Dec 27, 2009

.akan dimanakah?.

pagi-pagi tadi ma buat gempak. gue tengah sedap berselimut. almaklumlah... hujan turun renyai-renyai sesedap rasa untuk bangun sedikit lambat daripada biasa. gagagaaa... secara tiba-tiba ma kejut dan ajak pergi kl. hendak ziarah adik sambil ambil barang-barang gue yang masih bersisa di kl. lagi pula, adik berkemungkinan besar akan melanjutkan pelajaran beliau di melaka. dan kemungkinan besarnya juga - rumah di kl itu akan beliau tinggalkan pada pertengahan bulan januari nanti. sebagai seorang anak yang taat - lagipun gue sekarang mendapat tajaan sepenuhnya daripada ma iaitu bermula daripada bab makan-minum gue hinggalah juga makan-minum si piyu... jadi aku tidak punya alasan untuk menolak. walaupun sebenarnya aku memang malas amat untuk mempandu ke kl. duhhhhh...
jadinya, begitulah... tanpa di sangka dan tidak pula dirancang terlebih dahulu - maka sekarang gue berada di rumah pok su di kajang. dan hendak pula dijadikan cerita - pok su sudah pasang streamyx di rumah beliau. kalaulah gue tahu... memang gue angkut lappy usang gue sekali dah. namun, pok su dengan baik hatinya mempelawa aku menggunakan lappy beliau. dan aku pula dengan muka tidak malu bagaikan orang mengantuk disorongkan bantallah. hendak-hendak lagi tatkala mata melihat zasharul asraf sedang melayan facebook. gue gian secara tiba-tiba. almaklumlah... sudah lama benar rasanya aku tidak berfacebook - semenjak ipoh ku tinggalkan dengan sedih dan pilu di hati tersebut ( hah... gagagagaaa...) kesempatan yang ada ini, maka aku mempergunakan dengan sebaik-baiknya. apa lagi... terus memfacebook dan memblogkan diri secara sewenang-wenangnyalah...
isu hangat sekarang... posting a.k.a penempatan. baiklah... aku sudah telefon JPN PAHANG (sebab aku mintak pahang, takkanlah pula aku hendak mentelefon JPN SARAWAK kan?) dan telah dimaklumkan bahawa aku dapat pahang. bukanlah sesuatu yang menkejutkan bukan ? melainkan kalaulah kamu mintak pahang dan secara tiba-tiba kamu dapat pulau pinang ke, johor ke ataupun... paling-paling sarawak ke, ha... itu barulah namanya surprise!!! a.k.a terkejut!!! rata-rata rakan sekelas aku iaitu kpli jan 2009/pengajian melayu 1 memang dapat tempat pilihan. cumanya yang masih mentunggu dalam debar yang tidak sudah semestinyalah kakok... hanya dia wirawati kami, yang dengan gagah dan beraninya meminta untuk ditempatkan di sarawak dan mengakui akan kecewa secara banyak jikalaulah beliau tidak ditempatkan di sarawak. bagus!!! kakok... semangatmu ku pujilah... eheheheee... rakan-rakan di kelas lain, ada yang dapat di tempat bukan pilihan. aku kira bukanlah masalah besar sekiranya mereka itu terdiri daripada seorang yang bujang - namun, besarlah masalahnya jikalau mereka itu sudah bersuami atau beristeri dan beranak pinak pula. huh... mau kena buat rombakan kabinet rumahtangga secara besar-besaranlah kan ? kesian... aku tumpang kesian dekat wa. wa kelas bahasa inggeris 2 tu, alah... yang naik viva kaler biru tu, alah... yang jual tudung harga boleh runding tu laaaa... (cehhh... macamlah semua yang baca blog ni belajar di ipg ipoh kan ? muaahaahahaa...) wa, suaminya di perak, rumahtangganya di perak juga... beliau ada icha yang comel. lalu akan bagaimanakah perjalanan rumahtangga mereka? akan pjj seperi si setiakah ? kesianlah... itu yang aku tahu. mungkin ramai lagi yang senasib dengan wa. yang aku tidak tahu... apapun, aku doakan yang terbaik buat mereka.
