Sep 28, 2009

.mencari definisi tenang.



hari ini, setelah kurang lebih 3 bulan berpergian ~ kembali menjejak kaki ke IPG Ipoh. perasaan? jangan cerita... memang macam-macam. bercangkaliwang ~ satu dan tepu dalam otak.

semalam sampai ipoh kurang lebih jam 1830hrs. lepas maghrib ~ bersama kak liza, suami kak liza dan kakok menghantar si pika (sesedap rasa je... kereta sewa pun nak letak nama ikut suka aku... hahaaaa...) ke rumahnya di sri iskandar. khidmat beliau selama kurang lebih seminggu ini tidak mengecewakan aku yang tidak pernah membawa kereta auto ini. pertama kali bawak kereta auto ~ terus rasa macam gadis-gadis ayu sahaja. sebab? lu fikirlah sendiri...

lepas hantar pika... sedihlah jugak sedikit. sebab dah hampir mengenali hati budi beliau ~ tetiba nak berpisah sudah. terus balik ke lv. super kucar-kacir perasaan sebab fikir esok (iaitu hari ini) kena pergi maktab balik. kena berhadapan dengan perkara-perkara yang kita suka dan perkara-perkara yang kita tidak suka. mahu atau tidak... adalah MESTI!

pagi-pagi... mentumpangkan diri naik kereta kak liza. sampai maktab ~ pelabuhan utama yang jadi rutin sebelum praktikum adalah kantin. walau macamana muka brader yang tukang buat air itu menyambut setiap pesanan kami (serius... gue tak tau apa masalah brader tuh. tapi muka setiap kali dia bancuh air tak pernah menunjukkan keikhlasan beliau terhadap profesion yang beliau ceburi itu ~ sebab itu agaknya air yang beliau bancuh tidak pernah sedap. sebab terpaksa aje gue kena jugak mencemar duli beli air kat kantin tu.)

lepas sesi refleksi praktikum kat dewan seri melati yang super tidak kacis yang buat gue rasa macam nak keluar dewan je ~ terus serbu kedai makan tanpa nama kat luar maktab tuh. giler rindu aku nak minum oren sunquick kat situ. nasib oren sunquicknya masih kacis seperti dahulu...

kejaplah. nak kembali ke chenderong balai.

hari khamis sebelum cuti lepas adalah hari terakhir di skst. tetiba sahaja pihak sekolah adakan satu majlis khas untuk kami bertiga (aku dan lina campur seorang daripada upsi) untuk mensampaikan kata-kata dan amanat terakhir. super gelabah sebab secara tiba-tiba perlu berucap depan seluruh ahli sekolah ~ yang tidak ada di majlis tersebut cumalah encik pengawal keselamatan. walaupun sebelum ini ~ maksud:masa muda-muda dahulu, aku selalu je bercakap depan orang. masa kat universiti dahulu mikrofon dan aku bukanlah satu perkara asing pun... :) tapi, itu dahulu ~ zaman kegemilangan aku. sekarang tidak lagi... pegang mikrofon kini mungkin dah macam pegang bom tangan dah. heh...

selepas sesi tersebut diadakan pula sesi salam menyalam dengan diiringi lagu-lagu hari raya yang membuai perasaan. heh... beb, lagu raya yang paling ngam dengan aku sebenarnya adalah sepasang kurung biru - khairil johari johar. saje nak bagitau kat sini walaupun tak ditanya...

masa hari terakhir tersebut... ada satu perkara yang betul-betul buat aku tersentuh. sebab? izzat tiba-tiba datang jumpa aku. ditangannya ada beg kertas yang chumel. 'cekgu... saya tak dapat nak bagi apa-apa kat cekgu, mak cuma kirim ini...' dia hulurkan beg kertas chumel tersebut. aku macam... terdiam. macam tak sangka pulak dapat hadiah daripada izzat. nak tahu mak izzat bagi apa? sehelai kain batik tiga serangkai... huhuhuuuu... sumpah terharulah. selain itu ~ aku dapat dua helai selendang, sepasang baju kurung, tiga balang kueh raya (yang berisi tempeyek, putu kacang banjar dan kueh goyang), satu jam meja dan berkeping-keping kad raya. waduhhhh... kenangan sungguh.

okelah. balik ke ipoh. atau lebih tepatnya ke hulu kinta atau paling tepat ~ lake view. tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat... tempat apa eh? ahhh... tempat apa-apalah.

baiklah. sebenarnya ~ streamyx masih dalam proses pemindahan. ini, sebab lama gileres tak update blog ~ gue mencemar duli pinjam kak liza punya broadband. line super tidak kacis... kejap-kejap mati. kejap-kejap hilang... apa tah. nak update pun tak selera. jadi, inilah hasil yang tidak seberapa. lagipun... emosi masih belum stabil. definisi ketenangan tidak ada dalam jiwa kini.

tinggal dulu. nak tidurlah. esok ada kelas sampai ke petang hari.

***mari dengar sami yusuf... try not to cry***


3 comments:

Mr M said...

hehehhe.. sori akak kalo nampak M macam nak memplagiat tajuk akak je.. heheh aka carik la definisi, M nak carik redup yang terkacisssss...

Aini Faizi Jaslan said...

saya amat bersetuju apabila anda memperkatakan sesuatu tentang abang buat air kat kantin itu.. super duper BETUL, tak ada yang betul selain benar-benar betul..

dia ada masalah lelaki yang x habis-habis agaknya..

Bungo Lale said...

m. akak oke je... dok marah pung. kira tajuk akak ni kacislaa kalu ada orang plagiat. kira macam dihargai laa... hahahaa... asyik cari redup ajo, cari laa terang yang terkacis pulak.

bintang. sangeeta kan ?