Oct 11, 2009

.tembak tepat.


sudah isnin. waktu yang membuhsankan pun akan bakal menjelma sekejap sahaja lagi. baiklah... rasanya tidak perlu mempanjangkan isu lagi. bila ditelek entry-entry lepas, secara tiba-tiba terasa macam blog jpp maktab sahaja. balik-balik isu pasal ketiadaan bilik kelas buat kuliah. macam aku peduli sangat. errr... iyalah. aku peduli. T_______T

selepas dihitung kira tinggal tidak sampai dua bulan pun lagi waktu di sini. tipulah kalau cakap tidak akan rindu pada ipoh. atau lebih tepatnya - hulu kinta - atau lagi tepat - lake view - atau setepat-tepatnya lagi - ipg kampus ipoh -... hmmm... tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula... errr, rasa macam pernah tulislah ayat macam ni. gagagaa... jadi, abaikan sahajalah ayat ini. kalau rasa nak sambung juga sambung dalam hati sahaja. tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat belajar, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat berjimba, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bercinta, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat... ahhh... apa-apa sahajalah! (sedih menderu secara tiba-tiba... tsk... tsk... tsk...)

baiklah. tutuplah cerita pasal bebudak maktab yang baru nak belajar hidup ini (apakah?). dah secara tiba-tiba kapal terbang kertas aku dah macam nak ke arah blog ilmiah pula... (-_-") titik.

pagi tadi. malas betul rasanya nak bangun. rasa nak berulit je dalam selimut sampai jam berapa puluh pun. bukan ada siapa yang peduli sebenarnya. ma bukan nampak... gagagaa... tapi selalunya pun, kalaupun ma telefon masa gue tengah sedap tidur... berpura-puralah. buat-buat suara cergas. ma tidak akan syak. astaghfirullah... jahatkah aku begitu ?

mimpi. aku sedang bermain air di pantai. secara tiba-tiba air pasang. aku tiba-tiba jadi terperangkap di tengah pulau. sendirian. ombak bergelora. aku sempat berfikir... aku tidak akan selamat untuk berenang ke pantai. ombak kuat. ombak jahattttt... ada beberapa orang yang sedang lemas dalam perjuangan mereka berenang ke pantai. kemudian, aku nampak dr fadillah kamsah dengan seseorang yang aku tidak kenal berjalan di atas air ke pantai. tapi, kenapa masa aku nampak dr fadillah kamsah tu aku tak jerit je mintak tolong beliau? dan aku hanya duduk diam sahaja dan berfikir macamana nak ke pantai? secara tiba-tiba, aku nampak seseorang yang aku kenal. berenang-renang. (seseorang:aku tak tau apasal dia yang muncul dalam mimpi aku. gagagaa... hanya kakok yang tahu siapakah seseorang tersebut. kenapa dia? kenapa bukan fahrin ahmad yang dah kembali solo tersebut? tskkk... loser baik di dalam mimpi sekalipun!) aku mintak tolong seseorang itu. tolong cekkan paras air laut tersebut. akan selamatkah aku kalau berenang ke pantai? dengan bantuan beliau, aku selamat ke pantai... eh, beliau tidak tolong apa-apa pun, beliau cuma cakap 'air laut paras pinggang aje...' dan selepas itu aku pun mengharung air ke pantai. sendiri. ***mimpi memang entah apa-apa***

aku lalu tersedar. badan aku seram sejuk rasa macam hendak demam sahaja. terus bangun. dan teringat... eh, ada orang nak bersarapan nasi lemak yang katanya sambal nasi lemak tersebut super kacis. kucar-kacir bangun. keluar bilik dan terlihat kakok, sedang bersemayam di hadapan tv mentonton nasi lemak kopi o di tv9 - dekat di hati sendiri. apa tah mimpi dia... lepas subuh terus tidak tidur. lalu... 'kakok, jomlah bersiap dan pergi bersarapan.' kakok pun tidak berlengah lagi... 'dah siaplah ni, gosok gigi basuh muka sajah. tak payah mandi.' maka... kami bertiga pun bersarapan di kedai depan maktab dengan kakok yang tidak mandi itu. hahahaaaaa...

