Nov 3, 2009

.hari kejadian.


hari ini memang merupakan hari yang di nanti. hari yang dimaksudkan adalah hari pertama daripada tiga hari peperiksaan. semalam, aku mempasang niat untuk bangun pada jam 0300hrs sebab sudah tidur seawal jam 2300hrs lagi. tapi begitulah, bila seronok tidur... berulit dengan bobob - jam penggera berbunyi pun masih sengaja melengah-lengahkan waktu. akhir sekali bangun hanya pada jam 0500hrs. terlebih dua jam daripada waktu jangkaan. haihhh...

sampai di maktab awal pagi seperti biasa. hendak bersarapan pun seakan tidak lalu. jadi, hanya membeli segelas air milo ais. minum sedikit sahaja. kiri kanan depan belakang... orang lain semua sibuk belek buku, atau paling kurang berbincang sesama sendiri. gue tidak betah suasana seperti itu. lalu hanya duduk diam-diam. gagagagaaa...

jam 0800hrs - kami naik ke bilik kelas yang telah dijadikan dewan peperiksaan. mencari tempat duduk dengan berpandukan pelan yang telah disediakan. setelah dapat mengagak kedudukan, aku pun mengorak langkah dengan tidak yakin ke lokasi yang telah ditetapkan.

seterusnya, gue jumpa si bintang. duduk secara comel dan mensedihkan di pintu yang didakwa agak berhampiran dengan tempat duduk beliau nanti. tengok... beliau sedang sedaya upaya dan gigih membelek nota.

kemudian, aku hasut beliau... 'sudah-sudahlah tu...' dan mengeluarkan ayat-ayat yang sewaktu dengannya dengan harapan si bintang berhenti berpura-pura tekun membaca notanya. bila aku cakap nak ambil gambar masuk dalam blog - si bintang setuju secara laju tanpa berfikir beberapa kali lagi dah. ini pose si bintang yang malu-malu. tengok... comelkan beliau duduk. begitulah kedudukan beliau saat aku ternampak beliau tadi.

selepas mendapat keyakinan setelah dimotivasikan oleh KU beliau iaitu encik budi beliau pun pose dengan secara yakin dan menyeluruh. kata encik budi... strategi yang akan diguna pakai semasa menjawab peperiksaan nanti adalah strategi lompat katak. di mana, kapten akan berada di belakang pasukan dan membiarkan segala prebet-prebet mati dalam perjuangan di hadapan. aku syak... kapten yang beliau maksudkan itu adalah diri beliau. bila aku bertanyakan di manakah akan diletakkan pasukan senjata bantuan, dengan yakin encik budi mengatakan bahawa pasukan senjata bantuan akan diletakkan di bahagian paling belakang. cehhh... dah tu nanti bila pasukan senjata bantuan bertindak - maka akan terkorbanlah segala askar-askar lain encik budi oiii.

selepas itu, kami semua memasuki dewan peperiksaan dan menjawab dengan jayanya. hmmm... macam tidak ada motif sahaja entry kali ini. tapi sengaja juga mahu menterbitkannya supaya sesiapa sahaja yang melalui kawasan ini tahu bahawa aku sedang menghadapi peperiksaan. percayalah... setelah hampir 6 tahun mentinggalkan bidang akademik secara rasminya maka otak sudah sangat berkarat dan agak sukar untuk mempaksa beliau menterima input-input yang cuba aku asak untuk menghuninya. mata cenderung untuk merasa berpasir dan merayu-rayu untuk dipejamkan sebaik sahaja aku mula membelek nota. tapi, kalau mengadap fb... dia layankan sahaja - malah dipaksa-paksa juga aku untuk bertahan.

baiklah. esok ada peperiksaan kertas pengajian melayu 1. harap semuanya berjalan dengan lancar dan aman.

6 comments:

kudakertas said...

ooo..sdg berfinal exam ka??semoga bjya..jgn smpi cedera mjwp xm..

Aini Faizi Jaslan said...

owhhh... gambar aku kah itu yang dok mencangkong???huhuhu.. terasa gerun dengan peper Ip yang memerlukan pikiran ini berpikir keras untuk menggoreng dan tangan ini bekerja lama untuk menulis.. lengohhhhh sehhh..

kapal, amat KACCISS anda mengedit gambar.. bolehla kiranya saya send hatta sekeping 2 gambar untuk diedit..

Aini Faizi Jaslan said...

seperti gambar edited redup yang dijadikan wallpaper itu..

kaciss, kaciss..

mungkin juga KaPal perlu apply PSV pada mulanya untuk kpli ini...

Bungo Lale said...
This comment has been removed by the author.
Bungo Lale said...

kuda.

exam sudah tamat. sudah buleh berjimba secara banyak. gagagaaa...

bintang.

nak edit gambar ? bisa ajaaaa... jangan kata sekeping dua - berkeping-keping pun buleh. PSV ? errr... mungkin kerana aku lebih mencintai bahasa. heheheee...

Aini Faizi Jaslan said...

yer.. aku tau kamu mencintai bahasa.. melihat struktur ayat kamu saja aku sudah tahu..