Oct 4, 2009

.pelangi, pinjamkan aku warnamu.



rumusan minggu pertama kembali ke maktab setelah 12 minggu menjalani latihan praktikum ~ huru-hara. bayangkan... kelas yang sepatutnya berderet kat dalam jadual tu, tapi buleh dihitung dengan ibu jari je kelangsungannya. ada tidak yang tetap dan berpencen adalah kelas IP yang super... entah tak tahu nak cakap apa. kesian sangat dekat pensyarah yang macam cakap sorang-sorang kat depan. aku ~ walau dalam tahap mengantuk atau bosan... sedaya upaya cuba mentumpukan perhatian atau paling-paling pun buat muka khusyuk. supaya encik pensyarah tak adalah makan hati sangat.

lain-lain kelas selalunya dibatalkan, maka merempatlah kami di lorong hitam sambil mentunggu waktu berlalu. kalau ikut undang-undang... sepatutnya jam 0745hrs dah ada di maktab tidak kira kamu ada kelas atau tidak dan jam 1335hrs adalah waktu yang afdal untuk keluar daripada kawasan maktab sama ada untuk keluar makan di warung depan maktab atau untuk keluar ke mana sahaja yang kamu suka jika tidak ada kelas. tapi, esok kelas aku jam 1030hrs. kelas muzik. aku tak kira, apa nak jadi pun jadilah... jam 1000hrs baru aku nak pergi maktab. dah pakat dah dengan kuncu-kuncu. aku tengok, undang-undang pun macam dah longgar sekarang... pelajar macam bebas nak keluar masuk maktab jam berapa pun. macam hari khamis dan jumaat lepas. aku cubalah nasib. sebab kelas dibatalkan sepanjang hari, makanya... jam 0845hrs++ itu, aku dan kuncu-kuncu selamba je mendrive keluar. abang guard tidak kata apa-apa... malahan membalas lambaian tangan kami. gagaaa... macam ni, bolehlah buat selalu.

iyalah... daripada menghabiskan masa di maktab tanpa hala tuju, alangkah baiknya kalau kembali ke rumah tengok cerita dongeng kanak-kanak indonesia. petang-petang boleh pula tengok slot lagenda... atau paling-paling bagi yang mempunyai kerajinan bolehlah mencari bahan dan membuat esaimen pengajian melayu yang bertajuk kebudayaan melayu tersebut.

minggu ini. tak tahu apa pulak ceritanya... mintaklah ada kelas. kalau dah bersusah payah bangun pagi pergi maktab tapi minit-minit terakhir baru dimaklumkan bahawa kelas dibatalkan adalah sangat mengecewakan juga. lagipun, waktu sudah tidak banyak yang ada... kurang lebih 2 minggu je lagi waktu kuliah. dah tu masuk minggu ulangkaji yang aku tidak tahu lagi bagaimana rupa bentuk minggu tersebut dilaksanakan. lepas tu ada peperiksaan... sekali fikir, kucar-kacir jugak perasaan. haihhh... dua kali fikir, macam buat-buat tidak perasan je perasaan yang sedang kucar-kacir tersebut...

jumaat dan sabtu lepas. kembali menjejak kaki ke chenderong balai. hari jumaat pergi sebab nak angkut barang-barang yang masih tertinggal di rumah sewa di sana. sementelah dah ada orang baru yang nak masuk. masa kami masuk rumah tersebut untuk angkut barang, rumah dah super bersepah dan penuh dengan barang-barang depa. jadi, memang patutlah kami bersegera mengosongkan bilik yang telah kami tinggalkan barang-barang kami. (kami:aku, mas, su). hari sabtu pula pergi kenduri di rumah kak liza. adik beliau kahwin... padahal hari jumaat tu memang dah pergi dah pun. siap makan-makan lagi. biarpun makan bukan lauk kenduri, tapi hidangan tersebut super kacis juga. kalau tidak... takkanlah kami semua makan bertambah. huhuuuu... burok perangai betullah. sudahlah pergi makan percuma, tapi tidak pulak mentolong apa-apa. heheheee... masa pergi hari sabtu untuk makan lauk kenduri itupun tidak juga mentolong apa-apa. makan sahaja semata-mata. sambil cuba-cuba bermesra dengan anak-anak kak liza yang comel-comel itu. hmmm... jeles betul tengok muhammad yang manja-manja dengan m. dengan aku jangan kata nak manja-manja, asal nampak aku dekat je muhammad dah melarikan diri. sungguh tidak mesra kanak-kanakkah aku? padahal muhammad jumpa m baru je sekali dan itu cuma masuk kali kedua. jumpa sekali pun lepas tu masa kak liza datang melawat kami di chenderong balai pun muhammad sibuk bertanya 'mana abang m?' cehhh...

bertamu ke chenderong balai memang menghantar rasa rindu je dalam jiwa. rindu pada suasananya, rindu pada sawah bendang, rindu pada skst, rindu pada anak-anak murid pertama... rindu pada semua-semua peristiwa di situ. termasuklah rindu nak tengok muka kelat-ketat makcik kedai depan masjid setiapkali kami datang nak beli air batu lima posen. sebab? beliau dah pack air batu untuk 1rm. tapi kami je suka-suka nak beli lima posen... iyalah, mana kami tahu beliau tidak jual air batu lima posen. dan beliau pun cakaplah awal-awal yang air batu tersebut dijual 1rm, lima posen tak boleh... tidak payahlah susah-susah mencipta alasan kata air batu dah habis walhal banyak je lagi... ish... ish... ish... (air batu 1rm tu boleh buat bancuh air sirap untuk jamu 1 kelas 4 inovatif minum. haaa... bayangkan super banyak tuh takat nak minum untuk kami yang berempat orang sahaja. tidakkah membazir namanya tuh?)

baiklah. hari pun sudah berganti. aku pun sendiri. makhluk-makhluk lain dalam rumah ni semua pun sudah terbawa ke alam mimpi barangkali. yang ada cuma aku, lappy, kipas, lampu dan tv sahaja yang masih menteruskan perjuangan. salakan anjing di luar pun semakin galak... (apa dah... gue tak tau sejak bila ada orang bela anjing kat sini, bukan sekor tapi 4 ekor... setau gue juga - haram hukumnya bela binatang peliharaan untuk penghuni apartment macam nih, tapi yang ni kenapa buleh terlepas pula.)

aku pun mahu ke alam mimpi jugalah.

pelangi. pinjamkan aku warnamu. agar aku bisa memberi bahagia kepada mereka yang melihatku. jangan biar aku suram tanpa warna...


2 comments:

Mr M said...

memang cikgu BM yang kellas ko maria.... Hahahah.. Muhammad sangat suka mempermainkan hati-hati wanita apabila besar nanti kakok....bersedia laaaaaa

Bungo Lale said...

kelas kah ? gagagaa...

apabila muhammad besar nanti, akak sudah sangat berusia. mungkin sudah lebih daripada bersedia. gagaaa...