lepas tu kak liza sampai. ini pun sorang. apa tah mimpi beliau nak datang awal-awal. selalunya, kalau hari ahad - tak menjejak ke malam tidak sah - untuk datang. ini jam belumpun 1500hrs beliau sudah sampai di rumah. dan mengkutuk aku yang sedang melayan cerita unnale unnale . 'akak... tak layan ke cerita tamil?' tanya aku. tulus dan ikhlas. iyalah... jarang benar orang yang suka tengok cerita tamil nih. 'akak suka yang lawan-lawan, macam padayappa tu...' cehhh... aku gelak kuat-kuat. motif: saja... ingat beliau tidak layan, sekali cerita ala-ala retro dengan hero retro yang penuh pula dengan sound effect hatta nak menselak rambut yang berjurai di dahi itupun perlu sound effect yang macam... vvvvaaaaaahhh!!!

namun. beliau dengan bermurah hatinya menggoreng keropok untuk dimakan bersama air teh o yang dibancuh oleh kakok sebagai minuman petang semasa sesi mari mentonton tv tersebut. sungguh keibuan... harapkan aku. tunggu sahajalah keropok tersebut melompat sendiri ke dalam minyak panas. (-__-")

***teringat paksu. paksu yang bagaikan telah mengambil tugas arwah abah selepas pemergian abah ke rahmat ALLAH pada 05.06.2001. paksu yang selalu jadi teman berdebat dan berbicara pasal bahasa dan sastera itu. aku tidak pernah menang kalau dengan beliau. hujah aku senang sahaja dimatikan. huhhh... walau aku tahu tidak terlawankan dengan pegawai perancang bahasa dbp itu tapi tetap juga gigih nak berhujah. hehhh... pantang undur anak watanlah katakan. baiklah... paksu pernah beritahu aku 'puisimu terlalu melankoli...' baiklah, baiklah paksu... puisi untuk bulan saya tidak akan terlawankan dengan puisi 'lagu talkin' paksu yang bisa meremangkan bulu roma itu.

ini puisi beliau yang saya curi dari internet. (sayakah? errr... apa-apalah)

LAGU TALKIN

Si miskin ini terlalu lemah untuk membuka isi dadanya
terpalit lumpur harapan ditebing impian. Mudiknya
tidak sampai ke hulu. Lalu keras jemari pun
tergetar antara lembut seruling dan sebak kalbu.

Niat bermunajat semakin tawar dan bergegar untuk
melahirkan sebuah kolam madu. Panasnya mengalir
ke segenap pembuluh darah lalu tumpah
ke titisan terakhir.

Aku kembali menatap surah-surah penghujung zaman
menghitung nasib antara api dan air
di tepi , kemboja kembang seranting dan tebing yang
semakin menyepi.

aku kembali
mencari butiran kata dalam nostalgia yang rebah
bersama suara getar dan goyah
lalu lagu yang kumainkan terpongkah dimalam yang
semakin panjang.

Ini hikayat lama sebuah kehidupan
penyesalan bukan lagi sebuah kelucuan kerana
kedut lidah dan lumrah amarah.

II
Ini lagu talkinku
ribut maut muncul di luar duga deria
dhaifnya jasad masa tiba-tiba menjadi terlalu kejam
meragut usia

Ini lagu talkin hayatku yang lemas di kunyah
ulat-ulat dunia terkambus lenyap, senyap nadi gelora
untuk menghitung kemboja yang gugur
dalam nafar bertabur.

inilah doa hayat
membisikkan Bismillah pada waktu yang tertinggal
untuk memulakan kembali degup yang terhenti.

Inilah lagu talkinku
ada kata yang tidak terucap
ada rentak yang tidak tergerak
ada harap yang lenyap
ada siang yang semakin gelap.

Singkaplah mukminmu dalam diri
sebelum sejarah dilipat mati.

AYUSARI MJ
Merapoh,
Kuala Lipis Pahang
September 2000


itu sahajalah. saya nak mensiapkan diri untuk menghadapi hari buhsan saya ni. kalau bernasib baik. hari ini saya nak tengok papadom. sebenarnya, saya tidak berniat pun nak tengok surrogates tadi. tapi... saya tercabar. kak liza - seorang ibu itu mengimpikan cerita-cerita aksi yang gempak... sedang saya punya visi hanya nak tengok papadom sahaja. mana boleh kalah... nasib baik cerita tersebut buleh masuk dalam kategori kacis juga. T_____T

No comments: