Oct 20, 2009

.saya yakin betul.


sarapan pada pagi tadi telah ditaja oleh puan nureha a.k.a datin wanabe. nasi dagang dengan lauk gulai ikan tongkol campur telur, gulai ayam dan keropok. wahhhh... keenakannya hanya dapat digambarkan dengan hanya satu perkataan - kacissssssssssssssssss !!!

selepas menikmati sarapan yang super kacis sangeeta gutawa tersebut sehinggakan aku makan sampai dua pinggan. baiklah... aku memang buruk lantak. gagagaaa... kami pun berangkat ke kelas. encik hamzah telah sedia mentunggu di kelas. selepas bermukaddimah sekejap - beliau terus memberikan kami contoh soalan peperiksaan dan meminta kami menjawab kertas 2 pangajian melayu dalam masa 2 jam. pada mulanya, saya ada sedikit kondifen. akan tetapi, sebaik sahaja membuka lembaran kertas tersebut. mata saya terbeliak, mulut saya ternganga dengan maha dahsyat. jantung saya berdegup lebih kencang daripada biasa. darah saya bagaikan berhenti mengalir. dan saya pasti... rakan-rakan saya yang lain pun demikian juga. kecualilah yang cemerlang-cemerlang itukan. (kak suraya, kita rasa - akak berada di golongan inilah. gagagaa...) hmmm... macam sudah lama benar tidak mentulis ayat-ayat yang melampaui batas perasaan sebenar seperti tersebut. poyo sahaja. memanglah tidak boleh jawab, tapi perasaan mestilah setenang air di kali. memang tenang dan tidak payah sangka ada buaya.

tapi. serius... soalan memang dahsyat. dah terbayang-bayang nanti masa dalam dewan peperiksaan - kalau beginilah rupa paras soalannya, dah sah-sah aku hantar kertas kosong sahaja. ada tidak pun, mungkin aku akan tulis nama dengan kelas. atau paling-paling letak tandatangan sikit, lepas tu tulis kata-kata motivasi sikit. atau kalau rajin sangat - sebab masa tiga jam yang ditetapkan tu lama wehhh, aku mungkin buleh lukis gambar ayam ke. dengan telur-telurnya sekali kalau perlu. ha-ah, yelah tu...

tapi, encik hamzah memang baik hati. beliau kata... boleh bincang dengan rakan sebelah. boleh buka buku. sudahnya... bukan setakat bincang dengan rakan sebelah. rakan di hadapan di seluruh kelas termasuk sekali. bukan juga setakat itu, boleh pula siap main pass-pass kertas jawapan. dan kata kakok... 'aiii... sikit lagi ada jugak encik hamzah baling laptop kat kita nih...'. masa tu, encik hamzah macam khusyuk dengan lappynya yang kecik dan comel tersebut. dan kata aku... 'agak-agak, encik hamzah ada fesbuk tak?'... T________T.

oleh kerana kelas hanya sampai jam 1030hrs. maka kami merancang untuk pergi berjimba. gegegee... tapi yang siotnya, kereta reyha kena block depan belakang kiri kanan. cehhh... mentunggulah kami di bawah pokok sambil bersembang-sembang sifar. ohhh... mungkin adalah yang berunsur ilmiah sebab kakok buka buku ulangkaji bm yang difotostatnya dan merungut-rungut sebab jawapan tidak disediakan. huhuhu...

hanya pada hampir jam 1300hrs barulah pemilik salah satu kereta yang sudah block kereta reyha tiba ditempat kejadian. oleh sebab kelas ip pun akan bermula pada jam 1430hrs, maka kami sepakat bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat (sila baca gaya karam singh walia...) untuk mentidak hadirkan diri. ya ampunnn...

lalu. bersegeralah kami ke ipoh parade. sekadar mencuci mata dan memenuhkan perut sahaja. gagagaaa... kemudian, reyha secara tiba-tiba teringin hendak makan cendol. hmmm... sebenarnya, aku pun teringin juga. aku dah cari sejak di teluk intan lagi. tapi macam tidak kesampaian je hasrat nan satu itu. cehhhh... tetiba mengalahkan orang berbadan dua je dia punya teringin tu. padahal berbadan satu je. ehhh, tapi betullah. secara tiba-tiba bila reyha mensebut nak makan cendol itu - maka kami secara gigihlah bergerak mencari. mempandu keluar daripada ipoh parade. melilau ke sana ke sini, akhirnya... kat depan sk tambun jugak yang ada.

