Nov 22, 2009

.sayang atau benci?.


bukan sekali. bahkan berkali-kali.
hati saya menangis.
hanya tuhan yang tahu.
saya selalu simpan sendiri-sendiri.
atau paling-paling, saya menjerit di sini.
saya punya sukalah. ini blog saya.
ini pun sudah macam terapi bagi saya.
bila saya tulis. saya rasa lega.
kalaupun tidak lama, sekurang-kurangnya untuk sementara.
tidak mengapalah.

berilah saya pilihan. sayang atau benci.
saya yakin... saya hendak pilih benci.
saya rasa, saya lebih tertanggungkan perasaan benci daripada perasaan sayang.
bila saya sayang... sedikit-sedikit, ia akan memakan diri saya.

sumpah.
saya benci berperasaan sebegini.
saya tahu. ianya tidak akan bawa saya kemana.
kecuali ke satu daerah sepi-sunyi-gelap-pekat.
didalamnya hanya penuh terisikan dengan hasutan-hasutan syaitan laknatullah.
masyaALLAH... jauhkan saya.

saya mahu segera pergi dari sini.
saya mahu tinggal segalanya di sini.
segala resah-rusuh-rawan saya.
saya mahu kebumikan ia di sini.
dan saya mahu kuncikan hati saya rapat-rapat. kepada benda-benda remeh sebegini.
jangan pedulikan saya.
saya memang begini.

kenapa saya mahu pilih benci?
ini pengalaman saya sendiri.
telah berkali-kali.
bodohlah saya jika saya tidak pernah boleh belajar daripadanya.
bila saya sayang.
saya hanya sayang sendiri.
kamu tidak akan sedar pun betapa saya sayang kamu.
malah kamu pijak-pijak hati saya.
cebisan-cebisannya... saya kutip, dan cantumkan kembali.
kamu datang dan pijak lagi.
saya bodoh... sebab saya tidak pernah menjarakkan diri saya dengan kamu.
saya tidak akan salahkan kamu.
mungkin saya ini tidak layak untuk kamu sayangi.

banyak yang saya simpan dalam hati.
saya telan sendiri-sendiri.
setiap kali saya lihat kamu.
ketawa-ketawa. bergurau-senda.
dengan kawan saya sendiri.
saya jadi kecewa.
bukan saya tidak mahu kamu ketawa-ketawa. bergurau senda dengan kawan saya itu.
tapi, mungkin kamu tidak sedar. kamu telah buat saya rasa tidak berharga.
bukan saya cemburu melulu.
tapi, bila ada dia. saya bagaikan halimunan di mata kamu.
saya sedih sangat. sedih sangat-sangat.
saya tahu... indah bukan milik saya.
tapi, saya juga punya hati.
lalu itu, buat saya cenderung untuk menangis di dalam hati.
tapi pernah juga saya menangis betul-betul. sendiri-sendiri.

kemudian. saya nampak kamu dengan dia.
dia yang mungkin hadir lebih awal daripada saya.
bila ada dia ini pun, saya juga jadi halimunan di mata kamu.
lalu saya jadi sakit hati. sendiri-sendiri lagi.
saya pura-pura tidak nampak kamu dengan dia.
saya hendak mengelak juga daripada bertembung dengan kamu dan dia.
dia bagaikan tidak suka saya.
bagaikan saya secara tiba-tiba ada di tengah-tengah antara kamu berdua.
saya sedar. bila setiapkali saya cuba bercakap dengan dia.
dia bagaikan hendak tidak hendak sahaja.
atau saya sahaja rasa begitu?
entahlah...
hati saya penuh dengan perasaan yang saya tidak suka.

saya didatangi mereka.
menghidangkan spekulasi yang tidak sudah antara kamu dan dia.
saya bela kamu.
mereka juga menyakitkan hati saya.
berkata bagaikan saya ini tidak ada maruah.
menyuruh saya berlawan untuk merebut kamu.
saya jadi marah. marah sendiri-sendiri.
mereka ingat saya ini apa?
saya ada maruah saya.
dan mereka ingat saya anggap kamu siapa?

saya tidak akan pergi kepada kamu, jika kamu tidak mahu.
saya bukannya orang yang tidak reti bahasa.
saya tahu siapa saya.
saya sedar diri saya.

kadang-kadang saya fikir.
alangkah bagusnya jika saya tidak kenal kamu.
saya tidak salahkan kamu.
kerana saya yang tidak tahu malu.
saya yang memulakannya.
tapi, jika saya tahu ianya akan menyakitkan hati saya nanti.
sumpah... saya tidak akan cari kamu.

rasa ini memang sakit sekali.
saya rasa saya tidak berguna.
saya ini bukan siapa-siapa pada kamu.
saya langsung tidak penting kepada kamu.
saya ada atau tidak bukan masalah bagi kamu.
namun... kamu adalah orang yang penting bagi saya.
saya telah sayang pada kamu.
sayang saya jangan disalah tafsir.
saya sayang kamu bagaikan saudara sendiri.

mungkin saya patut lebih menghargai perasaan saya sendiri.
saya harap. saya tidak akan bersedih hati lagi.
saya harap saya tidak akan ada perasaan sebegini lagi.

***mode: derita merindu - ahli fikir***

1 comment:

zabidi said...

maaf jika ku telah melukakan...
sesungguhnya kita sebagai manusia sentiasa melakukan kesilapan....

moga allah temukan jodoh buat mu yang lebih sempurna,amin.........