Nov 15, 2009

.aku akan pulang, tanpa dendam.



rasanya sudah sekian lama hamba tidak menjejakkan kaki ke sini. rasanya sudah rindu benar hamba untuk meluah rasa di sini. namun, apakan daya hamba... line celcom sangatlah tidak kacis kebelakangan ini sehinggakan hamba tidak langsung berselera untuk berlama di sini. namun, kali ini... rindu hamba seakan tidak tertahan lagi. lalu, hamba gagahkan diri, tabahkan hati... sungguh, berhadapan dengan line celcom ini memperlukan kesabaran yang tinggi... (amacam intro? ada rasa hendak terjun bangunan?... gagagaaa...)

sekarang musim peperiksaan sudah berlalu. aku sedang berhadapan dengan musim kissm di samping musim durian dan juga musim rambutan. mensebut musim rambutan dan durian ini, kak liza dan kak emi mengajak aku ke kampung mereka untuk berjimba di ladang buah-buahan sambil menikmati durian dan rambutan secara terus daripada pokok. sekali fikir memang super kaciskova laaa kan ? fikir sekali lagi... hmmm, elaun masih tidak dapat-dapat... hendak berjimba pun tidak ada semangatlah. tsk... tsk... tsk... (menangis dengan sayu sekali) baiklah... nampaknya sudah jauh benar perginya daripada musim kissm yang hendak diceritakan itu kepada musim durian dan rambutan pula perginya. kita kembali kepada topik asal ye... kissm itu______________________________ (sila isikan tempat kosong dengan jawapan sesuka hati dan perasaan anda) - kalau kena pensyarah yang bijak mempancing ketawa dan ada unsur-unsur kecindan di dalam topik yang disampaikan, barulah rasa ada semangat. kalau yang sekadar membaca di skrin - yaaaa... itu yang sangat membuhsankan. walaupun begitu, saya akan tetap berpura-pura untuk mentumpukan perhatian. supaya encik atau puan pensyarah tidaklah terlalu makan hati. (walaupun kadangkala saya berbual juga...)

ingatkan juga, bila sudah habis peperiksaan... makanya sebarang unsur-unsur yang berkaitan dengan esaimen ini juga akan tiada. namun... sangkaan itu tidak tepat sama sekali kerana, kami telah dihidangkan dengan empat tugasan yang perlu disiapkan termasuk dengan dua esaimen kumpulan. sangat tidak kacis... baiklah. lupakan ini. sangat tidak enak membicarakan tentang ini sekarang.

sangat tidak sabar untuk bercuti. bercutikah? entahlah... tidak tahu akan berapa lama buleh rehat-rehat di rumah sambil mengasuh qaisara yang menurut uminya sudah bisa berjalan dengan kelajuan yang sederhana. wahhh... sangat tidak sabar untuk mempeluk beliau! kalau ini cuti yang agak lama, aku sudah awal-awal lagi chop dengan umi qaisara - aku mahu kerja dengan beliau. berjualan ikan di pasar. untuk mendapatkan sedikit sebanyak duit poket. cehhh... padahal, ma awal-awal dah keluarkan ayat penyata...'tahu ke jenis-jenis ikan tu? kejap lagi orang nak beli ikan kembong, kak pergi bagi ikan selar...' huhuhuuu... baiklah, aku tahu aku sangat lemah dalam menkenali jenis-jenis ikan. tapi, saya yakin betul... saya akan belajar!
(-_-")

posting dimanakah? hmmm... masih ada tanda tanya yang besar. namun, mengikut kuiz yang aku buat di fesbuk - tempat posting aku adalah di sri aman, sarawak. gagagagaaa... super kacislah. tidak terbayangkan dimanakah akan tercampaknya seorang aku ini. walaupun begitu... saya redha, dimana-mana sahaja pun tidak mengapa... janji saya bisa mentabur bakti untuk anak-anak bangsa. (rasa sangat bangga kepada diri sendiri kerana berjaya mentuturkan ayat seperti ini. yang lahir dari hati.) ada juga rasa tidak sabar untuk mentinggalkan ipoh, untuk menjejak ke satu lagi fasa baru dalam kehidupan. satu pengalaman yang sangat dinanti. memang kaciskov sungguh laaa...

baiklah. masanya untuk hamba mengundur diri. rasanya sudah agak lama hamba di sini. hamba tidak dapat berlama lebih lagi kerana masih ada yang perlu hamba selesaikan. tanah seberang akan hamba jajah! biarpun berdarah, hamba tidak akan mengalah... pantang undur anak melayu, tidak akan sekali-kali terkulai layu. kapalterbang, hamba mohon untuk mentinggalkan tuan hamba. insyaALLAH... jika ada keizinan, hamba akan bertamu lagi di sini. hamba tidak boleh berlengah lagi... hamba pergi dulu. gagagagaaaa...


1 comment:

Unknown said...

ouh buat juga kuiz tu
pon dapat sri aman.

bertemu di sana ya kak
(tulis tak rela)