatkan. lalu, teori celik akal memainkan peranan. aku tergerak untuk mentelefon semula encik PPD tersebut memandangkan beliau mentelefon aku dengan menggunakan telefon bimbit pada waktu itu. aku mendesak beliau untuk memberitahu daripada daerah manakah beliau. beliau berkata dari cameron highlands... melonjak kegembiraan aku dan ma pada ketika itu walaupun akan lebih berpenat berpatah balik ke gua musang. (errr... apasal skema sangat ye ayat aku pada kali ini ye? agagagaaa...)

baiklah. pada hari taklimat pun ada masalah timbul juga. apabila nama aku tiada pun daerah ditepinya sedangkan nama kawan-lawan lain ada daerah masing-masing. aku mula cuak. entah-entah aku kena tipu tak? tapi... telah tersurat di loh mahfuz... sebaik menerima surat daripada pegawai PPD cameron highlands - tertera di situ SK L*M*I (JHEOA) TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS - aku singkatkan sahaja sebagai SKL ye... pedalaman paling dalam di daerah cameron highlands! aku bersama seorang lagi guru dari maktab perempuan melaka ditempatkan di sana. encik PPD bagaimanapun mengakui bahawa dia terpaksa menempatkan perempuan pada tahun ini memandangkan SKL akan membuka asrama perempuan. sebelum ini semua gurunya adalah lelaki hokayyyyyy !!! malas cerita panjang disini... cerita best akan bermula sebentar lagi.

seterusnya, pada pagi 03/01/2010 aku bertolak ke CH bersama pak da dan abe atan. berjumpa guru besar di kuarters SKTR. bercerita serba sedikit. aku mengesan jalur kerisauan di wajah pak da apabila diberitahu bahawa perjalanan dengan motor dengan trek yang berbukit-bukit, berselut, licin, berbatu... kalau beliau risau, aku empat juta kali risau daripada beliau. aku yang kena menempuh. alangkan naik motor di jalan biasa pun bengkang-bengkok - inikan pula di jalan begitu. tidak terbayang bagaimana hendak menghadap. gb kemudiannya mengaturkan kenderaan untuk kami. dua buah motor - satu honda cdi dan satu medenas kriss yang dipinjam daripada guru-guru lelaki yang mempunyai lebihan motor. motor-motor tersebut telah dilengkapi dengan tayar untuk trek sebegitu. haaa... sebelum ini, gb juga telah berusaha mencarikan kami rumah sewa di ringlet. mengikut kata beliau - memang setiap minggu mereka akan keluar.

kami memulakan perjalanan daripada shell ringlet kurang lebih jam 1430hrs. aku pun lupa dengan berapa biji motor. masa tu aku naik honda cdi tahun berapa entah sebab plat beliau pun DX... mula-mula macam kacis lagi. jalan tar, kemudian masuk jalan simen - tapi bukit dah semakin condong... aku dah cuak, tapi masih selamat. haaa... masa tu aku cuma bawak 4 helai baju kurung, 3 helai seluar trek, 3 helai baju T, baju panas memang pakai... tuala, kain sembahyang, selimut... kira yang penting-penting je. tapi, berat juga beg aku yang diikat di belakang motor secara kemasnya oleh pak da dan abe atan. di raga depan ada satu beg kain selimut yang agak tebal - sebab kat situ memang agak sejuk daripada biasa. kemudian jalan mula bertukar paras rupa. mula masuk ke tanah merah - selut - basah - licin... selut dia agak-agak hampir ke paras lutut la jugak. cabaran pertama bermula. jantung berdegup kencang bagai genderang mahu perang... ahah! tapi seriusss... mulut aku tidak henti-henti berdoa... surah-surah lazim yang aku hafal semua aku baca. lantaklah kalau cikgu-cikgu lain nampak mulut aku terkumat-kamit. sebab masa tu memang tidak fikir untuk mengkontrol cun pun - dah naik motor pun terkengkang-kengkang nak seimbangkan badan, dengan beg kat belakang lagi, kat depan lagi... sumpah buruk hokayyyy...

cabaran pertama lepas dalam susah payah, mati enjin sangkut dalam lumpur atas bukit motor terundur ke belakang... sampai gb yang tolong tolak. sekali lagi, aku pun lupa selain beliau cikgu mana lagi yang tolong aku. aku fikirkan itu adalah satu-satunya cabaran yang akan aku hadapi, namun aku silap beb... menurut mereka itu adalah cabaran paling enteng... aku cuak giler... ntah nasib baik kulit aku gelap tidaklah nampak sangat pucatnya. kami menteruskan perjalanan, mendaki bukit-bukit yang lebih mencabar. jalan adalah sangat licin, dalam hujan renyai itu kami mendaki bukit. bagi aku dan fida - susah dan payah yang teramat. walaupun begitu, cikgu-cikgu lain mentolong kami termasuk memberi panduan untuk menukar gear dan bagaimana untuk mendaki serta melepaskan motor daripada lumpur hampir separas lutut tersebut.

