Dec 21, 2009

.ini cerita saya... setelah sekian lama.



cuti... apa sahaja yang aku lakukan selain bermain game di lappy dan mentengok tv secara bermaharajalela. memang sangat tidak produktif! tapi, apakan daya... apalah yang mampu aku lakukan melainkan dua perkara tersebut. heh... ayat rasa macam orang dah putus harapan sahaja. gagagaaa...

baiklah. sangat merindu untuk menkemaskinikan blog ini. sangat lama tidak mentulis sesuatu di sini. apakan daya saya... di kampung saya yang namanya internet ini memang tidak wujud. (baiklah... rasanya setiap kali bercuti, ayat tersebut mesti ada di entry menjelang cuti saya... heh!) tidak kiralah kamu bawa secanggih manapun brodband, JANGAN HARAP. line telefon pun bagaikan hidup segan mati tidak mahu sahaja. yang ada cumalah line maxis... itupun henfon kena sangkut di dinding. heh... sebab itulah, setelah sekian lama... dalam malas-malas itu, saya mempandu piyu ke bandar gua musang yang terletak kira-kira 20km dari kampung saya. hah... cerita pasal piyu... hari khamis lepas beliau buat hal. secara tiba-tiba di tengah-tengah bandar lama gm. berasap. gelabah gue... nasib baik sepupu aku beri nombor telefon bengkel. encik pomen beritahu radiator motor a.k.a motor fan yang rosak. apa kebenda tu ? manalah aku tahu rupa parasnya benda alah itu. piyu masuk bengkel... yang piyu pulak, kalau kat bandar gm ni memang susah betul hendak cari sparepart beliau. hendak kena order-order dulu... cehhhh laaa. mentensen betul gue rasa masa itu. sudahlah hari hujan turun tidak henti-henti sepanjang hari. nasib baik juga abah pok nor kebetulan berada di bandar gm. beliaulah yang mentumpangkan aku balik. piyu bermalam di bengkel. hari sabtu lepas baru keluar. secara tidak rela, saya yang sedia tidak berduit ini semakin tidak berduit. belanja baik pulih piyu adalah sebanyak rm260 tunai. uhuhuuuu...

habis cerita piyu. saya hendak cerita pasal kampung saya pula. secara fizikalnya tiada apa yang berubah. cuma sejak akhir-akhir ini kes kecurian getah sekerap semakin berleluasa. boleh dikatakan saban hari adalah yang mengadu kehilangan. bukan seorang malah kadang-kadang empat orang dalam satu hari. ma sudah banyak kali kena. baru-baru ini pun datang jiran bersembang di rumah dan mengadu. katanya, walaupun sedar getah sekerapnya telah dicuri - dia tetap mengutip saki baki yang telah ditinggalkan pencuri durjana tersebut dengan esak tangis sedih. manakan tidak sedih... berpenat lelah menoreh getah (tambahan pula semakin hampir dengan waktu buka sekolah, banyak duit hendak diguna buat beli segala macam peralatan sekolah anak-anak) , pencuri pula sedap-sedap pergi curi dan jual. ehhh... harga getah sekarang memang mahal tau, di bandar gm harganya rm4.70 sekilo. kalau satu guni tu dah berapa ratus dia dapat free free sahaja. menyedari itu, satu gerakan telah dilancarkan. cehhh... rasa macam buat ayat berita sahajalah. hahahaaaaa... oke, sejak itu... penduduk kampung mengambil langkah berjaga-jaga. mereka buat rondaan setiap malam di kebun-kebun getah. namun, sangat licik pencuri tersebut... sampai ke hari ini, masih tiada tangkapan berjaya dilakukan. gue tidak dapat membayangkan... apakah yang bakal terjadi kepada pencuri tersebut sekiranya tertangkap ? dendam kesumat penduduk kampung bukan sedikit... gue pun hendak tumpang juga jikalau tertumpasnya pencuri tersebut. tumpang apa? tumpang tengok sahajalah...

aku masih tidak tahu penempatan di mana. banyak betul khabar angin. sekejap 17hb - sekejap 20hb - sekejap 21hb... tapi, tidak juga ada. laman web kpm tu... dah berapa banyak kali aku buat lawatan. tidak juga ada. ini ibaratkan menunggu buah yang tidak gugur sahaja. entah bilalah baru boleh tahu penempatan tersebut. bukan apa, kalau tahu awal-awal begini, senanglah hendak merancang. duit pun kena cari juga untuk belanja. buatnya kena jauh... tidakkah menggelupur kalau hanya di minit-minit terakhir baru tahu. ma pun sudah tumpang susah-susah hati untuk aku, malah kadang-kala beliau lagi susah hati daripada aku. haihhh...

temuduga spp? ALHAMDULILLAH, berjalan lancar... walaupun tidak seperti yang saya jangkakan. nasib baik juga aku dapat encik penemuduga yang kacis. soalan untuk aku? sebagai orang kedua yang masuk ke bilik temuduga adalah KBSR. huhuhuuu... aku memang satu apa pun tidak baca pasal ini. aku baca pasal lain... tapi, sehabis daya juga aku cuba untuk menkerah minda dan menjawab secara logik. encik penemuduga senyum-senyum. dalam hati beliau mesti kata...'ceh, kelentong betul budak ni...' hahahahaha!!! apapun, syukur sebab semuanya sudah berlalu. hmmm... perpisahan dengan kawan-kawan adalah tidak seperti yang aku harapkan. tidak sempat untuk meminta maaf kepada semua. ralat juga sebab ada beberapa individu yang aku hendak jumpa tidak dapat aku laksanakan. semua macam secara tiba-tiba sahaja hilang. aku rasa aku antara individu terakhir yang mentinggalkan ipoh. sedih secara tiba-tiba.

namun, dalam sedih-sedih itu sempat juga aku mensinggah jumpa ajis di cameron highland. ini janji lama yang baru aku hendak tunaikan. sempatlah pergi rumah ajis yang terletak nun di atas bukit di kampung raja. gile sejuk okay... aku turun ke gm dengan bonet piyu penuh berisi segala macam sayur. ajis la... beria ajak aku pergi petik sayur di sekeliling rumah beliau. aku ingat sayur sikit-sikit sahaja, namun sudahnya sayur yang diberi macam cukup kalau nak buat majlis makan-makan dah. mak ajis macam biasalah, suruh tidur di sana. tapi, sebab dah janji dengan ma hendak balik hari itu, jadi tidak boleh. aku janji dengan mak ajis... lainkali aku pergi tidur sana. sebab ajis pun sudah janji hendak bawa aku pergi ambil bunga secara banyak. lagi pula ajis sudah janji hendak main bass dia dengan lagu seize the day - avenged sevenfold. wahhh... mesti pergiiii. errr... ajis tu siapa? aku rasa aku macam pernah cakap di sini... ajis itu, seorang remaja berumur 19 tahun yang sudah aku anggap seperti adik. biasalah... aku kan suka kalau dapat adik banyak-banyak sebab adik kandung aku ada dua je. lepas tu adik lelaki aku pun dah kahwin dah. aku tidak ada kakak atau abang sebab aku anak sulung. keluarga aku kecik sahaja. jadi kalau ada peluang mengerat tali silaturrahim memang aku tidak tolak punya. heh...

baiklah... lama sudah aku di sini. aku hendak undur diri dahulu. jika ada rezeki, aku bertamu lagi di sini.

No comments: