Oct 26, 2009

.rindu secara banyak.

gambar sekadar hiasan. tiada sebarang kaitan dengan ini entry. ini gambar kami berdarmawisata di gunung lang pada hari sabtu lepas. di dalam gambar: mar a.k.a adik, kak liza dan kakok. gambar aku? hmmm... sebagai seorang bekas wartawan foto cabuk kerja aku memang jadi tukang tangkap gambar sahaja daripada dahulu sehingga sekarang. tsk... tsk... tsk...

kehidupan di ipg ipoh sudah hampir sampai kemuncaknya. minggu hadapan kami akan menduduki peperiksaan. dengar nama peperiksaan pun sudah bisa menkucar-kacirkan perasaan - apatah lagi untuk mengharunginya. haihhhh... entahlah. memanglah pensyarah sudah beri macam-macam tips. soalan-soalan tahun-tahun sudah juga turut diulangkaji bersama. soalan-soalan ramalan juga... sampai satu tahap, saat sedang membuat soalan-soalan tersebut terfikir begini...'kalau soalan ni tak keluar, aku yang keluar...' gagagaaa... giler loser rasanya mensebut ayat begini kepada diri sendiri.

baiklah. malas rasanya hendak mentulis benda-benda berunsur ilmiah seperti yang tersebut di atas. ianya hanya akan membawa hati ke satu tempat yang kucar-kacir, haru-biru, resah-rusuh dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya sahaja. tidak kacislah berperasaan sedemikian di saat-saat begini. namun, soal perasaan bukanlah buleh ditolak sewenang-wenangnya. begitu jugalah dengan soal hati dan perasaan. ehhh... tetiba je kan? namun. dalam pada perasaan kucar-kacir itu pun, jiwa masih cenderung untuk berjimba dan berdarmawisata sahaja. dan cenderung untuk tidur tidak kira waktu juga. unsur-unsur keinsafan pun lalu tenggelam secara begitu sahaja. gagagaaa...

sebenarnya. bila sudah tiada kelas ni, perasaan adalah super buhsan juga. apa je aktiviti yang buleh dibuat di rumah? bangun pagi... (pun bukanlah pagi sangat). ehhh... walaupun tidaklah pagi sangat, akan tetapi saya sudah solat subuh terlebih dahulu sebelum mensambung tidur. ayat penyata ini penting ye kawan-kawan supaya nanti tidak ada yang bertanya...'akak sembahyang ke?' - soalan membunuh ni, tambah pula diajukan dengan intonasi yang ala-ala membunuh juga sepertinya aku ini tidak pernah bersolat... gagagaaa... oke, sambung balik... lepas bangun yang tidak berapa nak pagi sangat tersebut, bikin sarapan yang seadanya sahaja bak kata pepatah 'kais pagi makan pagi kais petang makan petang' yang kadang-kadang hanya berupa segelas milo segera sahaja atau paling-paling tidak pun berteman dengan biskut tiger. lepas sarapan, buat-buat buka buku supaya teman serumah tidak nampak sangat tahap keloseran aku yang pemalas nak membaca tersebut. kemudian, kacau-kacau kak liza yang sedang mengulangkaji dengan pelbagai gaya di dalam bilik beliau. kemudian mengadap tv yang seolah-olah hidup segan mati tak mahu tersebut. menghampiri kemuncak kehidupan di lv ini, tv seolah-olah bersedih juga. secara tiba-tiba sahaja keluar satu garis di tengah-tengah skrin yang membuatkan wajah-wajah menjadi herot dan juga badan seolah-olah orang kerdil pula. walaupun begitu, aku sabar juga. semua cerita pun buleh layan kecuali cerita lalola versi bahasa melayu tersebut. sumpah mensampah betul. memang dari dulu sampai sekarang aku tidak pernah berkenan akan drama-drama daripada jenis ini. makan tengahari pun, tyah dengan mar yang tolong belikan. malas betul hendak mencemar duli dan keluar semata-mata untuk membeli makan. lepas makan sambung lagi tengok tv. lappy pun depan tv sahaja. kadang-kadang kalau line kacis buleh la layan game kat fb. kalau tidak, layan ajo farm frenzy. buku? ada... kat sebelah. sebagai penyuntik semangat. gagagaaaa... masuk 1630hrs. semua menonggok depan tv - tengok sumpah bunian. memang acara wajib setiap petang isnin - khamis. tapi, bila malam - memang wajib keluar. keluar makan sahaja. bukan keluar berjimba pun. bila balik, barulah hendak kalut-kalut baca buku. tapi, selalunya saja buat kalut-kalut. supaya nampak ada ciri-ciri ke arah kejayaan. heh... (-_-"). dan kitaran kehidupan tersebut akan berulang kembali untuk keesokan harinya. errr... ada ciri-ciri keloserankah ?