sampai satu bukit. jalan yang teramat licin dan lumpur yang teramat banyak... aku terpress minyak dalam kedudukan gear 1... motor melelong ke tepi, aku hilang kawalan dan terus terjunam daripada motor ke tepi - dalam semak. cikgu-cikgu lain menjerit dan melompat dari motor mereka dan berlari mendapatkan aku. rupa-rupanya, aku jatuh di tepi gaung. hanya semak tersebut yang menselamatkan aku daripada jatuh ke bawah. masa tu manalah aku tahu, aku boleh bangun gelak-gelak lagi sebab rasa kelakar sangat cara aku summersault itu. setelah diberitahu kemudiannya baru aku rasa berdebar giler... sedap je aku landing dalam semak tersebut dan gelak-gelak. iyalah gelak - sebab tidak sakit. cuba kalau sakit... gagagaga... cikgu-cikgu tolong angkat motor dan lepas tu depa bawak turun motor, aku jalan kaki dan tunggu di bawah. namun selepas itu aku kembali mempandu motor menteruskan perjalanan. jalan semakin sukar. sehingga kami menempuh bukit batu pula... bukit ini lagi mengerikan, kalau jatuh... wallahua'lam... batu beb... sumpah aku tidak terbayangkan kesukaran yang akan aku alami. ianya jauh lebih teruk daripada apa yang aku bayangkan sebenarnya...

kemudian... buat kali keduanya, aku jatuh lagi... kali ini tergolek ke depan juga. tangan menongkat badan di dalam lumpur... bertayammum bak kata guru besar. okay... buat pengetahuan... sk lemoi adalah sekolah yang paling sukar laluannya di semenanjung malaysia. akulah insan terpilih itu... dah jatuh tu, kali ketiga aku jatuh lagi... namun, aku tetap bangun. tidak mahu mengaku kalah. yang menyuntik semangat adalah apabila membayangkan bakal anak muridku... kaum asli semai... tiga kali jatuh... berkali-kali enjin mati di atas bukit sehingga mempaksa cikgu-cikgu lain mentolong aku dengan susah payah dalam hujan renyai hampir lebat - comot berlumpur - sehingga akhirnya aku tiba di SKL - nun jauh di dalam bukit di dalam hutan. cantik sk lemoi ni....

hmmm... aku akan update kemudian untuk bahagian sekolah, penginapan dan persekitaran yang nyaman di sini... beserta gambar-gambar sekali. sekarang dah hampir pukul 2300hrs. generator akan ditutup sebentar lagi... bermakna - kami akan bergelap sehingga malam esoknya...

doakan aku ye...



6 comments:

mie said...

uiihh...
seksa juga ek....
camna la agaknya kehidupan kat sn..
kesian...

Aini Faizi Jaslan said...

anda Hebatt..

Unknown said...

kak hanis....tak terkata....

memang anda hebat kak!

::alifdalmim:: said...

cikgu hanis,

sumpah saya tergelak terbahak2 baca entry ni..minda ni terfikir je mcmna keadaan masa tuh..

btw, u r such a very good n brave women! salute ar..teruskan dgn semangat kental itu..bagus, dah jatuh bangun semula..

ni lps 2 tahun ni boleh dpt APC ni.. ;p happy friendship..

Mr M said...

mencurik2 mengguna tenet di makmal kompiuta sekolah hehehe.. ada tenet tapi tidak kesempatan menhapdet ...nanti laa
wah sangat national geographic la akak... huhuhuhuhuh

see yaa again.. moga tabah!

Bungo Lale said...

salam semua...

mie.
nak masuk dan keluar memang super seksa. naik motor pun badan berpeluh-peluh penat sebab duk kayuh motor bila sangkut part selut ngan batu. dah masuk dalam ni memang heaven, sejuk ajo... susah tu ada la juga sebab belum biasa.

bintang.
makacihhh...

lynn.
makacih juga... huhuhuuuu... doakan akak.

alifdalmim.
happy friendship... banyak sangat yang nak dicerita ni, cuma masa je tak ada.

m.
hope to see you again juga...