Oct 7, 2009

.matahari, senyumlah...



menjadi beku. seharian di rumah tanpa keluar kemana-mana. hari ini dah macam hari cuti bagi aku dan rakan-rakan seperjuangan. secara tiba-tiba semua kelas yang sepatutnya ada dijadual dibatalkan. kelas bm tiada, muzik tiada, matematik juga tiada. hari yang sepatutnya tidak sempat nak balik rumah pada waktu makan tengahari itupun jadi lapang selapang-lapangnya.

entahlah. sejak kembali daripada praktikum dan cuti raya. menjejak ke semester baru ini sudah hampir dua minggu. tapi bak bicara aku di entry lepas, kelangsungan kelas hanya boleh dihitung dengan ibu jari sahaja. sangat tidak kacis. bukan nak kata aku rajin... tapi kalau setakat pergi maktab dan melepak-melepek di lorong hitam sahaja adalah sangat membuang masa. nak masuk perpustakaan? hmmm... kalau kamu bernasib baik bolehlah. kalau nasib kamu tidak baik, nak simpan beg kat tempat beg pun tidak boleh. sebab dah penuh. kalau beg pun dah penuh, apatah lagi manusia-manusia di dalam perpustakaan yang sedang berjuang mencari ilmu nun.

ada dua punca mensebabkan terjadinya tragedi kami melepak-melepek di lorong hitam tersebut (bagi aku). pertamanya, pensyarah tidak ada. selalunya pensyarah sibuk dengan tugas-tugas mereka yang lain yang tidak dapat dielakkan. keduanya, masalah bilik kelas. ditambah dengan penambahan jumlah pelajar-pelatih-peserta kursus manalah cukup bilik kelas yang sedia terhad untuk menampungnya. kadang-kadang, pensyarah sangat bersemangat untuk memberi kuliah. maka bertungkus-lumuslah beliau mencari ruang-ruang yang boleh dijadikan tempat untuk mencurah ilmu. jikalau bernasib baik, dapatlah paling-paling kurang bilik yang ada di dalam perpustakaan - itupun perlu bersesak-sesak seramai 40 orang. tidak mengapalah... akan tetapi, pernah terjadi pula, secara tiba-tiba ada pula kelas lain yang mendakwa kelas tersebut kelas mereka semasa sesi kuliah berlangsung. huhuhu... makanya terpaksalah keluar dan kembali melepak-melepek di lorong hitam. aduyaiii... apa nak dikata. harap pihak maktab dapat menselesaikan perkara ini, kalaupun bukan untuk batch ini adalah untuk mereka-mereka di masa hadapan nanti. (wahhh... sangat bertimbang rasa pula rasanya... gagagaaa...)

begitulah... makanya, bercutilah kami pada hari ini dengan jayanya. (-_-")

lalu. menjadi malas hatta untuk menjejakkan kaki ke luar rumah apatah lagi untuk menjejak ke tanah. semua aktiviti makan-makan hanya dijalankan didalam rumah sahaja. dengan sumber-sumber yang sangat terhad. iyalah... pagi makan roti dan minum milo, hampir ke tengahari makan megi yang kak liza masak, petang baru makan nasi - itupun mempesan pada tyah dan mar yang balik dari kelas. memang super malas. tapi... hendak dijadikan cerita nasi goreng usa dah jadi macam nasi goreng ayam. langsung tidak kacis... apa kes?

masa yang ada diisi dengan membuat esaimen sedikit. mentengok tv banyak. mentidur lagi super banyak. namun, secara tiba-tiba, double cheese burger mempanggil-panggil pula. errr... sebenarnya sejak semalam sangat teringin nak makan mcd, tapi macam super malas nak keluar. tambah pulak dengan piyu yang tidak ada. akan tetap, tadi... sebaik sahaja buka mulut cakap nak makan mcd, kak liza terus laju-laju setuju nak makan mcd juga. mar pun nak ikut. heh... beliau tu sekarang, asal aku keluar malam je dia nak ikut tanpa kompromi lagi. lalu, bersegeralah kami mendrive thru ke mcd... hmmm... akulah yang jadi pemandu itu. kalau keluar malam ~ kerja-kerja memandu ni kak liza sudah serah pada aku. sudah selalu pula mempandu kereta auto, takut juga bila piyu kembali aku jadi lupa di mana klac. gagaaa... betullah, hari tu mencuba memandu LCD pun sangat gagal. T_________T... sebut pasal LCD a.k.a TV ni... tuannya -si redup- pula ditimpa malang yang tidak berbau, bukan bersama LCD tapi bersama belalang tempur kesayangan beliau. nasib juga tidak ada apa-apa yang teruk. haaa... kalau nak tengok setakat mana keadaan kecederaan beliau tu silalah klik disini ye... kesian beliau, sudah tidak dapat bergerak secara bebas dan berjimba seperti selalu-selalu buat seketika. T________T

baiklah. esok ada kelas. kelas yang tetap dan berpencen. kelas ilmu pendidikan. ada sedikit semangat sebab kuliah kelas tersebut dengan puan tan minggu ini. kacissssssslah. beliau tahu juga buat lawak walau sedikit-sedikit. cumanya, yang tidak berapa nak kacis... kelas tersebut 3 jam. dari jam 0800hrs ~ 1000hrs dan bersambung ke jam 1430hrs ~ 1530hrs. lamakan ruang antara waktu tersebut? baru ingat mahu berjimba di sekitar ipoh - ke jusco kinta city misalnya... mahu cari tenang. (antara definisi tenang bagi aku adalah membeli novel, jadi... berharap agar 'ketupat cinta' faisal tehrani masih ada di pasaran... heh.)

***untuk mereka yang mc esok, selamat bercuti ye. rehat. jangan pula mensalah gunakan mc tersebut... semoga cepat sembuh dan kembali riang-ria seperti dahulu kala...***


2 comments:

Mr M said...

Perjimbaan hanya berlaku setelah sehari lagi.. janji... Sabtu ni dah boleh berjimba... hahaha..

hanis said...

hahaha... berjimbakah ? duduk depan tv atau lappy seharian itu tidak dikira sebagai berjimba... huhuhu... hujung minggu yang mandom...