Oct 13, 2009

.hujan dalam hati.



semalam selepas balik daripada berjimba - badan rasa seram sejuk. (kata kak su, aku berjimba bagai sebab tu lah demam... heh. kak su sudah pandai menggunakan bahasa-bahasa aku. gagagaaa...) bila nak telan liur rasa macam telan batu. aku syak, sistem daya tahan badan sedang mengalami masalah. tapi, masih juga cuba bertahan. cuba juga buat beberapa jurnal untuk dihantar kepada unit praktikum seperti yang telah diminta. namun, secara tiba-tiba sedar bahawa badan sudah tidak mampu. terus masuk tidur.

pagi. bila bangun. memang sah... sudah kena demam. hmmm... rasanya, dah lama benar penyakit ni tidak hinggap kat badan aku. lepas solat subuh, terus sahaja beritahu kak liza - hari ini tidak mahu pergi sekolah. beliau iyakan sahaja. dan aku... seharian melepek di katil. nasi goreng kampung yang kak liza beli sejuk tidak berusik.

terharu. sebab, kakok datang menziarah lepas kelas tengahari tadi. tapi kami tidak sembang apa-apa. sebab aku hanya tidur. dengar suara beliau berbual dengan kak liza di ruang depan pun sayup-sayup sahaja. kemudian, petangnya... ain dan linda juga datang. linda siap beli kuetiau tomyam lagi. heh... sumpah terharu. rasa macam sakit benar. walhal tidaklah pun. dan beberapa sms bertanya khabar beserta panggilan telefon daripada rakan-rakan sekelas. serius... terharulah.

bila sakit-sakit begini terus teringat dekat ma dan arwah abah. ingat kat ma tu tak adalah sangat. sebab beliau masih ada. ingat kat arwah abah tu yang lebih. selalu, kalau demam-demam begini... beliaulah yang paling sibuk. sibuk tanya nak makan apa. nak minum apa. jiwa rasa lebih rapuh bila begini. walaupun abah dah hampir 7 tahun lebih pergi ke rahmat ALLAH. tidak sedikitpun ingatan terhadap beliau berkurang.

selalunya juga, bila demam begini yang selalu aku nak minum adalah air gas. memang pakejlah kalau demam mesti nak minum air gas. bila kakok tanya tadi, gue terus beritahu nak minum air gas. kakok balas... minum pagi esok je laaa. ni tengah-tengah malam mana nak cari? nak keluar naik apa? hmmm... betul jugak. T_______T

***AL-FATIHAH untuk arwah abah yang pergi pada 05.06.2001***



No comments: