Oct 1, 2009

.matahari sedih.




pergi maktab sekarang macam satu latihan untuk mengajar di kawasan pedalaman sahaja ~ kami semua setuju. sambil membayangkan nanti posting kena hantar ke mana-mana ceruk pedalaman yang berselut dan berlumpur, jadi anggaplah ini sebagai satu latihan. ngeeee...

hujan yang selalu turun kadang-kadang malam, kadang-kadang pagi, kadang-kadang petang ~ jalan yang tiba-tiba digali entah untuk buat apa lalu dicemari lumpur merah yang basah dan melekit. kasut yang hitam (kasut aku) atau kasut kawan-kawan yang warna putih, coklat dan warna-warna sewaktu dengannya terpalit lumpur. bawa hingga masuk ke dalam kantin untuk beli air waktu sebelum bermula kelas. atau kalau lebih bernasib baik ~ buleh juga bawak masuk sampai dewan melati atau perpustakaan yang selalu penuh dengan orang sampai tak tahu nak merempat kat mana setiap kali kelas dibatalkan hinggakan terpaksa berpanas-berpeluh di lorong hitam sambil konon-konon buka lappy nak buat esaimen padahal layan game sahaja.

lepas tu bila balik macam malas je nak cuci-cuci kasut. bila nak sarung pergi maktab keesokan harinya baru sedar lumpur merah basah dah jadi kering-berkerak-melekat di kasut. memang super selekeh. tapi pakai sahaja sebab nanti pergi maktab mesti lalu jalan yang basah lagi. jadi halalkan sahaja. heheheee...

secara tiba-tiba pula terus digemparkan bahawa esaimen muzik dan bahasa melayu kena hantar hari rabu. giler... apa satu pun aku tak buat lagi. memang huru-hara dan sungguh kucar-kacirlah perasaan nak mensiapkan dua esaimen sekaligus. super gelabah tahap hellboy ~ tapi masih buleh pura-pura cool. pedulilah. aku nekad nak hantar hari khamis je. malas nak mendera diri sendiri lagi. heh...

hari rabu. kakak-kakak dah gelabah mensiapkan esaimen. ada yang tinggal nak burn cd je, ada yang tinggal nak bind je... aku? heh... satu hape pun tak buat. tapi... ada geng. kakok lagi super berani mati daripada aku. pelikkan... kakak-kakak yang dah berkeluarga - dah beranak pinak... sempat je depa nak mensiapkan esaimen walau mungkin diganggu dengan tugas sebagai ibu atau isteri lagi. yang bujangan macam aku ni pulak yang macam sibuk sangat. padahal bukan apa pun kalau balik umah... bersenang-lenang sahaja. selalu macam gitu, asal ada esaimen je - mereka yang berprofesion sebagai pelajar-isteri-ibu jugak yang siap dulu manakala yang berstatus pelajar-sahaja itu mesti dah minit-minit terakhir baru nak buat. T_______T

hasilnya. tadi siap jugalah esaimen aku. gigih buat sampai tak tidur malam. malas nak fikir lagi dah. legalah... buleh layan tv. bukan TV2**3lah, tapi televisyen. sejak kembali ke ipoh ni rasa hidup dah kembali macam manusia normal. heh... kat chenderong balai memang langsung tak tengok tv. entah apa jadi kat dunia masa tu memang aku tidak tahu pun. gagagaaa... sekarang macam satu habit, asal balik sekolah je terus on tv. kalau tidak aku yang on, kak liza yang onkan. lepas tu pakat-pakat berlonggok depan tv tengok siri cerita lagenda kat tv3. semalam tengok akhirat ngan kak liza, semalam-semalam pun layan tv ngan kak liza. orang lain? mar dengan tyah dengan dunia merekalah. layan tv sekejap sahaja. kemudian masuk tidur. selalu tinggal aku dengan kak liza sahaja. best jugak layan tengok tv dengan kak liza ni rupanya ye... hehehee...


***sejak ketiadaan piyu, aku macam orang patah kaki ~ masih boleh berjalan namun sukar untuk bergerak bebas. nak makan pun kena hitung kira sejak awal pagi. adat menumpang... iyalah, orang yang sudi mentumpangkan aku waktu makannya barangkali tidak akan sama dengan aku pada ketika-ketika waktunya. apatah lagi untuk kemana-mana. deritalah aku. tsk... tsk... tsk... (-_-"). sungguh aku rindu piyu secara banyak.


4 comments:

Mr M said...

Piyu oh piyu.. kesiannya akok kena berpeluhan kalo xderk kelas... kalau kat pakatan plak.. ada kelas tersendiri tapi boring la ngadap muke sendiri je... kelas super kacis oh tapi tak best dengan peraturan la.. itu takleh, ini takleh...
Camne erk matahari jadik sedih.. adakah dia tidak akan memancarkan sinarnya lagi?? redupkah hari yang ku cari.. layan... kakok.. macam takder perkara lagi nak ditulis di sini... see ya next entry

Aini Faizi Jaslan said...

kapalterbang, anda telah diinvite.. maaf mengambil masa. hanfon tempat menyimpan msg emel mengalami kerosakan dasat..

kudakertas said...

haloo..hehehe..lme x menyinggah sini..da kmbali ke donia maktab rupenye..pe cte piyu tu sbnrnye??sakit ka??hehehe..smoge tbh mhadapi dugaan..

Bungo Lale said...

m. matahari jadi sedih sebab awan tutup dia. jadi dia tidak buleh memancarkan sinarnya lagi. gagagaaa...

bintang. perghhh... lama giler gue tunggu.

kuda. a'ah akak dah kembali ke dunia maktab dah... piyu sakit tenat. heh...