sebab apa aku pilih pahang ? sebetulnya... masa isi borang penempatan hari tu. aku buntu. mana negeri aku nak letak ni ? dah macam-macam pulak cerita yang aku dengar kalau letak negeri tanah tumpahnya darahku... hendak tidak hendak, aku tidak letak kelantan. aku letak pahang. kalaulah aku tahu, aku bisa mendapatkan negeri yang diminta... sudah semestinyalah aku akan mempilih kelantan. ya... secara tidak syak lagi. saya yakin betul, saya kunci negeri ini. eheeheee... pahang ? cehhh... konon dulu alasan - pahang dekat sikit dengan kelantan. senang nak melawat ma. lalu... kalau kena hantar ke kuantan, dekatkah ? huhuhuhuu... singkat betul pemikiran aku masa tu kan ? satu je aku harap... errr... bukan satulah, dua kot... emmm, errr banyaklah yang aku harap sebenarnya ni... satunya, aku mahukan kawasan di mana aku ditempatkan nanti ada bangunan-bangunan sejarah - lama - buruk - antik - kolonial macam dekat perak tu. dua - mintaknya adalah line telefon. tiga - mintaknya adalah line broadband. err... tak adalah tinggi mana dan sesusah manapun permintaan aku ni kan ?
dalam pada itu. aku bersyukur juga... sebab selain daripada dapat negeri yang aku minta keputusan pelajaran aku di ipg ipoh itu juga aku kira amat memberangsangkan. tidaklah termimpi untuk aku mendapat cemerlang. masa khaidir minta nombor kad pengenalan untuk semak keputusan aku main bagi je. sms beliau aku baca sepintas lalu. aku ingatkan keputusan penempatan. cehhh... kalaulah aku baca sms khaidir secara sebetul-betulnya, aku tidaklah akan dengan sewenang-wenangnya mengizinkan beliau menlihat keputusan aku. nasib juga cemerlang, walaupun pointer aku kureng sikit daripada beliau. ahhh... jadilah, dan bersyukurlah wahai hanisah... dengan kamu yang suka study di minit-minit terakhir, dengan kamu yang membuat esaimen secara sambil lewa, dengan kamu yang mengambil mudah akan semua perkara - 3.52 sudah cukup bagus untuk kamu. yaaaa... walaupun sudah di hujung-hujung kecemerlangan aku bersyukur amat. tahniah untuk diri sendiri.
baiklah. walaupun begitu... dalam debar dan tidak sabar, aku ternanti-nanti ni... akan dimanakah aku nanti ? di sekolah kebangsaan mana ? banyak betul persoalan yang bermain di minda. yang masih belum terungkai sehingga tibanya hari tu. cehhh... rasanya sudah lama benar tidak bermain-main dengan bahasa. gagagagaaa... secara serius, ianya memang betul. jika difikir-fikirkan - akan menghantar gundah ke hati. dengan poket kosong... bukan sahaja makan-minum aku yang perlu dijaga, makan-minum piyu juga. nanti hendak tidur di mana ? akan berbumbungkan langit, berbantalkan gunung, bertilamkan rumput dan berselimutkan anginkah aku ? hmmm... sebenarnya, aku selalu mempamer muka yang aku tidak kisah akan semua itu. hakikatnya... hanya tuhan sahaja yang tahu. haihhh... hari semakin hampir. dengar-dengar akan ada taklimat sebelum kena pergi sekolah yang ditetapkan. bila telefon... kata tunggu surat. bila tanya surat sudah hantar atau belum, dengan mudah jawab belum. lalu... kalau secara tiba-tiba tahu hanya di saat-saat terakhir, macamana ? hendak-hendak lagi kalau tempat itu aku tidak tahu ? macamana ? sebagai seorang yang sendiri... aku nanti akan sendirian lagi mendaftar. sama macam gaya aku masuk ke ipg ipoh awal tahun ini juga. dengan pengetahun yang zero tentang ipoh dan hanya berbekalkan sekeping peta yang dicetak melalui lawan web ipip - aku redah je. tapi kali ni... ??? hmmm, entahlah...
apapun... tunggu sahaja pengembaraan saya nanti. agagagaaa...

1 comment:

lynn-the gudigudigurl said...

lamer betul menyepi kak!
hee dah tau posting eh. wahh teruja nya.
good luck. rindu pada tulisan akak yang suka buat sy tersenyum bila baca. nak2 kalo penggunaan imbuhan itu. haha. jangan ajar kat sekolah!ehehe

harap2 dapat line broadband. boleh blogging =)