layan gambarlah. rasanya macam sudah lama kapal terbang tidak ada gambar. macam super duper triple malas nak memuat naik gambar. cuma, hari ini entah dirasuk gondoruwo mana - merajinkan diri dan mensabarkan hati memuat naik gambar dengan broadband yang berkuasa dua ekor kura-kura. (-__-")


ini qayyum dan adik beliau - rayyan. kedua-duanya ada potensi untuk mempecah-belahkan hati wanita suatu hari kelak. nasib baik suatu hari kelak tu aku mungkin dah tua sedikit kalau tidak banyak pun. punya gigih nak snap gambar si qayyum ni bila dia buat-buat gaya malu-malu kucing atau lebih tepat malu tapi mahu tersebut.

dan ini... aktiviti biasa aku dan kakok saat melihat cermin besar di pusat membeli-belah parkson yang seolah-olah memanggil-manggil kami. cermin kat parkson ni aje yang mentarik perhatian kami untuk bergambar gaya 5 jingga ini. cermin-cermin di tempat lain setakat ini belum ada lagi yang mentambat hati. gambar ini bertajuk sesuci embun pagi di gua musang.


bila aku senyum, kakok sengih. bila aku sengih, kakok senyum. haaaa... nak jugak letak kedua-dua keping gambar ini walhal tema dan tajuknya tetap sama. tapi objektifnya lain walaupun menggunakan bahan bantu mengajar yang sama. baiklah... ini sampah.

destinasi seterusnya seperti yang telah dimaklumkan adalah mencari cendol. apabila tiba di tempat kejadian, kami tidak bertangguh terus mempesan cendol pulut. dan yang datangnya memang cendol pulutlah. cumanya, jumlah pulutnya tidak pula terduga oleh akal waras aku. kalau di tempat aku, cendolnya sedikit sahaja. ini tidak... menimbun, macam makan air pulut sahaja. tapi apapun... memang kacis sangeeta gutawalah.

gaya orang yang berbadan satu tapi mengalahkan orang berbadan dua dia punya teringin. makan cendol pun secara seolah-olah sudah macam tiada esok bagimu sahaja... gagagaa...


ini pulak. gaya orang yang - hmmm... makan tak apa, tak makan pun tak apa... akak tak kisah! beliau minta cendol pulut akan tetapi beliau tidak mahu cendol. cendol tersebut disedekahkan kepada orang lain sahaja. baik mintak air pulut je kakok...

aktiviti berakhir selepas itu. aku dan kakok berpisah di depan pondok pengawal. kakok ke kanan aku ke kiri. baiklah... kakok, jika ada masa seperti ini lagi marilah kita berjimba lagi.

sebagai membalas rasa bersalah sebab telah memponteng kelas ip tadi. saya yakin betul, saya mahu ulangkaji buku ulangkaji ip yang saya baru beli. ehhh... bukan saya beli, abe yan yang tolong belikan dekat mubarak. sebab abe yan beli secara banyak maka dia dapat harga 17rm sebuah. kalau beli secara sedikit harganya adalah 19rm sebuah. cehhh... macam ye je nak baca.

baiklah... puan tan, saya yakin betul. saya tidak akan ulang perkara ini lagi. ehhh... tapi, tadi memang kami nak pergi kelas ip. kami tidak berniat pun untuk ponteng. sebab kami dah hitung kira... kami habis kelas jam 1030hrs tadi. kelas puan pula hanya bermula jam 1430hrs. jadi, kami hendak gunakan jarak waktu tersebut sahaja untuk berjimba. ini pasal kereta waja hitam, saga kelabu, kancil merah dan pokok itulah. siapa suruh mereka block kereta reyha. dan hanya kembali ke kereta setelah jam hampir 1300hrs. haaaa... sila salahkan mereka.

saya masih yakin betul.

5 comments:

Aini Faizi Jaslan said...

amat besst giler ayat ayat bahasa melayu awak. saya teringin nak belajarnya.. patut la m terikut ikut..

kudakertas said...

ooo..menguzurkn dri dr kelas utk menyental chendol pulot..mmg alsn yg terhebat..hehehe..

Mr M said...

besssttttt giller ayat2 bahasa melayu awak!!!! sampai M terikut2...hahahaha... malasnya nak meredupkan diri.. xde motif laaaa

Bungo Lale said...

bintang.
bestkah ? gagagaa... terharulah !

kuda.
ada lagi alasan terhebat selain daripada cendol pulut tersebut. mencuci mata di pusat membeli-belah misalnya. gagagaa...

m.
huh. memang pemalas betullah. kesian kat redup. hampir bersawang sudah...

Mr M said...

bersawang ke?? ni yang kapal terbang sampai jejak 1 minggu ni apa citer?????hahahahah.. gagagagag ....