minggu lepas aku ada belajar satu ilmu dengan kak zura. ilmu itu bernama ilmu hitam... gagagaaa... tak tahu hendak kata ilmu apa, tapi aku tetap mahu menkategorikan apa yang kak zura beritahu itu sebagai satu ilmu juga. ilmu hidup nama dia... kata kak zura, kalau kita hendak tahu seseorang itu ada adik lelaki ke perempuan. sila tengok pada raut wajahnya... kalau raut wajah dia manis... maksudnya adik subjek tu mesti perempuan. kalau raut wajah dia ala-ala ganas macam gue... gagagaaa... adik subjek mesti lelaki. dan secara kebanyakannya tekaan yang kak zura buat terhadap rakan-rakan sekelas kami adalah tepat. oke... anda yang hendak mempraktikkan ilmu teka meneka ini - pertama sekali, anda haruslah tanya beliau dahulu...'adakah anda anak tunggal atau bongsu?'. dan jikalau subjek berkata ya pada salah satu yang tersebut maka tidak payahlah gigih juga hendak menteka adik subjek lelaki ke perempuan. buang elektrik sahaja.

bercakap pasal soal ilmu hidup ini. antara yang paling aku gemar adalah kelas bahasa melayu hajah nur azah. walaupun kelas tersebut namanya kelas bahasa melayu, namun cik azah suka betul menselitkan ilmu hidup dalam kelas beliau. banyak benar ceritanya. satu ketika dahulu, beliau pegang dan rasa tapak tangan kami. dan terus memperihalkan peribadi kami. ada satu ketikanya beliau suruh kami mentulis apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran kami. selepas itu, beliau pun memperihalkan peribadi kami - hanya melalui tulisan. mengikut beliau aku ini seorang yang teratur dan berdisiplin. ecehhh... bukanlah hendak cakap yang muluk-muluk sahaja. ada juga yang tidak sedap didengar. macam... aku ini tidak berapa rajin. tidak juga terer memasak. yeahhhhhhh... sangat tepat!!! T________T (alangkah bagus kalau aku tahu ilmu-ilmu seperti ini selain daripada ilmu pendidikan...)

sebelum mempublishkan entry ini tadi, saya sempat mensinggah di redup. walaupun telah awal-awal lagi telah diingatkan oleh penulisnya agar saya tidak membaca entry terbaru beliau namun, saya tetap berdegil. memanglah... selalunya, apa yang dilarang itulah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk menketahuinya. kan? macam contoh, emak kata... 'jangan panjat pokok tu, nanti jatuh...' sambil cekak-cekak pinggang. kita lagilah hendak mempanjatnya. sebab, macam sengaja pula hendak mengacah-ngacah perasaan si ibu. cuba kalau emak tidak larang... emak cakap. 'panjatlah... nanti jatuh ke bawah, bukan ke atas...' sudah tentu kita pun tidak teringin untuk mempanjatnya. errrr... apa kaitanlah pulak dengan entry si alang rebus tidak empuk tersebut? baiklah...

bila cakap soal abah ni... aku pun tidak terkecuali. ada rasa hiba setiap kali teringatkan beliau. ada banyak rasa rindu setiap kali itu. sejak kecil orang selalu cakap aku ini anak abah. iyalah... anak pertamalah katakan. lagipun, kehadiran aku memang dinanti selepas ma keguguran anak pertama yang merupakan kembar lelaki. sebab itu gamaknya abah kadangkala buat aku ini macam anak lelaki sahaja. jarang benar abah beli skirt masa aku kecik. abah orangnya mesra... dengan kami bertiga beradik ini pun kadang-kala sudah jadi macam kawan. jadi, aku tidak banyak terkilan. sebab semasa hayatnya kami memang selalu bersembang apa sahaja. melakukan apa-apa aktiviti bersama. memancing, tengok bola, tengok konsert dikir barat, teman abah main sepak takraw, ikut abah pergi buat kerja di kebun dan sebagainya. abah juga suka bergurau dengan kami, beliau suka membuat kami ketawa.

ada tidakpun yang aku sedikit terkilan sebab semasa abah pergi ke rahmat ALLAH - aku tidak ada di sisi beliau. dan arwah juga tidak sempat melihat aku dengan ijazah dan watikah seperti yang diharap-harapkan oleh beliau. abah buta huruf... abah hanya pandai eja nama beliau sahaja. adik pernah ajar abah a, b, c... abah sempat tulis huruf a sahaja. kata abah, adik garang ketika mengajar. huruf yang abah tulis itu masih ada di dinding rumah kami... setiap kali terlihat tulisan abah itu, rasa sedih seringkali datang bermaharajalela di hati. abah juga tidak dapat mensebut perkataan 'remaja' dengan betul. abah akan sebut jadi 'remanja'. setiap kali minta tolong abah beli majalah 'remaja' di bandar, mesti kena ajar abah sebut betul-betul dahulu.

semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... ALFATIHAH untuk arwah abah.

baiklah... rasanya sudah cukup panjang berjela pula entry kali ini. secara tiba-tiba melalut dan mencuri idea si alang rebus tak empuk itu pula. gagagaaaa... sorry ye m, tumpang lalu. tumpang lalu... T_____T

bagi anda-anda yang masih mempunyai ibu dan bapa. sila hargai mereka dan tunjukkan bahawa anda mensayangi mereka sementara mereka masih ada. jangan menyesal di kemudian hari. kerana nanti ianya sudah tidak berguna lagi...


No comments: